October 2, 2016

Puasa Sunat Di bulan Muharam

Assalamualaikum wbt.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa di bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardhu, ialah solat malam."
(HR Muslim No: 1982) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk banyak melakukan puasa sunat di dalamnya.

2.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah bulan yang paling utama untuk memperbanyakkan puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

3.  Solat sunat yang utama selepas solat fardhu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Ayuh bersifat Rahmah merebut peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan puasa sunat disamping memperbanyakkan solat malam.


No comments:

Post a Comment