Showing posts with label ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK. Show all posts

October 19, 2015

Testimoni - Boleh Makan Omega dan Lecithin ketika Hamil

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.


Ibu Hamil boleh mengambil Omega dan Lecithin ye kawan-kawan. =)

Sebab lecithin dari soya sahaja. kalau nak tahu soya juga boleh cantikkan kuku, rambut, rendahkan kolestrol. Lecithin juga bagus untuk kecergasan otak dimana lecithin mengandungi kolina yang penting dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.

Omega guard dari minyak ikan. Sebagaimana kita tahu Omega Guard memang bagus untuk otak dan boleh membakar lemak.

Testimoni Hamil dengan Omega dan Lecithin


Kizee 
0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

May 3, 2014

Promosi Mealshakes Shaklee Mei 2014

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, bulan Mei 2014 diserikan lagi dengan promosi Mealshakes daripada Shaklee. 

Saya masih teringat promosi melashake pada tahun lepas, sudah hujung bulan Mealshakes kehabisan stok. Maka Kena tunggu 2 minggu barulah ada. Dahsyat sungguh rakyat Malaysia yang gilakan mealshakes ini. 

Apa yang suka mengenai Mealshakes ini ia merupakan minuman yang betul-betul mengenyangkan sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung atau menyusu, mereka yang menghidap diabetes, mereka yang inginkan kulit yang cantik dan bercita-cita menurunkan berat badan. Dalam masa sebulan saya berjaya menurunkan berat badab sebanyak 3 kilogram dan suami saya pula kehikangan 8 kilogram.

Apabila bulan puasa menjelma, saya hanya bersahur dengan segelas Mealshakes sahaja dan alhamdulillah sehingga petang saya tidak merasa lapar. Almaklum saya bukan jenis yang suka bersahur dengan makanan yang berat. 

Dengan bersarapan atau bersahur dengan Mealshakes menghilangkan rasa teringin saya untuk makan makanan yang berlemak atau kudap-kudapan yang manis. Mealshakes mampu mengawal nafsu makan kita yang terlalu suka pada makanan berminyak dan bergoreng.


MEALSHAKES

Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
  
Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.


 

Promosi Eksklusif ini berlangsung sepanjang Mei 2014
  • Beli 6 Mealshakes Percuma 1 tin ( Mealshakes berharga RM113.75 )
  •  1 tin Mealshakes  berat 544gram untuk pengambilan selama 3 bulan bagi kanak-kanak dan 1 bulan bagi dewasa.

Untuk konsultasi/nasihat percuma, harga vitamin atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
Jom Like FB fanpage: Kizee Healthyvita
  

February 14, 2014

Makanan Sunnah - Khasiat Mentega

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang anda selalu gunakan di dalam masakan anda di rumah, mentega atau marjerin? Nak tahu yang mana lebih baik untuk kesihatan anda dan keluarga anda. Jom baca di entri saya.

Mentega dan margarin merupakan sumber lemak dan vitamin, kandungannya pun hampir sama. Mentega diperbuat daripada produk tenusu  dan mengandungi kolesterol.  Sedangkan margarin, diperbuat daripada minyak sayur yang diolah secara khusus agar menjadi padat. 

Kerana diperbuat daripada minyak sayur, margarin tidak mengandungi kolesterol namun mengandungi lemak trans yang kurang baik untuk kesihatan. Oleh itu, menggunakan mentega dalam masakan adalah lebih baik jika nak dibandingkan dengan margarin. 

Abu Daud meriwayatkan dalam Sunannya dari dua anak Busr As Sulamayyin yang berkata, "Rasulullah s.a.w datang pada kami dan kami menghidangkan beliau mentega dan beberapa biji kurma masak, kerana biasanya baginda suka makan mentega dan kurma masak."


Antara kebaikan, khasiat dan manfaat mentega

Penenang 
Mentega mengandungi selenium yang mampu menenangkan saraf Anda. Jika Anda sedang stress cuba  makan makanan yang kaya mentega. Pasti anda akan ceria kembali kerana terasa gembira dapat makan makanan yang wangi dan sedap.

Baik untuk Kelenjar Tiroid dan Bengkak
Mentega kaya vitamin A untuk menjaga kelenjar tiroid yang berfungsi membantu tubuh membakar tenaga dan menghasilkan protein. Mentega membuang bengkak yang muncul berhampiran telinga dan saluran kencing. Jika digunakan tanpa campuran, mentega boleh menyembuhkan ulser mulut dan radang yang menyerang kanak-kanak dan wanita. 

Jika dijilat, mentega menyembuhkan batuk darah dan mematangkan bengkak paru-paru. Mentega mampu merehatkan perut, saraf dan bengkak yang teruk yang kerap berlaku pada pundi hempedu dan juga kerongkong, serta membuang kekeringan dalam tubuh.

Perkembangan Otak Anak
Lemak dan kolesterol yang sihat amat diperlukan untuk perkembangan otak anak. Maka dari itu, anak-anak memerlukan nutrisi dari mentega atau produk susu semasa pembesarannya.

Sumber Tenaga
Mentega merupakan sumber tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Sebagai Antioksidan
Mentega mengandungi antioksidan sebagai perlindungan terhadap kanser dan tumor. Mentega juga melindungi tubuh kita dari radikal bebas, juga untuk sebagai makanan untuk melambatkan penuaan kulit.

Baik Untuk Kulit
Jika diamalkan pemakanan mentega secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit lebih lembut dan salah satu pelembab semulajadi terbaik.

Mengatasi Masalah Tidur
Amalkan makan mentega dengan lebih banyak jika anda seorang yang sering terjaga di waktu malam. Mentega mengandungi selenium yang mampu menenangkan saraf tegang, sehingga tidur anda lebih nyenyak.

Kesuburan
Mentega mampu merangsang hormon manusia maka ia membantu meningkatkan kesuburan pasangan suami dan isteri kerana mampu eningkatkan suhu tubuh dan merangsang hormon seks yang membantu kesuburan.

Menyembuhkan Luka
Mentega sangat efektif untuk infeksi dan menyembuhkan luka. Amat sesuai untuk ibu yang melahirkan atau orang yang baru selesai menjalani pembedahan. Ini kerana mentega amat mudah diserap oleh tubuh. Jika disapu pada tempat gigi kanak-kanak, mentega boleh membantu tumbuhnya gigi di samping mengurangkan sakit akibat tumbuhnya gigi tersebut.


Kesihatan Jantung
Mentega punya kelebihan kerana tidak mengandungi lemak trans. Mentega merupakan sumber vitamin K yang dapat mencairkan darah dan mencegah penyumbatan.

Mengurangkan Obesiti
Mentega yang menyebabkan kegemukan, ternyata hanya mitos. Kajian menunjukkan, mentega tidak mengurangkan metabolisme, maka ia amat sesuai digunakan untuk orang yang di dalam proses mengurangkan berat badan. asalkan tidak diambil berlebihan dan semua gizi seimbang dijaga dan diambil. Mentega bersifat panas dan basah serta mempunyai banyak manfaat seperti membantu pembakaran dan pencernaan. 

Mentega boleh menyembuhkan herpes dan kekesatan dalam tubuh dan berfungsi sebagai ubat julap. Namun mentega mengurangkan mengurangkan manisnya madu dan kurma.

Salam Sayang,
Tip dan Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah

December 28, 2013

Omega Guard Minyak Ikan untuk Semua

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2013 bakal berakhir beberapa hari lagi. Dan di sana sini ramai antara kawan-kawan saya yang galak menghabiskan cuti dan berjalan bersama keluarga tercinta. Ramai juga yang berehat di rumah sibuk menyediakan persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas dan hujan ini, ada antara kawan-kawan yang berada dalam keadaan yang kurang sihat. Sakit yang meleret-leret dan berpanjangan. Syafakallah kepada rakan-rakan seperjuangan. Saya doakan anda sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan semoga cepat sembuh dari penyakit yang melanda diri anda sekeluarga.

Nabi Muhammad s.a.w pernah ditanya bagaimana menjaga kesihatan tanpa kerap sakit sepanjang hayat baginda. dan jawapan baginda "Solat malam" HR Muslim.

Sesiapa yang mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah s.w.t 9 perkara kepada hamba-Nya; 5 di dunia 4 diakhirat, dan salah satunya adalah dijauhkan daripada segala penyakit.

Saya pasti ramai yang telah mengetahui nikmat megerjakan tahajjud dan ramai juga yang tidak mengetahuinya. Tidak salah kiranya kita ingat mengingati antara kita. Insya Allah sama-samalah kita memperbaiki dan menambah apa yang kurang di dalam solat dan amalan kita.

Selain itu masih ada lagi usaha yang boleh anda lakukan untuk menjaga kesihatan diri anda dan keluarga. Jangan tunggu sakit menyerang sekali lagi. Bertindaklah sekarang dan berikan yang terbaik untuk diri dan keluarga kesayangan anda. Insya Allah kita hanya berusaha Allah jua yang Maha Penyembuh segala penyakit. Doa dan tawakal kepada-Nya yang harus diutamakan.  

Di Shaklee, Omega Guard merupakan vitamin tambahan yang merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asidlemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega 3 dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Ikan dari laut di dalam Omega Guard mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita. EPA berfungsi dalam mengawal kadar kolestrol yang berlebihan, baik untuk pesakit jantung , menghindar tekanan perasaan dan mencegah penyakit darah tinggi. DHA pula mampu mencegah asma, meningkatkan daya seksual, mencegah sakit kulit, mengelakkan kanser payu dara, kanser prostat, menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan serta mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

Omega Guard Shaklee Vitamin Tambahan untuk Semua

Berita baik untuk anda. Promosi Omega Guard di bulan Disember 2013. Beli 6 percuma 1!!

Jika anda beli 6 botol Omega Guard, anda akan dapat :

1) percuma 1 botol Omega Guard berharga RM 136
2) percuma pendaftaran ahli (biasanya daftar ahli adalah berjumlah RM65)
3) penjimatan hampir RM370 dari harga jualan. (hanya untuk ahli shaklee sahaja)

Untuk makluaman anda, harga Jualan 1 Botol Omega Guard  90 kapsul berharga RM136.00.

Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan atau konsultasi percuma dan eksklusif sila hubungi saya di:

Kizee~
sms: pm: whatsapp: wechat ~ 0192484428
Email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB: Kizeewatty Zainal
Jom Like FB fanpage saya di Kizee Healthyvita Shop


  Tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, saya ada jawapannya. Boleh juga untuk membeli sebotol dua atau boleh kongsi bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
 
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

December 21, 2013

Vita-Lea Multi-Vitamin Pertama Dunia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Viatalize-Mineral’ dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini  asalnya dari Shaklee. 

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA (Recommended Dietary Allowance). Ia diformulasikan secara kompreensif dan sangat seimbang, halal, dan terbukti berkesan.

Vita-Lea Multi-Vitamin Pertama Dunia
Vita-Lea dengan tambahan Iron


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina yang berwarna hijau. Walaupun tabletnya besar, namun ia amat licin dan mudah ditelan. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks sebagai “Explo-tab”. Vita-Lea merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalam Vita-lea ini mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Pada tahun 2000 Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai “The Best Multi-Vitamin” di dalam Public Interest.


Manfaat, Kelebihan dan Khasiat Vita-Lea

  • Penambahan Tenaga Segera

  1. Pemberi tenaga
  2. Kecergasan tubuh
  3. kekutan mental
  4. membantu sistem memori
  5. Focus dalam aspek pembelajaran dan kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi

Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan mereka yang mempunyai masalah kesiahatain seperti anaemia.

  • Keupayaan Sistem Produktif

Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

  • Meningkatkan Metabolisma

Sangat membantu dalam stimulasi melabolisma dan melambatkan proses penuaan.

  • Elemen Penting Kepada Sel Tubuh

  1. Menyediakan asas nutrisi
  2. Memastikan sel hidup
  3. Pertumbuhan sel baru
  4. Membantu proses pembesaran pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon.
  5. Menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ

Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Mari kita lihat fakta nutrisi di dalam Vita-Lea.


Vita A
Kesihatan mata, kulit, anti oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, system imun dan rambut yang sihat.
Vita D
Kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
Vita E
Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar peredaran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki dan mengurangkan kesan parut
Vita C
Anti oksida melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, mempercepatkan sembuh luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
Asid Folik
Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anaemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.
Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaranm ,masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
Vita B2
Tukarkam makanan kepada tenaga, anaemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
Vita B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangasang peredaran darah, lower blood ripid, merawat pening, cirit birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan, akibat antibiotic, mencegah jangkitan, mempercepatkan lika sembuh.
Vita B6
Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, elakkan muntah-muntah, bibir kering, kejang dan kebas, anaemia dan glossitis dermatitis
Vita B12
Membantu tmbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anaemia, keletihan, keresahan, diabetis dan rabun.
Biotin
Bantu B kompleks berfungsi dengan lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan radang kulit.
Kalsium
Menguatkan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut.
Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah tulang reput, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis dan anoreksia.
Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekutana fizikal dan mengawal berat badan.
Zat Besi
Membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anaemia.
Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah bengkak.
Zink
Meningkatkan sistem imun, mempercepatkan lika sembuh, meingkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, serta menajamkan minda.


Vitamin yang serba lengkap ini mempunyai harga yang amat berpatutan.
  • 1 botol Vita-Lea mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM88.75.
Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

December 1, 2013

Minyak Ikan Terbaik: Promosi Omega Guard Shaklee Disember 2013

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
 

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, ikan bilis) die perairan air Jepun. Omega Guard Shaklee bukan dari hati minyak ikan. Ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asidlemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega 3 dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melaui proses penyulingan proprieti tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl- merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik)

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui rahsua penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland Denmark yang bekerja sebagao nelayan tidak mnghaidapi penyakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakalo orang Eskimo yang menetap di Utara Amerika yang bekerja sebagai pemburu dan makanan untama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, banyak menghidapi masalah kesihatan yang berkaitan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan laut sejuk menunjukkan ikan dari laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.


Perbezaan Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee berbanding Jenama yang lain


Perbezaan Kandungan DHA dan EPA dalam Omega Guard Shaklee berbanding Jenama yang lain

Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita. EPA berfungsi dalam mengawal kadar kolestrol yang berlebihan, baik untuk pesakit jantung , menghindar tekanan perasaan dan mencegah penyakit darah tinggi. DHA pula mampu mencegah asma, meningkatkan daya seksual, mencegah sakit kulit, mengelakkan kanser payu dara, kanser prostat, menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan serta mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut sekurang-kurangnya sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega 3, kerana ia membantu risiko penyakit jantung sebanyak 44%. 

Kelebihan dan Manfaat Omega Guard Shaklee:

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema dan psoriasis.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
25.  Membantu dalam perkembangan kesihatan otak dan mental seperti murung, tekanan dan kebimbangan. neurasthenia, insomnia.
26. Membantu kanak-kanak autism, hiperaktif dan penyakit schizophrenia.   


 
Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan atau konsultasi percuma dan eksklusif sila hubungi saya di:

Kizee♡Shaklee~
sms: pm: whatsapp: wechat ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB: Kizeewatty Zainal

Jom Like FB fanpage saya di Kizee Healthyvita Shop

1 Botol Omega  90 kapsul berharga RM136.00 (SM) / RM140.00 (SS)








Berita baik untuk anda. Promosi Omega Guard di bulan Disember 2013. Beli 6 percuma 1 

Jika anda beli 6 botol Omega Guard, anda akan dapat :

1) percuma 1 botol
Omega Guard berharga RM 136
2) percuma pendaftaran ahli (biasanya daftar ahli adalah berjumlah RM65)
3) percuma kos pos penghantaran
4)
penjimatan hampir RM250 dari harga jualan.
 
Tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, saya ada jawapannya. Boleh juga untuk membeli sebotol dua atau boleh kongsi bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. 

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee