Showing posts with label PERKEMBANGAN OTAK. Show all posts
Showing posts with label PERKEMBANGAN OTAK. Show all posts

October 24, 2015

Soalan Ibu Menyusu yang Ambil Vitamin

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak sharing soalan-soalan yang popular ditanya oleh ibu menyusukan anak yang mengamalkan vitamin Shaklee. 

Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:

Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.


Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.

October 19, 2015

Testimoni - Boleh Makan Omega dan Lecithin ketika Hamil

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.


Ibu Hamil boleh mengambil Omega dan Lecithin ye kawan-kawan. =)

Sebab lecithin dari soya sahaja. kalau nak tahu soya juga boleh cantikkan kuku, rambut, rendahkan kolestrol. Lecithin juga bagus untuk kecergasan otak dimana lecithin mengandungi kolina yang penting dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.

Omega guard dari minyak ikan. Sebagaimana kita tahu Omega Guard memang bagus untuk otak dan boleh membakar lemak.

Testimoni Hamil dengan Omega dan Lecithin


Kizee 
0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 1, 2015

Lecithin dan Alfalfa - Cara Makan Vitamin Detoks

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Lecithin(Bakar)
-Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Alfalfa(buang)
-Bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan lecithin ke saluran najis. Proses membersihakn segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

BILA WAKTU SESUAI AMBIL ALFALFA DAN LECITHIN? 

Lepas makan tengahari:
  • 3-5 biji Alfalfa Complex
  • 3 biji Lecithin
Lepas makan malam:
  • 3-5 biji Alfalfa Complex
  • 3 biji Lecithin
Di peringkat awal pengambilan Alfalfa, cuba 3 biji dahulu. Bila dah biasa (1-2 minggu), ambil 5 biji.

Testimoni Detoks - Alfalfa dan Lecithin

Testimoni Detoks - Alfalfa dan Lecithin

Kizee 
0192484428
SID Pasir Gudang

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

May 20, 2015

Testimoni Kurus Dengan Lecithin

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.


Lecithin merupakan campuran kompleks fosfolipid yang terdapat dalam sel-sel badan kita. Ia bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. 30% daripada otak kering dan 20% dari saraf kita terdiri daripada Lecithin.

Lecithin melindungi sel-sel dan menguatkan struktur sel-sel dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan dan nutrien didalam dan diluar sel-sel tubuh.



Fungsi Lecithin
  • Meningkatkan Fungsi Kognitif
Lecithin merupakan sumber yang kaya dengan kolina yang akan ditukarkan menjadi asetilkolin. Asetilkolin ialah sejenis bahan kimia dalam otak yang penting untuk kecergasan mental, fokus dan memori.

Jumlah asetilkolin yang mencukupi dapat mengekalkan fokus, membantu meningkatkan memori dan membantu meningkatkan tahap intelektual kita. 

Apabila tahap asetilkolin rendah, ia akan menjejaskan keupayaan belajar dan mengingati maklumat. Ha so ibu-ibu dan ayah-ayah yang ada anak yang result exam diorang boleh buat kita naik darah tinggi, so boleh beri Lecithin pada mereka.

Ibu-ibu mengandung dan menyusu pun sangat bagus ambil Lecithin untuk baby-baby mereka :)

  • Meningkatkan Kesihatan Hati
Lecithin diyakini dapat membantu hati dalam mempercepatkan aliran lemak dan kolestrol. Mengurangkan pengumpulan lemak dan menghapuskan toksin berbahaya dalam badan.

  • Membantu Mengekalkan Berat Badan dan Badan Yang Sihat
Inilah yang buat Lecithin Shaklee sangat famous dan digunakan oleh beribu-ribu marhain di Malaysia. Customer yang amik Lecithin rata-rata cakap Lecithin buat kita tak boleh nak makan banyak-banyak macam selalu. 

Lecithin merupakan pengemulsi lemak yang membantu memecah dan mencairkan lemak. Hal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak dengan lebih berkesan apabila kita sertakan dengan program diet dan senaman yang betul.

  • Membantu Peredaran Darah Yang Sihat
Lecithin membantu mencegah pembentukan lemak pada dinding hati kita dan memecahkan deposit lemak dalam salur darah dan otak. Secara tidak langsung mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

  • Mengekalkan Kelembapan Dan Kesihatan Kulit
Bab-bab kulit ni mesti ramai orang perempuan suka. Fitrah manusiakan semua suka yang cantik.

Lecithin mempunyai kepekatan asid lemak yang tinggi, hal ini menyebabkan ia mampu mengekalkan kelembapan kulit dengan berkesan. Kulit akan menjadi lebih lembap dan lembut.

  • Membantu Meningkatkan Penyerapan Nutrien
Lecithin membantu meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K
Testimoni Kurus Dengan Lecithin
Testimoni Kurus Dengan Lecithin
Testimoni Kurus Dengan Lecithin

Kizee 
0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

March 3, 2015

9 Akibat kesihatan Jika Kurang Minum Air

Assalamualaikum wbt.

Makan dan minum merupakan dua hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan minum terutama air putih merupakan hal yang harus dipenuhi selain makanan yang bernutrisi dan bervitamin. Seperti yang kita ketahui, kandungan air dalam tubuh manusia mencapai 60%. 

Jadi minum air putih 6-8 gelas sehari merupakan perkara penting untuk tubuh setiap manusia khususnya untuk menjaga kesegaran tubuh, melancarkan sistem pencernaan, mengeluarkan bahan toksik dari tubuh melalui urin dan peluh, mengawal suhu badan dan sebagai sumber mineral dan elektrolit yg diperlukan badan. 

Bahaya apakah jika manusia kurang minum air putih bagi kesihatan?

1. Menganggu Fungsi Otak.

Air putih sangat baik untuk sel-sel otak kita. Fungsi air putih ini agar otak boleh berpikir lebih cepat, tidak mudah lupa, dan lebih fokus. Jika kekurangan air terutama air putih, cairan di otak akan menurun, dan oksigen yang mengalir ke otak juga akan turut berkurangan. Sehingga menyebabkan sel - sel otak menjadi tidak aktif dan tidak berkembang sebagaimana yang diharapkan.

2. Pelbagai Gangguan Kesihatan

Kekurangan air menyebabkan kita berasa haus, tekak berasa kering, suhu badan menjadi panas, sakit kepala, air kencing akan bewarna pekat, denyutan nadi terasa cepat, gejala halusinasi dan juga boleh menyebabkan kematian.

3. Jangkitan Pundi Kencing

Bahaya kurang minum air putih boleh menyebabkan jangkitan berlaku pada pundi kencing. Gejala ini boleh menyebabkan suhu badan sedikit meningkat, terasa sakit pada saat buang air kecil bahkan kadang kala terdapat darah dalam urine yang dikeluarkan.

4. Kulit Tampak Kusam

Kekurangan air putih boleh menyebabkan kulit menjadi kusam atau tidak menunjukkan kulit yang cerah dan awet muda kerana aliran darah kapiler di kulit pada tubuh tidak maksimum.

5. Membahayakan Ginjal Anda.

Ini yang sangat mengerikan, bahaya kurang minum air putih yang kelima iaitu boleh menganggu fungsi kerja ginjal pada tubuh anda. Ini kerana air putih sangat penting untuk mencegah batu karang. Fungsi air putih pada organ ginjal akan membuat komponen pembentuk batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama buang air kecil yang kita keluarkan setiap harinya.

6. Masalah pencernaan

Saluran pencernaan adalah sistem yang sangat kompleks, yang sangat memerlukan air untuk membantu mencerna makanan. Perut memulas dan sembelit adalah beberapa masalah pencernaan yang berkait dengan kurang minum air. Lapisan dinding perut terdiri dari 98% air, dan mengandung bikarbonat untuk melindunginya terhadap gastrik. Lapisan ini harus selalu tebal setiap saat untuk mencegah masalah perut. Air membantu mempertahankan ketebalan lapisan tersebut. Tidak minum cukup air maka lapisan ini akan menipis, dan menimbulkan kerosakan .

Kurang air juga menyebabkan konstipasi. Air diperlukan tubuh untuk mengolah makanan yang masuk dan mengeluarkan makanan yang tak dapat dicerna. Kekurangan air boleh menyebabkan pengumpulan racun dalam tubuh dan konstipasi. Masalah lainnya yang boleh timbul adalah kembung, sakit perut, mual, dan kehilangan nafsu makan.

7. Radang sendi

Tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% air . Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan agar memungkinkan pergerakan tubuh yang lebih mudah maka perlu ada pelincir. Tidak cukup minum air dapat menyebabkan kurangnya pelincir pada sendi, sehingga menghasilkan gesekan yang lebih besar. Ketika sendi kehilangan pelincir, maka fungsinya akan mulai merosot dengan cepat dan mengarah ke timbulnya arthritis.

8. Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi sangat umum dialami oleh orang yang kekurangan cairan atau mengalami dehidrasi. Ketika sel tubuh kekurangan air, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia bernama vasopressin. Zat ini menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan memicu tekanan darah tinggi.

9. Kekurangan garam dan cairan tubuh

Kurang minum bisa membuat tubuh kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tak bisa berfungsi dengan baik tanpa kadar cairan dan garam yang penting. Kekurangan garam dan cairan boleh menyebabkan beberapa kondisi seperti mulut kering, mata kering, dan dehidrasi yang bisa menyebabkan masalah kesihatan fatal.

Dehidrasi adalah keadaan tubuh yang tidak cukup mendapatkan cairan. Keadaan ini disebabkan kerana tak minum selama bekerja berat, atau juga boleh terjadi kerana sebab lain. 

Misalnya pada Orang tua, mereka sangat terdedah terhadap dehidrasi. Proses penuaan yang normal cenderung akan menyebabkan penurunan rasa haus, sehingga mengakibatkan beberapa masalah yang berhubungan dengan dehidrasi. Beberapa gejala dehidrasi adalah kulit kering, kehilangan nafsu makan , sakit kepala, lemas dan cemas.

Setelah mengetahui beberapa akibat dari kekurangan minum air putih tadi, mari kita mengambil langkah bermula hari ini supaya badan kita mendapat air secukupnya dan kesihatan akan lebih terjaga. 

Bagi mereka yg sukar utk minum air putih secukupnya, 

Cuba bahagikan jumlah gelas setiap hari contohnya, 
2 gelas air waktu sarapan, 
2 gelas air waktu makan tghari, 
2 gelas air waktu minum pertang, 
2 gelas air waktu makan malam. 

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua.

Kizeewatty
Pengedar Shaklee
0192484428

December 12, 2014

Siapa Perlukan Minyak Ikan Omega Guard?

Teks:Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Secara umumnya minyak ikan mengandungi DHA. DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. 

Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.
60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan.


Namun tahukah anda bahawa minyak ikan berkualiti sukar ditemui dari makanan harian. Tapi jangan risau di Shaklee minyak ikan berkualiti yang dihidangkan buat anda yang tercari-cari suplemen dan vitamin yang berkualiti.


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)


2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 


3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini


7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 
Namun Siapa yang Perlukan Minyak Ikan Omega Guard ?   

  • Pesakit jantung 
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Ibu Hamil 
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Siapa Perlukan Omega Guard?

Yang paling istimewanya Shaklee Omega Guard memberi pelbagai lagi manfaat kepada segenap lapisan umur tidak kira jantina.

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Mencegah salur darah dari tersumbat

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok

5.  Mengekalkan tekanan normal darah

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7.  Mengurangkan sakit kepala

8.  Merendahkan kolestrol

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil, membantu tumbesaran dan perkembangan
      otak janin

14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan 
     kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema,   
     psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 

      (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat 
    dan kanser kolon. 
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 24. Mencegah penyakit gout



- Mencegah insomnia - Mengurangkan tekanan emosi - Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan - Membantu memperbaiki masalah autism - Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive - Mengurangkan masalah schizophrenia - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
 *Omega guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.00.
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
Salam Sayang,
Puan Kizeewatty

Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang. 
sms pm whatsapp: 0192484428



IG: @kizeewatty
 

November 7, 2014

Saranan Nutrien untuk Ibu Menyusu

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alangkah bahagianya menjadi ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri anak yag dilahirkan. Secara lahiriahnya setiapibu mampu menyusui sendiri bayinya. Susu ibu merupakan makann terbaik bayianda. Ia mengandungi khasiat pemakanan untk tumbesaran dan perkembagan bayi bagi memastikan mereka membesar dengan sihat dan kuat.

Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi yang baru lahir.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui anaknya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. 

Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan penegluaran susu berkualiti  di samping mengekalkan kesihatan dan tenaga si ibu.



Saranan Nutrien yang Perlu Diambil oleh Para Ibu yang Menyusui Bayi

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperoleh daripada diat harian. Kadar vitamin yang mencukupi menbantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Cadangan Makanan - Rye, barley, biji Labu, blackberry, buah pir, pisang, kismis hitam, delima, aprikot, kiwi, buah  jambu, semangka, saderi, bok choy, ubi, artichoke.

Cadangan Vitamin/Suplemen - Vitalea Shaklee

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diat penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Ibu-ibu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Cadangan Makanan - kurma, brokoli, jagung manis. asparagus, aprikot, jambu, blueberry, pisang, manggis, epal, kacang almond, tauhu, ikan, susu, daging, ayam tanpa kulit dan telur

Cadangan Vitamin/Suplemen - Energizing Soy Protein Shaklee

Vitamin C 
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C, mennjukan khasiat vitamin  tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusi bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting untuk menguatkan sistem imun , membina klit, gigi dan gusi yang kuat.

Cadangan Makanan - jambu, mangga, kiwi, brokoli, betik, strawberry, tembikai 

Cadangan Vitamin/Suplemen - Vitamin C Shaklee

B Kompleks 
Merupakan vitamin yang diperlukan ibu dan bayi bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasian tenaga untuk sel, mengekalkan saraf serta kulit yang cantik dan sihat. 

Cadangan Makanan - ikan tuna, daging, ayam, beras, gandum, suu kambing, kacang almond, telur, saderi, brokoi, cendawan, bawang putih, aprikot, asparagus.

Cadangan Vitamin/Suplemen - B Complex Shaklee


Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbhan gigi bayi. Wanita yang menyusui anak disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsum setiap hari

Cadangan Makanan - bayam, brokoli, kacang hijau, yogurt, telur, asparagus, saderi, terung, bawang, kentang, aprikot, lemon, blueberry, pisang, manggis, epal, ceri

Cadangan Vitamin/Suplemen - Ostematrix Shaklee

Omega
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara sanitfik bahawa nuerno lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3lebhi banyak di dalam otak. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyaI maaslah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan ADHD atau autisme.

Cadangan Makanan - salmon, tuna, telur, kacang walnut, minyak zaitun, aprikot, bayam, belut

Cadangan Vitamin/Suplemen - Omega Guard Shaklee

Alfalfa
Alfalfa banyak mengandungi nurien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhand an perkembangan yang sihat. Alfala juga digunakn secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Cadangan Makanan -sayur-sayuran

Cadangan Vitamin/Suplemen - Alfalfa Shaklee



Saranan Nutrien yang Perlu Diambil oleh Para Ibu Menyusu

Oleh itu ibu-ibu menyusu digalakkan mengambil makanan seimbang dan vitamin yang terjamin selamat, berkesan da halal untuk diri dan bayi anda.


Ingin ketahui lebih lanjut mengenai vitamin Shakee?
 
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
 
atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita
 
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

October 4, 2014

Suplemen untuk Perkembangan Minda

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamalaikum w.b.t

Makan apa tengah hari ini? Apa-apapun, alhamdulillah kerana dapat makan kan. Hai ini saya dan suami berpuasa sunat Arafah. Insya Allah.
 
Puasa Sunat Arafah ditentukan pada 9 Zulhijjah setiap tahun menurut takwim Islam. Puasa Sunat Arafah ini disunatkan kepada mereka yang tidak menunaikan haji di Mekah. Hukumnya sunat bagi orang yang tidak mengerjakan haji, tidak musafir dan tidak sakit. Bagi mereka yang melakukan Haji, maka tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari itu. 


Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah,

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” 
(Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya



Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah Bulan Zulhijjah


Sambil-sambil fikir nak masak apa untuk berbuka mari saya kenalkan suplemen dan makanan untuk perkembangan otak khas daripada Shaklee

Omega Guard - Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. 

B Complex - menggalakkan penukaran asid amino homocysteine kepada acetylcholine. Homocysteine ni kalau terlalu banyak tidak elok untuk otak kerana boleh menyebabkan pengecutan otak dan pelupa.

Lecithin - merupakan sumber kolina, iaitu satu komponen acetylcholine (neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf).

Vivix - Kaya dengan polifenol, iaitu kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Ini menggalakkan kesihatan sel otak.


Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428

atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal   


Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

June 14, 2014

Keperluan Vitamin B Complex untuk Tubuh Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B di dalam tubuh badan kita.

Para sainis Shaklee telah mencipta asid folik semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folil yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh badan kita, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen  ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk medapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Manfaat Utama B Complex Shaklee
  • Menukar Makanan Kepada Tenaga
Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan keleseuan
  • Melawan dan Mengatasi Tekanan, Stress dan Murung
Memastikan kesihatan sistem saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu Tumbesaran
Menggalakkan tumbesaram sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

  • Rambut Beruban dan Gugur
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik utuk Mata
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, menguatkan memori dan daya pemerhatian dan fokus. 
  • Mencegah Anemia 
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistein untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut dan PMS
Baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah Kerekahan Mulut (Perlcche atau mouth chilitis)
Mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detosifikasi
Berfungsi sebagai detoks dan meredakan alahan.


Bagaimana Memilih B Kompleks yang Bagus?

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan oleh RDA. 
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin 
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak terlalu besar. 
  4. Elakkan B Kompleks yang menawarkan rumusan larut air iaitu sustain release.
 
Kepentingan B Kompleks
Kepentingan B Kompleks


 Ketika pengambilan vitamin B Complex ini, air kencing atau urin kita akan berwarna kekuningan. Ini merupakan situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin air air dan mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal tunuh badan kita melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan ini akan berkurangan dari masa ke masa.

Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda. 
 
1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75 (harga tidak termasuk kos penghantaran)

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 

 
atau
 
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 


Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee