Assalamualaikum wbt.
Hari
ini saya nak sharing soalan-soalan yang popular ditanya oleh ibu menyusukan anak yang mengamalkan vitamin Shaklee.
Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:
Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:
Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?
Maksimum
pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus
ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk
minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan
alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk
ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan).
Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga
dan panas kesan pengambilan suplemen ini.
Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?
Boleh.
Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya
bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu
penyerapan zat besi (iron)
Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?
Boleh,
malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu
mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai
contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana
mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran
susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga
dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula
membantu mood yang stabil semasa menstrual.
Sekiranya
saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya
jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin (
Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?
Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)
Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?
Tidak.
Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum
seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara
kunci penting dalam penghasilan susu badan.
Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?
Sebelum
tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang
menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur
yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.
EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?
Ya,
ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa
yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga
turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @
kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B
Complex.
Kesan
yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna
seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa
tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.
Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
- Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
- Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
- Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.
No comments:
Post a Comment