Showing posts with label DIABETES. Show all posts
Showing posts with label DIABETES. Show all posts

September 17, 2016

Repeat Order untuk ESP dan GLA Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Happy sangat bila customer repeat order berulang kali.
Sememengnya dia repeat order sebab suka dengan perubahan yang ternyata BERKESAN dengan Shaklee.

Kebaikan ESP Shaklee :

·ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
·ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan  kecantikkan payudara anda 

·ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih 
·Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 
·ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam 
·Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum 
·Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. 
·Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
·Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit


Kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

Repeat Order untuk ESP dan GLA Shaklee

July 23, 2016

Rumah Terbuka Raya dan Supplemen DETOX

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Jom pi raye lagi. 
Hari ni jemputan openhouse non stop.

Maka wajib kita consume supplement DETOX dulu.

Supplement DETOX Shaklee



Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

whatsapp 0192484428

PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  

March 18, 2015

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Assalamualaikum wbt

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Anemia atau kurang darah / oksigen dalam darah

- kekurangan sel darah merah iaitu kurangnya keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Penyakit buah pinggang


Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru). 

Penyakit hati


Hati bertugas untuk mengatur komponen lemak yang berasal dari berbagai jenis makanan yang kita konsumsi setiap hainya, serta mengatur gula dan protein yang terdapat dalam darah. Selain itu hati juga berkewajiban untuk menghancurkan dan membuang toksin atau racun dari darah

Impak Kekurangan Protein dalam Badan 

  1. kolesterol tinggi
  2. tekanan darah rendah
  3. kandungan gula darah rendah
  4. Fungsi saraf tak stabil
  5. Ulser perut + usus
  6.  Pengaliran darah yang tidak lancar
  7. Penglihatan kurang baik
  8. Badan menggeletar
  9. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  10. Terancat akal
  11. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

December 12, 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t telah mencipta tubuh badan manusia dengan sempurna. Tiap satunya berfungsi dan dijadikan tanpa sia-sia. Namun bagaimana kita menjaganya agar sihat?. Bagaimana kita menjaganya agar mampu berfungsi lebih lama?.

Sebenarnya kita boleh mengawal atur aktivitivi harian kita agar tubuh dan organ dalaman sentiasa dalam keadaan optimum dan sihat, Insya Allah. Oleh itu mari kita singkap satu persatu bila dan bagaimana kita menjaga fungsi organ dalaman tubuh badan kita.


Organ Dalaman Manusia


Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
 

Paru-paru 

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan serta bertakafur.


Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
 

Usus Besar 

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.

Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
 

Perut 

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
 

Limpa 

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
 

Jantung 

Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
 
Usus kecil 


Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
 

Pundi Kencing 

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
 
Buah Pinggang 


Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
 
Dinding Jantung 


Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
 
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. 

11:00 pm – 1:00 am
 
Hempedu 


Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
 
Hati 


Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Sumber : Facebook 

Salam sayang

Puan Kizeewatty Zainal 
#PengedarShaklee
0192484428

October 27, 2014

Punca Sakit Jantung Pembunuh No. 1 di Malaysia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t







Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia dan penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dengan 1940 maut setiap jam. 

Bagaimana Penyakit Jantung Terjadi? 

Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung. Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.

Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
 
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.







Punca Penyakit Jantung
  • Usia - Risiko tinggi selepas menopaus 
  • Kolesterol berlebihan 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Merokok 
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi  
  • Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko  sakit jantung 
  • Kurang bersenam 
  • Kencing manis atau diabetes 
  • Sejarah keluarga

Tanda Serangan Penyakit Jantung

1. Sakit leher

Pernahkah anda pernah merasa sakit leher yang berpanjangan?
Dan selepas itu merasa sakit mendadak disertai rasa sesak di bahagian bahu dan bahagian bawah leher?

Apa yang terjadi? 
Saraf dari rangkaian jantung yang rosak menghantar isyarat rasa sakit yang naik turun pada ruas tulang belakang yang dalam waktu yang sama  saraf-saraf di sekitar leher dan bahu juga akan sakit.

2. Masalah seksual

Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan, mereka yang dirawat kerana penyakit jantung dua daripada tiga di antaranya menderita disfungsi erektil selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya didiagnosis mempunyai masalah dengan jantung. Menurut Goldstein, beberapa kajian terbaru yang menguji hubungan antara disfungsi erektil dan penyakit kardiovaskular juga semakin meyakinkan. 

Apa yang terjadi? 
Pembuluh darah di sekitar jantung boleh enjadi sempit dan keras, hal sama juga boleh terjadi pada pembuluh yang membekalkan darah ke bahagian zakar. Kerana saluran darah di sekitar zakar lebih kecil, pembuluh-pembuluh ini boleh mengalami kerosakan yang lebih cepat - walaupun tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dikesan.

3. Pening, pengsan, atau sesak nafas

Sebuah kajian yang diterbitkan Circulation: Journal of the American Heart Association, menyebutkan lebih dari 40 peratus perempuan melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas di saat sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan merasakan tak boleh bernafas, lemas atau pusing apabila berada di tempat inggi. 

Bila anda tergopoh-gopoh ketika naik tangga, menyapu halaman, berjalan santai, atau aktiviti lain yang sebelum ini tidak mendatangkan kesukaran pada diri kita.

Apa yang terjadi? 
Ini akibat tidak cukupnya darah mengalir pada saluran yang mengangkut oksigen ke jantung. Kesakitan pada otot jantung juga boleh membuat seseorang merasakan sukar menarik nafas dalam. Penyakit pembuluh darah koroner, di mana pembuluh darah jantung tersumbat akibat ppenebalan plak lemak dan kolesterol, menyebabkan organ jantung tidak mendapatkan bekalan oksigen yang cukup.

4. Gangguan pencernaan, mual, atau heartburn

Walaupun sebahagian besar daripada kita berfikir keadaan yang berhubungan dengan jantung sinonim dengan kesakitan pada dada, tetapi sebenarnya hal ini boleh berlaku juga di bahagian perut. Pada beberapa orang khususnya wanita, gejala seperti heartburn atau perasaan terbakar pada bahagian dada, rasa perut kekenyangan atau tersedak perlu diberi perhatian. Gangguan pencernaan yang parah dan mual juga boleh menjadi tanda awal serangan jantung, atau biasa disebut infarction, khususnya pada wanita. 

Sebuah kajian menunjukkan, perempuan dua kali lebih mengalami muntah, mual, dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan menjelang serangan jantung.

Apa yang terjadi? 
Timbunan lemak di pembuluh darah boleh mengurangkan atau menurunkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan perasaan seperti sesak, tertindih atau sakit - yang kebanyakan berlaku di kawasan dada tetapi terkadang juga di bahagian perut. Mual dan pusing-pusing juga boleh menjadi petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku.

5. Sakit pada rahang dan telinga
 
Hasil kajian menunjukkan, ramai pesakit pasca serangan jantung melaporkan sakit pada rahang mereka sebelum serangan jantung.

Kerosakan pada rangkaian organ jantung boleh mencetuskan penghantaran isyarat naik turun pada bahagian tulang belakang yang kemudian merebak pada sarar-saraf yang tersebar dari tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.

Ingin saya ingatkan di sini apabila kita mengalami dua atau lebih gejala seperti di atas ini secara berterusan, segera dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan. Selain itu pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan sakit jantung. 

Antaranya:
1.      Makan secara sihat.
2.     Tingkatkan aktiviti fizikal.
3.     Hentikan Merokok dan Minuman Keras.
4.     Kekalkan berat badan yang unggul.
5.     Ketahui Paras Tekanan Darah.
6.     Kendalikan Stress dengan Bijak.
7.     Amalkan pengambilan Suplemen dan Vitamin yang selamat.


                                  
Cadangan Suplemen untuk Kesihatan Jantung


Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic Complex dan COQHealth Plus

Kombinasi Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic Complex dan COQHealth Plus. Kombinasi ini memecahkanpla lemak, mengurangkan kolesterol, menyokong tenaga jantung dan membantu peredaran darah yang lancar.



Vitamin E  

  • Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
  • Jantung yang sihat
  • Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan asid lipid terbentuk 
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) 
  • Mengurangkan tekanan darah 
  • Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri 

  • Garlic Complex

    • Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah
    • Mengurangkan kebekuan darah
    • Meningkatkan HDL
    • Melindungi jantung 
    • Menghalang strok dan penyakit koronari.

    Omega Guard 

    • Menurunkan trigliserida sehingga 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol 
    • Mencegah salur darah dari tersumbat
    • Mengelakkan strok 
    • Mengekalkan tekanan normal darah
    • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 
    • Mengurangkan sakit kepala 
    • Merendahkan kolestrol 
    • Mencegah pembekuan darah dalam badan 
    • Mengurangkan risiko penyakit jantung

    CoQ10

  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


    *********************************************************************************************************** 

    • Vitamin E  mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00.
    • Omega guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.00.
    • Garlic Complex mengandungi 60 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM47.50.
    • COQHealth Plus mengandungi 30 kapsul untuk pengambilan selama 1 bulan berharga  RM 124.00



    Untuk konsultasi percuma vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

    sms: pm: whatsapp ~Kizee 0192484428

    email: kizeewattyzainal@gmail.com


    FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop 




    Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee