Showing posts with label VITAMIN C SUSTAINED RELEASED. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C SUSTAINED RELEASED. Show all posts

August 22, 2016

COD Shaklee - Taman Molek, Seri Alam dan Pasir Gudang

Alhamdulillah.
Fresh from Shaklee.
Ok jom COD pulak.


COD Shaklee - Taman Molek, Seri Alam dan Pasir Gudang


Kizee
019 248 4428
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

August 6, 2016

Shaklee - Vitamin Waktu Pagi

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.
 
My everyday Vitamin.



My everyday Vitamin. Vitamin C dan B Complex Shaklee


Vitamin C vitamin antioksidan, merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti penuaan dan anti kedut).

B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon, penting untuk kesihatan saraf.mengurangkan stress dan meningkatkan daya fikiran.

May 1, 2016

Supplemen Asas Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt


Kizee dan Shaklee berpisah tiada. Ke mana sahaja saya pergi, bercuti atau kursus, pasti takkan tinggalkan supplemen kegemaran saya ini.

My core supplements-Kizee
My core supplements


Kizee
0192484428
Pengedar Shaklee Pasir Gudang


 ‪#‎OmegaGuard‬ ‪#‎Alfalfa‬ ‪#‎VitaminC‬ ‪#‎Lecithin‬ ‪#‎ShakleeEffect‬
‪#‎KizeeHealthyvita‬

September 19, 2015

OH JEREBU: COD SHAKLEE KE TAMAN RINTING

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum.

COD 3 botol ‪#‎Alfalfa‬ pada Kak Nor.
Tiba-tiba diajak masuk rumah dan dapat makan jemput-jemput.

Alhamdulillah rezeki kenyang perut.
Borak-borak tak perasan dah sejam lebih. 


Kak Nor ni amat-amat berpuas hati dengan vitamin Shaklee. Anak-anak dia pun makan sekali tau.

Nak lagi waktu jerebu ni, anak-anak dia terus baik dari batuk lepas makan ‪#‎VitaminC‬.







 Gembiranya hati dapat membantu. 


*Puan Kizee to the rescue*
0192484428
‪#‎PengedarShaklee‬ ‪#‎ShakleePasirGudang‬

August 19, 2015

COD Shaklee: Kizee Healthyvita

Teks: Kizeewatty zainal
Assalamualaikum w.b.t


Pagi-pagi COD Vitalea, Vitamin C dan B Complex untuk kawan satu pejabat.

Petang pula COD 2 botol Vitalea pada seorang pelanggan di Taman Rinting. Dalam masa yang sama akak ni order 3 botol alfalfa dan minta dihantar pada bila-bila masa.

 
www.kizeewattyzainal.blogspot.my
Vitalea, Vitamin C dan B Complex



Alhamdulillah. Bisnes yang santai dan fleksibel. 


November 23, 2014

Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, semalam mendapat khabar gembira daripada maksu saya di Pulai Perdana yang sudah hamil hampir 2 bulan. Saya di sapa di PM Facebook, kami berborak dan di pertengahan perbualan maksu saya minta nasihat senarai vitamin yang di patut amalkan di awal kehamilannya.



Berita Gembira untuk Bakal Ibu

Alang-alang saya menjawab maka saya sertakan sekali di blog khas buat tatapan anda semua.

Vitamin untuk Ibu Hamil Trimester Pertama 
Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. 


Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?
  • Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal. 
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif -Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
  • Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan. Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi.
Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu menyusu?

Bagi ibu yang telah datang menstrual, ibu akan kehilangan zat besi sebanyak 15%. Secara tak langsung, kandungan zat besi dalam susu ibu juga akan menyusut. Zat besi adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang sihat. 


Vitamin C

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita kena dapatkan dari sumber luar. Vitamin C dapat mempertingkatkan sistem imun badan. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Kalau nak tahu, sebiji Vitamin C shaklee 500g adalah bersamaan dengan 7 biji buah oren. 

Uniknya vitamin C Shaklee,  ianya berteknologi pelepasan bermasa. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C tu terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C tu sepenuhnya sepanjang hari.

B kompleks (asid folik)

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. B kompleks juga adalah vitamin jenis larut air dan mudah musnah akibat stress, pencemaran dan sebagainya. 


Mengapa kita perlukan B kompleks dalam menu harian? 

B kompleks terdiri daripada kumpulan 8 vitamin B iaitu:
  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic acid (B-9) 
  • Cobalamin (B-12) 
  • Biotin. 

Secara umumnya, B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon dan penting untuk kesihatan saraf. Dengan kata lain, B kompleks dapat mengurangkan stress, meningkatkan daya fikiran,  membuat wajah berseri-seri. Riboflavin dalam B kompleks yang memberikan warna kuning pada urin dan susu ibu. 
 

Ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen.  Begitu juga kalsium. Walau sebanyak mana anda mengambil kalsium, ia tak berguna selagi mana tidak diambil dengan magnesium dan vitamin D sebagai pelengkap. 

Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu penghasilan susu ibu jika kita sertakan dan amalkan konsep asas penyusuan (supply vs demand.

Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurangnya kehilangan air pada waktu ini. 

Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama
Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama

Pastikan ibu-ibu tidak memandang remeh pengambilan zat besi, terutama apabila bayi berumur 6 bulan ke atas. 

Pengambilan dengan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum! Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi (vitalea).

Insya Allah, di entri yang akan datang saya akan sertakan tip sihat yang boleh diamalkan di awal trimester pertama.


Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda.

  • 1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75.
  • 1 botol Vitamin C SR mengandungi 180 biji kapsul untuk pengambilan selama 6 bulan berharga RM92.50.
  • 1 botol Ostematrix mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM61
  • 1 botol Vita-Lea mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM88.75

Cara dan waktu pengambilan vitamin boleh di baca di sini. Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

November 7, 2014

Saranan Nutrien untuk Ibu Menyusu

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alangkah bahagianya menjadi ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri anak yag dilahirkan. Secara lahiriahnya setiapibu mampu menyusui sendiri bayinya. Susu ibu merupakan makann terbaik bayianda. Ia mengandungi khasiat pemakanan untk tumbesaran dan perkembagan bayi bagi memastikan mereka membesar dengan sihat dan kuat.

Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi yang baru lahir.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui anaknya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. 

Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan penegluaran susu berkualiti  di samping mengekalkan kesihatan dan tenaga si ibu.



Saranan Nutrien yang Perlu Diambil oleh Para Ibu yang Menyusui Bayi

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperoleh daripada diat harian. Kadar vitamin yang mencukupi menbantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Cadangan Makanan - Rye, barley, biji Labu, blackberry, buah pir, pisang, kismis hitam, delima, aprikot, kiwi, buah  jambu, semangka, saderi, bok choy, ubi, artichoke.

Cadangan Vitamin/Suplemen - Vitalea Shaklee

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diat penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Ibu-ibu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Cadangan Makanan - kurma, brokoli, jagung manis. asparagus, aprikot, jambu, blueberry, pisang, manggis, epal, kacang almond, tauhu, ikan, susu, daging, ayam tanpa kulit dan telur

Cadangan Vitamin/Suplemen - Energizing Soy Protein Shaklee

Vitamin C 
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C, mennjukan khasiat vitamin  tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusi bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting untuk menguatkan sistem imun , membina klit, gigi dan gusi yang kuat.

Cadangan Makanan - jambu, mangga, kiwi, brokoli, betik, strawberry, tembikai 

Cadangan Vitamin/Suplemen - Vitamin C Shaklee

B Kompleks 
Merupakan vitamin yang diperlukan ibu dan bayi bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasian tenaga untuk sel, mengekalkan saraf serta kulit yang cantik dan sihat. 

Cadangan Makanan - ikan tuna, daging, ayam, beras, gandum, suu kambing, kacang almond, telur, saderi, brokoi, cendawan, bawang putih, aprikot, asparagus.

Cadangan Vitamin/Suplemen - B Complex Shaklee


Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbhan gigi bayi. Wanita yang menyusui anak disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsum setiap hari

Cadangan Makanan - bayam, brokoli, kacang hijau, yogurt, telur, asparagus, saderi, terung, bawang, kentang, aprikot, lemon, blueberry, pisang, manggis, epal, ceri

Cadangan Vitamin/Suplemen - Ostematrix Shaklee

Omega
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara sanitfik bahawa nuerno lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3lebhi banyak di dalam otak. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyaI maaslah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan ADHD atau autisme.

Cadangan Makanan - salmon, tuna, telur, kacang walnut, minyak zaitun, aprikot, bayam, belut

Cadangan Vitamin/Suplemen - Omega Guard Shaklee

Alfalfa
Alfalfa banyak mengandungi nurien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhand an perkembangan yang sihat. Alfala juga digunakn secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Cadangan Makanan -sayur-sayuran

Cadangan Vitamin/Suplemen - Alfalfa Shaklee



Saranan Nutrien yang Perlu Diambil oleh Para Ibu Menyusu

Oleh itu ibu-ibu menyusu digalakkan mengambil makanan seimbang dan vitamin yang terjamin selamat, berkesan da halal untuk diri dan bayi anda.


Ingin ketahui lebih lanjut mengenai vitamin Shakee?
 
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
 
atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita
 
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

July 4, 2014

Usaha Mendapatkan Zuriat

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t

Pasangan yang baru atau yang sudah lama mendirikan rumah tangga pasti ingin menimang cahaya mata. Anak merupakan rezeki, penyeri ibu dan ayah, tanggngjawab dan amanah dari Allah s.w.t

Selain megamalan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan berkhasiat, kita boleh juga berusaha dari segi pemuliharaan sistem hormon badan kita sendiri. Antara vitamin yang boleh diamalkan ialah:

Vitamin Asas
  1. VitaLea 
  2. Vitamin C 
  3. B-Complex
Vitamin Kesuburan
  1. Vitamin E 
  2. Zink   
  3. GLA Complex (utk period/ haid tidak menentu / PCOS)
Pemakanan Seimbang/Sumber Protein
  1. Meal Shake 
  2. ESP

Cara Pemakanan Vitamin

Untuk Suami

Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc 
                     - 1 biji setiap hari.

                    Meal Shake 
                      - diambil setiap pagi sebagai sarapan pagi.

Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc  
                     - 1 biji sehari.

Untuk Isteri

Optimum : Vita-lea, B-comp, Vit-C, vit-E dan Zinc 
                      - 1 biji setiap hari

                    Alfalfa 
                     - 3-5 biji sehari.

                   Meal Shake 
                      - diambil setiap pagi sebagai sarapan pagi.


Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc 
                     - 1 biji sehari

                   Alfalfa 
                    –-3-5 biji sehari.


*Peringatan

** Vitalea tidak digalakan bagi pesakit yang thalasemia atau mempunyai alahan.


Untuk period/haid yg konsisten dan stabil,  contohnya 28 hari, bahagikan pada 2 menjadi 14 hari. Maka makan vitamin dari hari pertama period/haid sampai hari ke-14 (anggaran masa subur). 

Lepas itu berhenti dan bersamalah dengan pasangan anda. Rasionalnya, masa subur ini   menaikkan kebarangkalian telur yg disenyawakan untuk melekat (yang memerlukan sedikit perubahan pada paras hormon tadi). Kalau keluar period/haid setelah bersama maka cuba kitaran ini sehingga berjaya.

Untuk mereka yang mempunyai period/haid yang belum stabil, ambil vitamin setiap hari sampai period stabil. Bila dah stabil, baru ikut cara-cara seperti diatas.

Insya Allah kta hanya berusaha Allah juga yang menentukan segalanya. Jangan mudah putus asa dan konsisten berusaha dan mintalah pada-Nya.
 
Fungsi Vitamin Kesuburan

Vitamin E

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

Zink

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Alfalfa

Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

GLA Complex (isteri sahaja)

Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 
 
atau
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 
Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

June 10, 2014

Testimoni Kulit Jeragat dan Jerawat

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Allahu Akbar. Segala puji-pujian hanya pada-Mu.

Setelah 2 bulan mengamalkan kombinasi Vitamin C SR, Alfalfa dan Vitamin E, salah seorang pelanggan saya sudah merasa keberkesanan vitamin Shaklee ini.

Muka beliau yang pada mulanya agak berjeragat dan jerawat degil. Setelah penggunaan konsisten, akhirnya beliau mampu mengurangkan jeragat dan jerawat yang telah sekian tahun bertapa di kulit mukanya.

Pengambilan suplemen ini hanya sebagai bantuan untuk anda menjayakan niat hati untuk lebih sihat. Namun saya nasihatkan yang penting perlukan amalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah. Insya Allah khasiat makanan terbaik akan diserap oleh badan.


Jangan bimbang jika ada kesan sampingan dari kombinasi vitamin ini kerana ia merupakan krisis penyembuhan untuk membuangan segala lendir dan toksin dari badan anda. Anda boleh layari Krisis penyembuhan semasa mengambil Vitamin Shaklee untuk sebarang soalan yang bermain di minda anda. Apa yang paling penting semasa mengambil vitamin ini ada tip-tip yang perlu anda patuhi. Antaranya:

  1. Minum air masak 2-3 liter sehari. Amalkan makan vitamin Shaklee dengan minum air masak bukan air manis.
  2. Jarakkan masa 2 jam sebelum dan selepas pengambilan vitamin, ubat klinik dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini bagi memastikan setiap vitamin yang anda makan dapat diserap dengan baik dan mengelakkan darah menjadi pekat dan sekaligus menyebabkan tekanan darah tinggi akibat dos vitamin yang terlalu banyak dalam satu masa.
  3. Jarakkan masa 2 jam sebelum dan selepas pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh, nescafe dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini kerana minuman kafein menghalang penyerapan vitamin.


Testimoni Kombinasi Vitamin Kulit : Vitamin C SR, B Complex dan Vitamin C
Testimoni Kombinasi Vitamin Kulit : Vitamin C SR, B Complex dan Vitamin C


Vitamin C
  • Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, penghawa dingin, asap rokok).
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti penuaan dan anti kedut).
Vitamin E
  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut
B Complex
  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein (ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku


Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda.
  • 1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75.
  • 1 botol Vitamin E  mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00.
  • 1 botol Vitamin C SR mengandungi 180 biji kapsul untuk pengambilan selama 3 bulan berharga RM92.50.

Cara dan waktu pengambilan vitamin boleh di baca di sini.
Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

April 7, 2014

Tip dan Waktu Pengambilan Vitamin

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit tip dan waktu pengambilan vitamin dan makanan tambahan Shaklee. Saya sering diajukan soalan oleh setiap pengamal vitamin dan pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. 
Tip Pengambilan Vitamin dan Makanan Tambahan:
  • Vitamin Larut Air (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. 
  • Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. 
  • Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  • Lecithin : Diambil bersama vitamin larut lemak yang lain.

Perkara yang tidak digalakkan dalam pengambilan vitamin dan makanan tambahan:
  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. 
  • Mengambil supplemen zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi (Iron) merupakan tambahan dalam VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil keduanya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. 
  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. 
  • Ambillah vitamin dan mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
  • Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi oleh tubuh kita.

Cadangan Pengambilan Vitamin dan makanan tambahan :
  • Selepas sarapan pagi : B complex dan Zink
  • Antara waktu sarapan dan makan tengahari : segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea
  • Antara waktu makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan malam : Ostematrix (kalsium)  , Vitamin E dan Omega (jika ada)
  • Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi  mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap kali waktu makanan utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

Sekiranya kita merasakan cara mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, bolehlah cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Saya doakan rakan-rakan yang mengambil makanan tambahan dan vitamin di luar sana semoga sentiasa sihat. Sesungguhnya, vitamin hanyalah alternatif kesihatan diri kita. 

Walaubagaimana pun kita masih perlu mengamalkan pemakanan gaya hidup yang sihat dengan sentiasa bersenam. Lakukan senaman ringkas di rumah dan sentiasa dan jangan biarkan perut kosong tau menahan lapar semata-mata ingin berdiet. Sentiasa mengunyah tapi pastikan anda makan snek yang sihat.

 

Kizeewatty Zainal @ Kizee Healthyvita
sms whatsapp 0192484428 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang