Showing posts with label JANTUNG. Show all posts
Showing posts with label JANTUNG. Show all posts

October 3, 2016

Lecithin - Testimoni Vitamin Kurus

Teks: Kizeewatty zainal
Assalamualaikum wbt.

Suplemen Lecithin berfungsi mencairkan lemak dan pelarut utk kolestrol.
Lecithin akan melekat pada lemak', ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Sebab itu ia membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, strok, sakit jantung, arteri yang mengeras.






Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

whatsapp 0192484428
PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  

September 17, 2016

Repeat Order untuk ESP dan GLA Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Happy sangat bila customer repeat order berulang kali.
Sememengnya dia repeat order sebab suka dengan perubahan yang ternyata BERKESAN dengan Shaklee.

Kebaikan ESP Shaklee :

·ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
·ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan  kecantikkan payudara anda 

·ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih 
·Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 
·ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam 
·Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum 
·Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. 
·Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
·Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit


Kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

Repeat Order untuk ESP dan GLA Shaklee

September 14, 2016

Buah Koko Terbaik untuk Jantung.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Orang depan bagi koko.
Lama dah tak makan.

Buah koko
Mekaseh. Manis.
Semanis orang yang bagi ni. 

Waktu kecil dulu arwah nenek tanam pokok koko sebelah rumah saja. Selepas makan biji koko dikeringkan macam ikan kering. Lepas tu kami jual.

Khasiat biji koko memberikan tindakan antioksida yang kuat. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dalam koko dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Pemakanan yang kaya dengan antioksida seperti koko memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. 


July 23, 2016

Rumah Terbuka Raya dan Supplemen DETOX

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Jom pi raye lagi. 
Hari ni jemputan openhouse non stop.

Maka wajib kita consume supplement DETOX dulu.

Supplement DETOX Shaklee



Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

whatsapp 0192484428

PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  

July 22, 2016

Kurus - Kawal Pengambilan Makanan dan Senaman Konsisten

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Lepas raya ni, adalah beberapa saudara dan teman beritahu macam 'kurus sikit' berbanding dulu.

Teringat Mak cerita orang dulu-dulu kalau orang puji gemuk pasti tersenyum suka.. menggambarkan status mereka.

Orang sekarang memang cari pasal kalau dipanggil gemuk! ðŸ˜… terbalik pula tersengih-sengih bila dipuji kurus..

Yang penting ialah berat badan yang ideal.. selain mengawal pemakanan, senaman fizikal yang konsisten juga cara yang berkesan.

Cabaran terbesar sekarang musim open house yang sampai 8 rumah dalam sehari ðŸ˜¸ðŸ˜¸ðŸ˜¸

Jika tak mampu, boleh dapatkan supplimen yang halal, diuji selamat secara klinikal dan lulus KKM:

1- Alfafa Complex - detox
2- Lecithin - cairkan lemak



Alfafa Complex



Lecithin


Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di: 
 
Kizee 
sms: whatsapp ~ 0192484428


Email: kizeewattyzainal@gmail.com  

FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  

atau   

PM di FB: Kizeewatty Zainal   

#pengedarshaklee

#pasirgudang



October 24, 2015

Soalan Ibu Menyusu yang Ambil Vitamin

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak sharing soalan-soalan yang popular ditanya oleh ibu menyusukan anak yang mengamalkan vitamin Shaklee. 

Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:

Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.


Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.

August 1, 2015

Lecithin dan Alfalfa - Cara Makan Vitamin Detoks

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Lecithin(Bakar)
-Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Alfalfa(buang)
-Bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan lecithin ke saluran najis. Proses membersihakn segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

BILA WAKTU SESUAI AMBIL ALFALFA DAN LECITHIN? 

Lepas makan tengahari:
  • 3-5 biji Alfalfa Complex
  • 3 biji Lecithin
Lepas makan malam:
  • 3-5 biji Alfalfa Complex
  • 3 biji Lecithin
Di peringkat awal pengambilan Alfalfa, cuba 3 biji dahulu. Bila dah biasa (1-2 minggu), ambil 5 biji.

Testimoni Detoks - Alfalfa dan Lecithin

Testimoni Detoks - Alfalfa dan Lecithin

Kizee 
0192484428
SID Pasir Gudang

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

March 3, 2015

Madu dan Kayu Manis - Salah Satu Ikhtiar untuk Kurus dan Jangkitan Kulit

Assalamualaikum wbt

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. 

Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

Penyakit Jantung : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. 

Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. 

Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. 

Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah Badan: kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan. Amiinnn

9 Akibat kesihatan Jika Kurang Minum Air

Assalamualaikum wbt.

Makan dan minum merupakan dua hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan minum terutama air putih merupakan hal yang harus dipenuhi selain makanan yang bernutrisi dan bervitamin. Seperti yang kita ketahui, kandungan air dalam tubuh manusia mencapai 60%. 

Jadi minum air putih 6-8 gelas sehari merupakan perkara penting untuk tubuh setiap manusia khususnya untuk menjaga kesegaran tubuh, melancarkan sistem pencernaan, mengeluarkan bahan toksik dari tubuh melalui urin dan peluh, mengawal suhu badan dan sebagai sumber mineral dan elektrolit yg diperlukan badan. 

Bahaya apakah jika manusia kurang minum air putih bagi kesihatan?

1. Menganggu Fungsi Otak.

Air putih sangat baik untuk sel-sel otak kita. Fungsi air putih ini agar otak boleh berpikir lebih cepat, tidak mudah lupa, dan lebih fokus. Jika kekurangan air terutama air putih, cairan di otak akan menurun, dan oksigen yang mengalir ke otak juga akan turut berkurangan. Sehingga menyebabkan sel - sel otak menjadi tidak aktif dan tidak berkembang sebagaimana yang diharapkan.

2. Pelbagai Gangguan Kesihatan

Kekurangan air menyebabkan kita berasa haus, tekak berasa kering, suhu badan menjadi panas, sakit kepala, air kencing akan bewarna pekat, denyutan nadi terasa cepat, gejala halusinasi dan juga boleh menyebabkan kematian.

3. Jangkitan Pundi Kencing

Bahaya kurang minum air putih boleh menyebabkan jangkitan berlaku pada pundi kencing. Gejala ini boleh menyebabkan suhu badan sedikit meningkat, terasa sakit pada saat buang air kecil bahkan kadang kala terdapat darah dalam urine yang dikeluarkan.

4. Kulit Tampak Kusam

Kekurangan air putih boleh menyebabkan kulit menjadi kusam atau tidak menunjukkan kulit yang cerah dan awet muda kerana aliran darah kapiler di kulit pada tubuh tidak maksimum.

5. Membahayakan Ginjal Anda.

Ini yang sangat mengerikan, bahaya kurang minum air putih yang kelima iaitu boleh menganggu fungsi kerja ginjal pada tubuh anda. Ini kerana air putih sangat penting untuk mencegah batu karang. Fungsi air putih pada organ ginjal akan membuat komponen pembentuk batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama buang air kecil yang kita keluarkan setiap harinya.

6. Masalah pencernaan

Saluran pencernaan adalah sistem yang sangat kompleks, yang sangat memerlukan air untuk membantu mencerna makanan. Perut memulas dan sembelit adalah beberapa masalah pencernaan yang berkait dengan kurang minum air. Lapisan dinding perut terdiri dari 98% air, dan mengandung bikarbonat untuk melindunginya terhadap gastrik. Lapisan ini harus selalu tebal setiap saat untuk mencegah masalah perut. Air membantu mempertahankan ketebalan lapisan tersebut. Tidak minum cukup air maka lapisan ini akan menipis, dan menimbulkan kerosakan .

Kurang air juga menyebabkan konstipasi. Air diperlukan tubuh untuk mengolah makanan yang masuk dan mengeluarkan makanan yang tak dapat dicerna. Kekurangan air boleh menyebabkan pengumpulan racun dalam tubuh dan konstipasi. Masalah lainnya yang boleh timbul adalah kembung, sakit perut, mual, dan kehilangan nafsu makan.

7. Radang sendi

Tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% air . Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan agar memungkinkan pergerakan tubuh yang lebih mudah maka perlu ada pelincir. Tidak cukup minum air dapat menyebabkan kurangnya pelincir pada sendi, sehingga menghasilkan gesekan yang lebih besar. Ketika sendi kehilangan pelincir, maka fungsinya akan mulai merosot dengan cepat dan mengarah ke timbulnya arthritis.

8. Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi sangat umum dialami oleh orang yang kekurangan cairan atau mengalami dehidrasi. Ketika sel tubuh kekurangan air, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia bernama vasopressin. Zat ini menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan memicu tekanan darah tinggi.

9. Kekurangan garam dan cairan tubuh

Kurang minum bisa membuat tubuh kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tak bisa berfungsi dengan baik tanpa kadar cairan dan garam yang penting. Kekurangan garam dan cairan boleh menyebabkan beberapa kondisi seperti mulut kering, mata kering, dan dehidrasi yang bisa menyebabkan masalah kesihatan fatal.

Dehidrasi adalah keadaan tubuh yang tidak cukup mendapatkan cairan. Keadaan ini disebabkan kerana tak minum selama bekerja berat, atau juga boleh terjadi kerana sebab lain. 

Misalnya pada Orang tua, mereka sangat terdedah terhadap dehidrasi. Proses penuaan yang normal cenderung akan menyebabkan penurunan rasa haus, sehingga mengakibatkan beberapa masalah yang berhubungan dengan dehidrasi. Beberapa gejala dehidrasi adalah kulit kering, kehilangan nafsu makan , sakit kepala, lemas dan cemas.

Setelah mengetahui beberapa akibat dari kekurangan minum air putih tadi, mari kita mengambil langkah bermula hari ini supaya badan kita mendapat air secukupnya dan kesihatan akan lebih terjaga. 

Bagi mereka yg sukar utk minum air putih secukupnya, 

Cuba bahagikan jumlah gelas setiap hari contohnya, 
2 gelas air waktu sarapan, 
2 gelas air waktu makan tghari, 
2 gelas air waktu minum pertang, 
2 gelas air waktu makan malam. 

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua.

Kizeewatty
Pengedar Shaklee
0192484428

February 24, 2015

Energizing Soy Protein - ESP Bantu Kurang Berat Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt



Kenapa Protein Soya boleh bantu kurangkan berat badan???

  1. Pengambilan Asid amino yang mencukupi merangsang kapasiti pembakaran lemak badan dan meningkatkan kadar metabolisma. 
  2. Membantu mengawal selera dan terlebih makan 
  3. Mengurangkan pengumpulan karbohidrat dalam badan.

December 12, 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t telah mencipta tubuh badan manusia dengan sempurna. Tiap satunya berfungsi dan dijadikan tanpa sia-sia. Namun bagaimana kita menjaganya agar sihat?. Bagaimana kita menjaganya agar mampu berfungsi lebih lama?.

Sebenarnya kita boleh mengawal atur aktivitivi harian kita agar tubuh dan organ dalaman sentiasa dalam keadaan optimum dan sihat, Insya Allah. Oleh itu mari kita singkap satu persatu bila dan bagaimana kita menjaga fungsi organ dalaman tubuh badan kita.


Organ Dalaman Manusia


Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
 

Paru-paru 

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan serta bertakafur.


Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
 

Usus Besar 

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.

Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
 

Perut 

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
 

Limpa 

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
 

Jantung 

Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
 
Usus kecil 


Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
 

Pundi Kencing 

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
 
Buah Pinggang 


Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
 
Dinding Jantung 


Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
 
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. 

11:00 pm – 1:00 am
 
Hempedu 


Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
 
Hati 


Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Sumber : Facebook 

Salam sayang

Puan Kizeewatty Zainal 
#PengedarShaklee
0192484428

October 27, 2014

Punca Sakit Jantung Pembunuh No. 1 di Malaysia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t







Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia dan penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dengan 1940 maut setiap jam. 

Bagaimana Penyakit Jantung Terjadi? 

Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung. Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.

Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
 
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.







Punca Penyakit Jantung
  • Usia - Risiko tinggi selepas menopaus 
  • Kolesterol berlebihan 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Merokok 
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi  
  • Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko  sakit jantung 
  • Kurang bersenam 
  • Kencing manis atau diabetes 
  • Sejarah keluarga

Tanda Serangan Penyakit Jantung

1. Sakit leher

Pernahkah anda pernah merasa sakit leher yang berpanjangan?
Dan selepas itu merasa sakit mendadak disertai rasa sesak di bahagian bahu dan bahagian bawah leher?

Apa yang terjadi? 
Saraf dari rangkaian jantung yang rosak menghantar isyarat rasa sakit yang naik turun pada ruas tulang belakang yang dalam waktu yang sama  saraf-saraf di sekitar leher dan bahu juga akan sakit.

2. Masalah seksual

Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan, mereka yang dirawat kerana penyakit jantung dua daripada tiga di antaranya menderita disfungsi erektil selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya didiagnosis mempunyai masalah dengan jantung. Menurut Goldstein, beberapa kajian terbaru yang menguji hubungan antara disfungsi erektil dan penyakit kardiovaskular juga semakin meyakinkan. 

Apa yang terjadi? 
Pembuluh darah di sekitar jantung boleh enjadi sempit dan keras, hal sama juga boleh terjadi pada pembuluh yang membekalkan darah ke bahagian zakar. Kerana saluran darah di sekitar zakar lebih kecil, pembuluh-pembuluh ini boleh mengalami kerosakan yang lebih cepat - walaupun tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dikesan.

