Showing posts with label Makanan Penyembuh Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Makanan Penyembuh Penyakit. Show all posts

October 3, 2016

Peppermint Ginger Plus Meredakan Gastrik dan Angin.

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt 

Pagi-pagi COD #peppermintginger pada customer.
Mari saya ajar cara makan vitamin Peppermint ni. 
  • Jika untuk tujuan mencuci usus dan perut boleh melarutkan 3 biji Pappermint Ginger Plus dengan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam kemudian boleh diminum.
  • Jika untuk penghadaman, merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk ambil 3 biji selepas makan.
  • Jika untuk melegakan tekak, batuk atau sendawa boleh terus hisap 2 biji Peppermint Ginger Plus.
kizeewatty
 Peppermint-Ginger Plus Meredakan Gastrik dan Angin.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus, salah satu alternatif kepada masalah-masalah berikut:
  1. Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  2. Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  3. Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  4. Mereka yang sering mengalami kembung perut
  5. Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Kizeewatty 
Pengedar Shaklee
0192484428

September 17, 2016

Repeat Order untuk ESP dan GLA Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Happy sangat bila customer repeat order berulang kali.
Sememengnya dia repeat order sebab suka dengan perubahan yang ternyata BERKESAN dengan Shaklee.

Kebaikan ESP Shaklee :

·ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
·ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan  kecantikkan payudara anda 

·ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih 
·Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 
·ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam 
·Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum 
·Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. 
·Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
·Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit


Kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

Repeat Order untuk ESP dan GLA Shaklee

September 14, 2016

Buah Koko Terbaik untuk Jantung.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Orang depan bagi koko.
Lama dah tak makan.

Buah koko
Mekaseh. Manis.
Semanis orang yang bagi ni. 

Waktu kecil dulu arwah nenek tanam pokok koko sebelah rumah saja. Selepas makan biji koko dikeringkan macam ikan kering. Lepas tu kami jual.

Khasiat biji koko memberikan tindakan antioksida yang kuat. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dalam koko dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Pemakanan yang kaya dengan antioksida seperti koko memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. 


September 10, 2016

Adab Menyembelih Qurban

Assalamualaikum 

ULANGSIAR sempena Hari Raya Qurban yang bakal tiba.

Sebuah Risalah ringkas oleh syeikhuna mengenai adab & hukum hakam sembelih. Jom baca dan ambil faedah.
________________________________________

AL-MURSYID ASH-SHOLIH
PADA MENYATAKAN ADAB DAN AHKAM MENYEMBELIH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي شرع لعباده التقرب إليه بذبح القربان وقرن النحر بالصلاة في محكم القرآن ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ذو الفضل والامتنان ، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده وسوله أفضل من قام بشرائع الإسلام وحقق الإيمان , صلى الله وسلم عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان . أما بعد :

Maka berkata hamba yang mengharap ampunan Allah Al-Baari Al-Bashir, Ibrahim ibn Masran Al-Banjari zut taqshir : 

Sebahagian ikhwan yang mulia telah meminta kepada faqir tentang petua-petua dan ahkam berkait tentang penyembelihan binatang dan munasabah dengan hari raya korban yang bakal tiba, maka terfikirlah dizihin faqir untuk menulisnya dalam suatu risalah yang kecil sekalipun faqir bukan ahlinya.

Maka faqir dhobitkan khulasah beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Faqir kutip daripada beberapa buah kitab feqh Mazhab Syafi'e seperti Hasyiah Al-Baijuri, I'anah Ath-Thalibin, Al-Iqna', Al-Majmu', Mughni Al-Muhtaj, Tuhfah Al-Muhtaj, Sabil Al-Muhtadin, Matla' Al-Badrain, dan selainnya atas jalan ikhtisar seadanya. 

Serta faqir berikan beberapa tanbihaat dan fawaed berhubung dengannya. Lalu faqir namakan risalah ini : Al-Mursyid Ash-Sholih, Pada Menyatakan Adab dan Ahkam Sembelih.

Semoga risalah yang kecil ini bermanfaat buat diri faqir dan para pembaca semua. Allahumma Aamiin.

1. Disyaratkan penyembelih itu adalah Muslim. Serta hendaklah ia menyembelih kerana Allah dan bukan kerana selainNya.

2. Asas sembelihan korban dan sembelihan biasa tiada banyak bezanya, kecuali pada bacaan بسم الله الرحمن الرحيم dan, الله اكبر serta menerangkan untuk siapa korban itu dilakukan.

3. Disukai yang menyembelih binatang korban itu adalah orang yang berkorban, sekalipun ia perempuan. Bagaimanapun harus baginya mewakilkan kepada orang lain. Imam an-Nawawi رحمه الله تعالى menghukumkan makruh bagi anak kecil dan perempuan haid melaksanakan sembelihan.

4. Disyaratkan binatang itu ada hayat mustaqirrah pada mula-mula sembelihan. Antara tanda ada hayat mustaqirrah ialah kuat geraknya ketika disembelih dan menyembur darahnya, atau memada dengan kuat geraknya sahaja mengikut pendapat Imam an-Nawawi رحمه الله تعالى .

5. Sunat menajamkan pisau atau parang yang hendak digunakan serta tidak mengasahnya dihadapan binatang korban.

6. Sunat diberi binatang itu minum sebelum ia disembelih dan jangan disembelih binatang tersebut di hadapan binatang korban yang lain.

7. Sunat merebahkan binatang korban dengan menghadapkan mukanya ke arah qiblat serta di atas lambung kiri. Dikala merebahkan binatang itu, sunat membaca: رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيم

8. Sunat penyembelih menghadap qiblat dan dalam keadaan berwudu'.

9. Wajib atas orang yang menyembelih itu memotong halqum (tempat keluar masuk nafas) dan mari' (tempat laluan makanan yang terletak di bawah halqum) sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). 

Hendaklah menyembelih dengan bersungguh-sungguh dan tidak bermain-main. Hendaklah berlaku ihsan dan tidak menzalimi binatang tersebut.

10. Sunat disembelih pada bahagian hujung leher (sebelah atas) untuk binatang yang berleher pendek seperti lembu, kerbau dan kambing. 

Adapun bagi binatang yang berleher panjang seperti unta, maka sunat disembelih pada bahagian pangkal leher (berhampiran dada), kerana mengikut sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Hikmahnya adalah memudahkan roh binatang itu keluar.

11. Sunat disembelih lembu, kerbau atau kambing itu dengan dibaringkannya di atas tanah sebelah rusuk kirinya serta diikat kakinya, sementara kaki kanannya bebas lepas tanpa diikat supaya binatang itu dapat berehat dengan menggerakkan kaki kanannya itu. 

Adapun unta, maka sunat disembelih dengan didirikan binatang itu. Jika tidak mampu untuk disembelih dalam keadaan unta itu berdiri, maka sembelihlah dalam keadaan unta itu duduk. Rujuklah dalam al-Mughni.

12. Sunat juga meletakkan sebelah kaki penyembelih ke atas batang leher binatang atau lambungnya supaya binatang itu tidak dapat menggerakkan kepalanya.

13. Ketika hendak menyembelih binatang korban, sunat dibaca seperti berikut :
اللهُ اَكْبَرْ! اللهُ اَكْبَرْ! اللهُ اَكْبَرْ! بِسْمِ الله اللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Kemudian berniat, seperti berikut :
اللَّهُمَّ هَاذِهِ أُضْحِيَّةً مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنِّيْ, اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ وَلِلَّهِ الْحَمْد
Maksudnya: "Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan selawat dan rahmat keatas Sayyidina Muhammad. Ya Allah ya Tuhanku, Ini korban daripada Engkau dan kembali kepada Engkau, maka terimalah korban daripada hamba. Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dan kepada Allah lah kembali segala pujian."

14. Bagi tukang sembelih yang diwakilkan untuk menyembelih, hendaklah menyebutkan atau meniatkan nama-nama pemilik korban. Harus ia mendahulukan niat sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah. Peserta korban pula disunatkan hadir menyaksikan penyembelihan tersebut. Niatnya adalah seperti berikut :

اللَّهُمَّ هَاذِهِ أُضْحِيَّة لِ........ ("فلان بن فلان") مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا

Maksudnya : "Ya Allah, sembelihan korban ini, adalah untuk......(nama peserta korban)..... dari Engkau dan kepada Engkau, maka terimalah daripada kami korban ini.."

Jika tujuan sembelihan itu adalah untuk 'aqiqah, maka diniatkan :

اللَّهُمَّ هَاذِهِ عَقِيْقَة لِ........ ("فلان بن فلان") مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا

Maksudnya : “Ya Allah, sembelihan aqiqah ini, adalah untuk....(nama peserta korban).... dari Engkau dan kepada Engkau, maka terimalah daripada kami aqiqah ini.."

15. Sunat dibiarkan binatang itu setelah disembelih sehingga ia mati.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Waktu penyembelihan korban adalah bermula setelah matahari terbit pada 10 Zulhijjah dan sesudah qadar selesai solat dua rakaat solat iedil adha berserta dua khutbah yang ringkas. Afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah.

Waktu penyembelihan korban ini berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika disembelih binatang korban itu setelah berakhir hari tasyriq (10-13 Zulhijjah), maka sembelihannya tidak dianggap sembelihan korban.

Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang tidak sempat dilakukan pada tempoh hari tasyriq itu, binatang itu tetap wajib disembelih sekalipun di luar waktunya dan sembelihan itu dikira sebagai qadha'. Demikian fatwa dalam Hasyiah I'anah.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Haram bagi penyembelih mengambil upah kulit atau tanduk atau ekor atau daging daripada pemilik korban dengan jalan upah. 

Tetapi harus baginya menerima daging tersebut daripada pemilik korban dengan jalan sedekah jika ia termasuk orang miskin atau dengan jalan hadiah jika dia bukan orang miskin.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Telah banyak orang awam yang jatuh ke dalam syubhat akibat mewakilkan sembelihan dan agihan daging TANPA menyatakan apakah ia korban wajib (kerana nazar) atau korban sunat. Perkara ini mendatangkan beberapa masalah dan hukum penting iaitu :

1) Jika korban itu adalah korban wajib, maka kesemua dagingnya wajib disedekahkan kepada faqir miskin dalam keadaan mentah, serta haram memindahkan daging korban tersebut daripada tempat sembelihan ke negeri lain. Ini pendapat jumhur Syafi'iyyah.

2) Jika korban itu korban sunat, maka sebahagian daging korban itu harus dihadiahkan (bahagian hadiah) atau dimakan oleh orang yang berkorban (bahagian milik tuan korban). Maka milik bahagiannya (hak milik tuan yang berkorban) itu dihukumkan harus dipindahkan ke negeri lain, manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada faqir miskin (bahagian sedekah) hukumnya wajib disedekahkan di tempat korban serta haram dipindahkan ke negeri lain. Rujuklah Hasyiah I'anah Ath-Thalibin bagi al-'Allamah As-Sayid Al-Bakri رحمه الله تعالى.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Haram memberi sedekah atau hadiah walaupun sedikit kepada orang kafir sekalipun dia kaum kerabat, jiran tetangga atau ahli pakatan dalam parti dan sekalipun ia faqir miskin daripada kafir zimmi, samada ia korban wajib atau korban sunat kerana korban adalah perkara yang berhubung dengan ibadat. Sekiranya ada bahagian daging itu yang diberi, dihadiah atau dijual kepada orang kafir, maka wajib diganti dengan yang lain sekira-kira menyamai qadar berkenaan. Sebagaimana dicatatkan dalam Matla' al-Badrain dan Sabil Al-Muhtadin dan selainnya.

Berkata guru kami, harus memberi kepada orang kafir jika daging itu TELAH menjadi milik si faqir atau miskin, yakni setelah berlaku pembahagian daging korban. Syaratnya pemilikan itu adalah dengan jalan sedekah atas faqir miskin. Maka si faqir atau si miskin itu mendapat daging dan daging itu menjadi MILIKnya, maka ia boleh sama ada memakannya, menjualnya atau menghadiahkan kepada orang lain termasuk kafir yang faqir. Itu pun hanya korban sunat sahaja. Adapun bagi korban wajib, hukumnya haram.

Wal hasil, jika berasa ingin memberi kepada orang kafir juga, jalan yang terbaik adalah dengan memberi daging yang dibeli dikedai, yakni bukan daripada daging korban. Mengutamakan orang Islam itulah yang dipilih bagi orang memahami.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban adalah binatang ternakan beraki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri atau kibasy. Daripada jenis binatang yang disebutkan itu, binatang jenis kambing, biri-biri dan kibasy tidak boleh berkongsi, ia tertentu untuk seorang sahaja. Maka jika dua orang berkongsi satu kambing pada korbannya, maka tidak sah korbannya. Adapun unta, lembu, dan kerbau, boleh berkongsi atasnya sehingga kepada tujuh orang sahaja. Tiada boleh lebih daripada itu.

(Tanbih) Binatang seperti ayam tidak memadai dibuat korban atau aqiqah. Namun jika seorang itu benar-benar tidak mempunyai kemampuan, harus baginya berbuat demikian tetapi hendaklah dia bertaqlid kepada mazhab Ibn Abbas رضي الله عنهما. Demikian fatwa dalam Hasyiah Baijuri.

(Faedah) Ini suatu faedah. Afdhal buat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy atau biri-biri, kemudian seekor kambing biasa. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang. Kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu.

(Faedah) Ini suatu faedah. Seorang yang berkorban dengan tujuh ekor kibasy lebih afdhal daripada tujuh ekor kambing. Manakala tujuh ekor kambing lebih afdhal daripada seekor unta dan seekor lembu atau kerbau kerana bertambah taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.

(Faedah) Ini suatu faedah. Afdhal binatang yang dibuat korban itu yang bewarna putih, kemudian yang bewarna kuning, yang putih tetapi tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian sebahagian yang berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

(Faedah) Ini suatu faedah. Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.

(Faedah) Ini suatu faedah bagi orang yang ingin menyembelih binatang sama ada untuk korban atau untuk sembelihan biasa. Petua ini juga diamalkan oleh guru kami Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumbuh رحمه الله تعالى.

1. Supaya daging tidak berlemak :-
- Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
- Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
- Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
- Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut :-
- Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
- Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
- Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk :-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ
اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang, maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya cukup atau memadai daging bagi setiap jamuan, insya'Allah, maka bacalah :-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
kemudian hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

7. Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras

والله تعالى أعلم بالصواب وإليه المرجع والماب
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والحمد لله رب العالمين

Al-Faqir ila Allah Al-Baari
Ibnu Masran Al-Banjari
9 Zulhijjah 1433H

# NOTA : Sila dapatkan juga kitab Al-Mursyid As-Soleh Fi Ahkam Az-Zaba'ih, sebuah kitab tulisan jawi karangan syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullah yang membahaskan beberapa permasalahan sembelihan dalam feqh mazhab syafie dengan lebih lengkap.

Wallahu a'lam.

September 3, 2016

Our Late Lunch with Amir BBQ Lamb Shoulder

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Our Late Lunch with Amir BBQ Lamb Shoulder at Kambing Power Station

Our late lunch.
Western but with nasi and sambal kicap.

September 1, 2016

Hujan

Teks:Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Hujan.
Kopi O
Roti telur.
               Hujan. Kopi O. Roti telur.

August 23, 2016

Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ

======================
Amir BBQ Lamb Shoulder
======================
Memudahkan anda menyediakan hidangan BBQ Lamb Shoulder yang lazat, panas dan segar dari dapur anda sendiri.


Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ
Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ

Sesuai untuk anda yang: 

🏃 sentiasa sibuk tetapi nak masak sendiri untuk keluarga tersayang
🍢 jamuan, event BBQ, camping, outdoor expedition
🐐 peminat kambing tegar


Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ
Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ


Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ
Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ
Pilihan:
400 gram - 3~5 slices RM15
800 gram - 6~10 slices RM30


☎ Pertanyaan / Tempahan:
Amir Azli 019-208 0788


Penghantaran percuma untuk kawasan sekitar Pasir Gudang


Atau hubungi rakan KPS terdekat:

🍭Taman Setia Indah / Taman Daya / Bandar Dato Onn 
- En Abd Rahim +6019-222 5449

🍭 Desaru / Bandar Penawar / Pengerang 
    - En Othman +6019-730 3548

🍭 Pulai / Skudai 
- Pn Ninie Kartini +6019-674 6487

🍭 JB Bandaraya
- Pn Dilla +6011-107 47090

🍭 Muar 
- En Zainal +6017-722 9213

🍭 Kulai / Bukit Batu / Senai
- En. Sahharudin +60149874860 / +60177554511

🍭 Meru / Setia Alam 
- Pn Azaa Aishah +6012-685 8932

Sila buat tempahan jika rakan kami kehabisan stock.

Rakan jualan sangat dialu-alukan.
Jana pendapatan dari freezer anda.


Amir BBQ Lamb Shoulder Frozen - Kambing BBQ

August 22, 2016

COD Shaklee - Taman Molek, Seri Alam dan Pasir Gudang

Alhamdulillah.
Fresh from Shaklee.
Ok jom COD pulak.


COD Shaklee - Taman Molek, Seri Alam dan Pasir Gudang


Kizee
019 248 4428
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

August 13, 2016

Promosi Merdeka Ostematrix Ogos 2016

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum.
Bismillah.

Merdeka..Merdeka..Merdeka.

Bulan Merdeka ini Shaklee berikan promosi terhebat Ostematrix. 

1 botol Ostematrix mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 2 bulan dan harga jualan RM61

Namun dengan promosi bulan ini anda layak membeli:
  • 2 botol Ostematrix dengan diskaun 5%
  • 7 botol Ostematrix pada harga 6 botol.
 Anda boleh kongsi-kongsi kumpul order dengan kawan-kawan dan nikmati penjimatan hebat bulan ini

2 botol Ostematrix dengan diskaun 5%

7 botol Ostematrix pada harga 6 botol.

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen.  Begitu juga kalsium. Walau sebanyak mana anda mengambil kalsium, ia tak berguna selagi mana tidak diambil dengan magnesium dan vitamin D sebagai pelengkap. 

Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu penghasilan susu ibu jika kita sertakan dan amalkan konsep asas penyusuan (supply vs demand.

Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurangnya kehilangan air pada waktu ini. 
 
Cara dan waktu pengambilan vitamin boleh di baca di sini. Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
   
Kizee 
0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 6, 2016

Shaklee - Vitamin Waktu Pagi

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.
 
My everyday Vitamin.



My everyday Vitamin. Vitamin C dan B Complex Shaklee


Vitamin C vitamin antioksidan, merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti penuaan dan anti kedut).

B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon, penting untuk kesihatan saraf.mengurangkan stress dan meningkatkan daya fikiran.

Sarapan Collagen Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt 

Bismillah.

Assalamualaikum Selamat Pagi, Salam Ceria Sihat Kaya Berjaya dan Bahagia Sahabat- sahabat semua.

Pagi sarap Collagen.


Sarapan Collagen Shaklee

 Sebelum makan sarapan jom minum collagen dulu. Boleh bancuh dengan air masak, suam, jus buah atau apa-apa saje air kegemaran as long as bukan kopi, teh or nescafe. 




Kizeewatty Zainal

Pengedar Shaklee
Whatsapp 0192484428

‪‬ ‪#‎vitamin‬ ‪#‎shaklee‬ ‪#‎shakleeeffect‬
‪#‎vitaminC‬ ‪#‎BComplex‬ ‪#‎Shaklee‬ #collagenshaklee #shaklee #KizeeHealthyVita

July 16, 2016

B Complex untuk Ibu Hamil

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Cara pengambilan Vitamin B Compleks

- 1 biji sehari


 Lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. 

 Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

◍Membantu mengurangkan stress dengan sifatnya hormon penenang untuk memstabilkan emosi

Kizee
Whatsapp 0192484428
#pengedarShaklee #PasirGudang
#BComplex #SHAKLEE

May 30, 2016

Alhamdulillah

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Waktu lunch kita susun order Shaklee from customer. 
Cantik susunan yang Allah bagi. Sume order tepat-tepat pada hari saya pergi ke branch.
Sambil- sambil tu layan request geng opis for keratan mulbery. Sapa nak lagi keratan ni cepat-cepat ye, sementara stok masih ada. 


Kami bagi free aje. Janji bagi prepaid poslaju siap alamat sendiri nanti kami posto balik.
‪#‎KizeeHealthyVita‬ ‪#‎PengedarShaklee‬ ‪#‎PasirGudang‬ ‪#‎Mulberry‬ ‪#‎KebunBandar‬