Showing posts with label Santapan Iman. Show all posts
Showing posts with label Santapan Iman. Show all posts

October 17, 2016

Bertindak dan FOKUS

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Untuk BERJAYA kena BERTINDAK. 
SALAM ZOHOR.

#stokispowergold #EmasKalisInflasi
#gslalmera #gslp

Bekukan Nilai Ringgit dengan Emas

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Dalam SETIAP GRAM EMAS, ada NILAI RINGGIT yang telah DIBEKUKAN.
NILAI RINGGIT tersebut akan KEKAL bersama GRAM EMAS sehingga kita CAIRKAN NILAI RINGGIT tersebut.

October 16, 2016

The Beauty of Nature. A Gift from Allah - Teluk Sengat Johor

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

http://kizeewattyzainal.blogspot.my/
 The Beauty of Nature. A Gift from Allah - Teluk Sengat Johor
http://kizeewattyzainal.blogspot.my/

10 kali tanya "Kita nak pi mana bang?"


Mak pengsan atas motor agaknya.
Alih-alih sampai sini.

http://kizeewattyzainal.blogspot.my/
Barai - sesuai masak sambal
http://kizeewattyzainal.blogspot.my/
Barai - sesuai masak sambal
First time makan sotong kangkung di Padang Kota, Penang beberapa tahun lepas. Punyalah sedap sampai teringat-ingat.

Kemudian jumpa versi yang hampir sama di Teluk Sengat. Semalam rasa nak makan.

Kedai yang pernah pergi tu penuh, jadi pergi ke kedai sebelah. Masa order tu, rasa happy kakak tu kata ada menu sotong kangkung. Tapi pelik bila dia tanya taknak order nasi ke? Dan siap tambah komen bagusnya tak makan dengan nasi.

Bila makanan sampai, baru faham kenapa dia bagi komen tambahan tu.



Ini kangkung sotong! =)


Sekian.

Submit Doa dan Zikir.

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Sambil melipat baju yang macam tak surut ni, sambil-sambil jom kita zikir. Langit macam nak hujan. Submit doa sekali ye.

Alhamdulillah
Subhanallah
Allahu akbar
La ilaha illallah

Teman yang Berkata Benar

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum.

Pagi and happy weekend. 

Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita.

October 15, 2016

Selamat Malam, Mimpi Indah.

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Jagalah ALLAH,
Dia pasti menjaga mu.
Jagalah ALLAH,
Dia sentiasa,
Bersamamu.

Doa dulu sebelum tidur ye 
Selamat Malam. Mimpi Indah.

Mudahkan Pelanggan dalam Bisnes

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Sebagai peniaga kita digalakkan menyimpan dan sediakan duit kecik. Kalau 10 kali pelanggan bayar memanjang kita takde duit kecik..tak ke haru.

Ini salah satu tip tersohor dalam berbisnes. Kalau takde cuba usahakan juga pi tukar ye. Kita mudahkan pelanggan, insya Allah dipermudahkan juga urusan kita.

Betul tak ?

Mode - Mak excited dapat makan somtum petang-petang gini.

http://kizeewattyzainal.blogspot.my/

October 14, 2016

Jom Buat Baik

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Apabila kamu tidak dapat berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik.

Selamat Malam.
Assalamualaikum.

October 7, 2016

Hati yang Hidup

Teks: Kizeewatty Zainal

Hujan masih rintik-rintik di Pasir Gudang.
Selamat menunaikan Solat Jumaat.

Hati yang hidup ialah hati yang merasai kehadiran ALLAH dalam setiap detik setiap waktu kehidupan.

October 6, 2016

Bisnes adalah Tarbiyah Terbaik

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum.

Salam Khamis. 
Jom berdoa semoga Allah swt permudahkan dan bereskan urusan kita hari ini. Amiinnn.
Senyum sket. Boleh?

Bisnes adalah satu tarbiyah terbaik.
Terbaik untuk mendidik jiwa kita.
Belajar matlamat asal kehidupan.
Belajar tawakal kepada Allah yang satu.

Kizeewatty
Stokis Emas Powergold

October 5, 2016

Doa Sebelum Tidur

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Nak tidur ni kita doa dulu ye?

Sedekah Fatihah pada diri, ibu bapa, jiran, kawan dan sedara seIslam yg masih hidup atau yg telah tiada.

Doa dan minta yang baik-baik.

Maafkan diri kita.
Maafkan mereka-mereka.
Jangan simpan dalam.

Baru hati tenang.
Betul tak?

Assalamualaikum dan nite-nite.
Kizeewatty Zainal

October 4, 2016

Mak Abah

Teks: Kizeewatty Zainal

You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are grey
You never know, how much I love you
You always be my sunshine ..always

Mak dan abah,
Mereka adalah insan yang tidak jemu-jemu memberikan yang terbaik buat saya dan adik.
Memberikan sepenuh sokongan dan doa yang terbaik untuk anak-anak.

Insya Allah , moga Allah bantu saya tunaikan segala hajat mereka. Moga Allah berikan kesihatan dan keberkatan dalam hidup mak dan abah.

Selagi kita punya mak dan ayah, berbaktilah pada mereka.
Jika tiada..sedekahkan Fatihah, doa dan amal jariah buat mereka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau ampunkanlah dosa ibu bapa kami, haramkan mereka dari api nerakaMu dan tempatkanlah mereka di kalangan orang soleh di dalam JannahMu.
Amiiinnnn...

Kizeewatty Zainal

October 3, 2016

Amalan Sunnah Waktu Subuh

Assalamualaikum wbt.

Kita sebagai umat Rasulullah saw diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu...betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.

Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.

JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA.

1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq).
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:  “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)

Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.

2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah saw "aku selalu mendengar Rasulullah sawmembaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas  (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata "tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu." Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.

3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.

4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi saw bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa,
اللهم زقنا الإستقامة

"Allahumma zugna istiqamah"
Ya Allah rezekikan kami istiqamah

Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.

5. Selepas memberi salam solat Subuh,  jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ
يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.

Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.

6. Jangan tinggalkan membaca 7 kali

اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّار

Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca "Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)" 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka." (HR Nasa'i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)

Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, "Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah."

7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa "Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ ...اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka."

Perbuatan merebahkan badan sebagai 
1. Sunnah Nabi 
2. Kedudukan badan dalam kubur 
3.  Kedudukan jantung 
4. Menunjukkan betapa lemahnya kita tidak mampu melakukan apapun tanpa kekuatan dari Allah.

8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. Jika tidak sempat sediakan "Tabung Subuh" di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi " (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)

10. Baca " ...innama sana'uu kaidu saahir wa ka yuflihus saahiru haithu ataa"
Surah Taha: 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا
 إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.

Sumber: Kulliah subuh bersama Ustaz Muhadir Haji Joll pada 24/9/16 22 Zulhijjah 1437H di S urau At Taqwa Seksyen 7, Shah Alam.

Semuga bermanfaat 😊

October 2, 2016

Puasa Sunat Di bulan Muharam

Assalamualaikum wbt.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa di bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardhu, ialah solat malam."
(HR Muslim No: 1982) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk banyak melakukan puasa sunat di dalamnya.

2.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah bulan yang paling utama untuk memperbanyakkan puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

3.  Solat sunat yang utama selepas solat fardhu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Ayuh bersifat Rahmah merebut peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan puasa sunat disamping memperbanyakkan solat malam.


October 1, 2016

Amalan Menghindari Dari Wabak Zika

Assalamualaikum wbt.

Perkongsian diambil dari Ustaz Abdul Rahman:

Amalan Menghindari Dari Wabak Zika

Pertama: Memperbanyak membaca Surah Al Falaq.

Kenapa surah Al Falaq?
Sebab pada ayat pertama kita diajar memohon perlindungan kepada Allah, Tuhan yg empunya alam ini.

Pada ayat kedua pula kita sebutkan mohon perlindungan dari segala macam kejahatan makhluq2 yg dicipta oleh Allah swt.

Nah, bukankah virus Zika yg dikatakan dibawa oleh nyamuk adalah makhluq ciptaan Allah?

Kedua: Banyak menyebut nama2 Allah kemudian baca doa ini lepas solat subuh dan sebelum maghrib;
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض و لا في السماء و هو السميع العليم

Dikatakan semua segala satu yg dicipta oleh Allah  sangat takut bila nama2 Allah disebut2. Mana2 yg jahat (negatif) akan musnah bila mendengar nama Allah atau berubah menjadi baik (positif).

Amalkan semoga kita dihindari dari musibah ujian wabak ini.

Kepada yg diuji dengan terkena wabak perkataan yg terbaik diucapkan adalah:
إنا لله و إنا اليه راجعون

September 19, 2016

Nikmat Allah itu Melimpah Ruah

Assalamualaikum wbt.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً ۗ وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ 
عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran"[Surah Luqman 20]

#Ayat ini mengingatkan kita agar sentiasa mengingati betapa banyak nikmat yg Allah kurniakan kpd kita sehingga melimpah2 dan mengelilingi kita dari kepala sampai ke tapak kaki.

#Pelbagai nikmat yg diberikan spt nikmat kesihatan, keamanan, kedamaian, makanan, minuman, udara, air, dunia ini, kehidupan ini namun kita tidak sedari dan buat2 tak sedar bahkan sebahagiannya kufur akan nikmat2 ini.

#Allah bertanya kita semua dgn soalan yg membisukan mulut!!

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" [Surah ar-Rahman 13]

#Namun, itulah sifat kita semua, bila susah ingat Allah, cari Allah, berdoa pd Allah, merayu2 pertolongan Allah, tp bila senang mulalah lupa Allah, sombong dgn Allah, lawan Allah, lawan hukum Allah, lawan perintah Allah, lawan perundangan Allah, tinggal solat, tak sempat baca al-Quran, tak datang masjid, kedekut bakhil dan 1001 kufur yg kita buat.

#Sifat lupa Allah, tak syukuri nikmat dan ingkar dgn Allah sebenarnya sifat dan sikap org kafir. Mengapa kita yg Islam blh jd perangai kafir???!!!.. Firman Allah swt:

يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ اللَّهِ ثُمَّ يُنْكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ

"Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka ialah orang-orang yang kafir (kufur ingkar)"[Surah an-Nahl 83]

Wallahu a'lam.

Jadual Kuliah Agama Hari Ini

Jaɖʊaʟ ҡʊʟiaɦ քɛռɢaʝiaռ aɢaʍa ɦaʀi iռi
(Zon Jօɦօʀ Selatan)

Isnin - 17 Zulhijjah 1437H / 19 Sept 2016

✅ҡʊʟiaɦ ʍaɢɦʀiɮ :

Ustaz Abd.Rahman(USRA ABI)
@ Surau Raudhatul Jannah,Tmn Bkt,Indah,JB.
- Tafsir Al Quran

Ustaz Ruslan Abdullah
@ Surau Al Husna,Jln.Suria,Bdr.Seri Alam,Masai.
- Kitab Fiqh Sirah & Fatwa.

Ustaz Nizamuddin Omar
@ Surau At Taufiqiyyah,Tmn Nusa Damai,PG.
- Tafsir Al Quran

Ustaz Abu Basyir Azam Darusa
@ Surau Al Bararah,Kg.Cahaya Baru,Masai.
- Kitab Nasihat Agama,Wasiat Iman.

Ustaz Ubaidillah Al Musawi
@ Masjid Jamek Hjh.Maznah,Tmn.Megah Ria,Masai.

Ustaz Mohd Rafie Borhan
@ Surau Al Ikhlas,Jln Pelanduk,Tmn Scientex,PG.
- Kitab Fiqh Sirah

Ustaz Mohd Rifqi Myiddin
@ Masjid Intan Abu Bakar,Tmn.Sri Pulai,Skudai.
- Tafsir Al Quran

Ustaz Ismail Mat Ali
@ Surau Al Kauthar,Tmn Rinting,Masai.
#TANGGUH

Ustaz Sanusi Abd.Razak
@ Surau Annur,Tmn.Cahaya Masai.
- Tajwid Al Quran.

Ustaz Mohd Zin
@ Masjid Jamek Tmn Nusa Damai,PG.
- Kitab Minhaj

Ustaz Mohd.Hasbi Bin Hassan
@ Surau Al Hikmah,Jln.Helang,Tmn.Scientex,PG.
- Kelas Al Quran

Ustaz Mohd.Nazli
@ Masjid Nur Syahadah,Bdr.Baru Kangkar Pulai,Skudai.
- Tajwid Al Quran

Ustaz Hanafiah Abd.Razak
@ Surau Tmn.Pulai Emas,Skudai.
- Tasawuf

Ustaz Zulkifli Sulong
@ Surau Al Hakim, Tmn Mawar Fasa 5,PG.
#TANGGUH

✅ҡʊʟiaɦ ʍaɢɦʀiɮ[Mersing/Endau] :

📚} Kuliah Maghrib (Ustaz Ali Supandi (SRAB)
 @ Masjid Jamek Bandar Mersing
  - Kitab: 
<><><><><><><><><><><><><><><><><>

📚} Kuliah Maghrib (Ustaz Mohd Syukri (SMA)
 @ Surau Taman Wawasan Mersing
  - Kitab: Hidayatus Solikin
<><><><><><><><><><><><><><><><>

📚} Kuliah Maghrib (Ustaz Khairuddin (IPD)
 @ Surau Haji Ali Uda Mersing
  - Kitab: Al Hikam
<><><><><><><><><><><><><>

📚} Kuliah Maghrib (Ustaz Ahmad Syukor)
 @ Masjid Al Ihsan Kampung Sri Lalang Mersing
  - Kitab: Tafsir
<><><><><><><><><><><><><><><>

📚} Kuliah Selepas Isyak' (Ustaz Fauzi (WDQ)
 @ Wakaf Darul Quran Kampung Siapu Mersing
  - Kitab: Ulumul Quran
<><><><><><><><><><><><><><><><><>><><><>


✅ҡʊʟiaɦ iՏʏaҡ :

 Ustaz Mohd Sulhi
@ Surau Al Jauhar,Tmn Impian Emas,Skudai.
- Kitab As Syamail Al Muhammadiyah

 Ustaz Md Abbas Abd Latiff(Utm)
@ Surau Al Hidayah,Tmn Daya,JB.
- Kitab Nasihat Agama Wasiat Iman

 Ustaz Rosli Abd.Majid
@ Surau Al Ikhlas,Jln.Pelanduk,Tmn.Scientex,PG.
- Tajwid & Asas Pembacaan Al Quran.

 Ustaz Muhd.Ismail Mahmud(Imam ll)
@ Masjid Tmn.Sri Pulai Perdana,Skudai.
- Kelas Hafazan Al Quran - Al Baghdadi

 Ustaz Zaifiddin Isa
@ Surau Nurussalam,Tmn Pulai Indah,Skudai.
- Kelas Hafazan Al Quran - Al Baghdadi
(10:00pm - 11.00pm.)

 Ustazah Norliah Kasmuri
@ Dewan Ibnu Sina,Tmn Setia Indah,JB.
- Kitab Ringjkasan Riadhus Solihin(Usrah Kaum Hawa)
Muslimat Sahaja

https://m.facebook.com/majlisilmujohor

Mohon Maaf dan Memaafkan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum. Zao An rakan-rakan positif saya.

Cuba kita check hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, isteri, anak-anak.

Ada dendam sesiapa?
Ada tak maafkan orang?
Ada sakitkan hati orang?

Fikir semula.
Mohon maaf dan memaafkan orang adalah perkara yang terbaik.

September 17, 2016

Mulakan Pagi Anda dengan Hati yang Terbuka.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt. Selamat pagi rakaniaga & rakan hati.
Muhasabah diri selalu. Mulakan pagi Anda dengan hati yang terbuka.

Semoga Anda semua dalam keadaan sihat sejahtera & ceria selalu serta sentiasa positif & tidak mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan.

www.kizeewattyzainal.blogspot.my

Pagi-pagi Muka SENYUM

Assalamualaikum semua.



Pagi-pagi muka kasi SENYUM sket.
Jangan monyok macam cik neng. 😅😅😅😅