3. Pening, pengsan, atau sesak nafas

Sebuah kajian yang diterbitkan Circulation: Journal of the American Heart Association, menyebutkan lebih dari 40 peratus perempuan melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas di saat sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan merasakan tak boleh bernafas, lemas atau pusing apabila berada di tempat inggi. 

Bila anda tergopoh-gopoh ketika naik tangga, menyapu halaman, berjalan santai, atau aktiviti lain yang sebelum ini tidak mendatangkan kesukaran pada diri kita.

Apa yang terjadi? 
Ini akibat tidak cukupnya darah mengalir pada saluran yang mengangkut oksigen ke jantung. Kesakitan pada otot jantung juga boleh membuat seseorang merasakan sukar menarik nafas dalam. Penyakit pembuluh darah koroner, di mana pembuluh darah jantung tersumbat akibat ppenebalan plak lemak dan kolesterol, menyebabkan organ jantung tidak mendapatkan bekalan oksigen yang cukup.

4. Gangguan pencernaan, mual, atau heartburn

Walaupun sebahagian besar daripada kita berfikir keadaan yang berhubungan dengan jantung sinonim dengan kesakitan pada dada, tetapi sebenarnya hal ini boleh berlaku juga di bahagian perut. Pada beberapa orang khususnya wanita, gejala seperti heartburn atau perasaan terbakar pada bahagian dada, rasa perut kekenyangan atau tersedak perlu diberi perhatian. Gangguan pencernaan yang parah dan mual juga boleh menjadi tanda awal serangan jantung, atau biasa disebut infarction, khususnya pada wanita. 

Sebuah kajian menunjukkan, perempuan dua kali lebih mengalami muntah, mual, dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan menjelang serangan jantung.

Apa yang terjadi? 
Timbunan lemak di pembuluh darah boleh mengurangkan atau menurunkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan perasaan seperti sesak, tertindih atau sakit - yang kebanyakan berlaku di kawasan dada tetapi terkadang juga di bahagian perut. Mual dan pusing-pusing juga boleh menjadi petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku.

5. Sakit pada rahang dan telinga
 
Hasil kajian menunjukkan, ramai pesakit pasca serangan jantung melaporkan sakit pada rahang mereka sebelum serangan jantung.

Kerosakan pada rangkaian organ jantung boleh mencetuskan penghantaran isyarat naik turun pada bahagian tulang belakang yang kemudian merebak pada sarar-saraf yang tersebar dari tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.

Ingin saya ingatkan di sini apabila kita mengalami dua atau lebih gejala seperti di atas ini secara berterusan, segera dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan. Selain itu pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan sakit jantung. 

Antaranya:
1.      Makan secara sihat.
2.     Tingkatkan aktiviti fizikal.
3.     Hentikan Merokok dan Minuman Keras.
4.     Kekalkan berat badan yang unggul.
5.     Ketahui Paras Tekanan Darah.
6.     Kendalikan Stress dengan Bijak.
7.     Amalkan pengambilan Suplemen dan Vitamin yang selamat.


                                  
Cadangan Suplemen untuk Kesihatan Jantung


Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic Complex dan COQHealth Plus

Kombinasi Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic Complex dan COQHealth Plus. Kombinasi ini memecahkanpla lemak, mengurangkan kolesterol, menyokong tenaga jantung dan membantu peredaran darah yang lancar.



Vitamin E  

  • Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
  • Jantung yang sihat
  • Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan asid lipid terbentuk 
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) 
  • Mengurangkan tekanan darah 
  • Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri 

  • Garlic Complex

    • Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah
    • Mengurangkan kebekuan darah
    • Meningkatkan HDL
    • Melindungi jantung 
    • Menghalang strok dan penyakit koronari.

    Omega Guard 

    • Menurunkan trigliserida sehingga 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol 
    • Mencegah salur darah dari tersumbat
    • Mengelakkan strok 
    • Mengekalkan tekanan normal darah
    • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 
    • Mengurangkan sakit kepala 
    • Merendahkan kolestrol 
    • Mencegah pembekuan darah dalam badan 
    • Mengurangkan risiko penyakit jantung

    CoQ10

  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


    *********************************************************************************************************** 

    • Vitamin E  mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00.
    • Omega guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.00.
    • Garlic Complex mengandungi 60 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM47.50.
    • COQHealth Plus mengandungi 30 kapsul untuk pengambilan selama 1 bulan berharga  RM 124.00



    Untuk konsultasi percuma vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

    sms: pm: whatsapp ~Kizee 0192484428

    email: kizeewattyzainal@gmail.com


    FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop 




    Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee