Showing posts with label KERACUNAN. Show all posts
Showing posts with label KERACUNAN. Show all posts

January 12, 2014

Cuka untuk Meredakan Sakit Gigi

Teks: Kizeewatty Zainal
   
Assalamualaikum w.b.t

“Sebaik-baik makanan adalah cuka” 

Ibnu Majah dalam Sunan-nya dari Ummu Said yang meriwayatkan dari nabi Muhammad s.a.w ketika baginda pernah bersabda mengenai kebaikan cuka.

Rumah yang sentiasa menyediakan cuka tidak akan kekurangan, ini yang saya amalkan. Saya pastikan rumah saya mempunyai cuka walaupun sedikit. Cuka ini saya gunakan dalam masakan ketika membuat salad kegemaran saya atau minum begitu sahaja. Cuka yang kami sekeluarga gunakan adalah cuka epal dan anggur.

Cuka dalam bahasa arab adalah Khall,  merupakan makanan yang bersifat panas dan juga dingin. Khall dikatakan merupakan unsur pengering yang kuat.

Cuka amat berkhasiat untuk melawan sakit radang perut , penyakit kuning dan mencegah bahaya ubat-ubatan yang mengandungi racun. Cuka mampu mencairkan susu dan darah beku serta membantu limpa, melapisi perut yang mengalami sembelit dengan melembutkan najis, menghilangkan dahaga dan mencegah berlakunya tumor dan kanser. Oleh itu penggunaan cuka dalam makanan harian kita amat digalakkan. Cuba pelbagaikan penggunaan cuka masakan kita.

Cuka yang dicampur dan dibancuh dengan garam boleh membuang kulat yang beracun dan juga bisul yang membengkak. Jika diminum begitu sahaja boleh menghindar salur darah di dalam badan dari tersumbat. Cuka yang dihangatkan dan digunakan sebagai pencuci mulut boleh menyembuhkan sakit gigi dan menguatkan gusi.

Bagi mereka yang mengalami septis dan luka terbakar, cuka dikira alternatif terbaik dengan menyapukannya di atas kesan terbakar di mana-mana permukaan kulit kita. Selain itu cuka mampu merangsang nafsu makan dan melembutkan perut, baik untuk orang tua atau mereka yang baru sahaja baik dari sakit dan kurang selera makan.

Wallahu a'lam

November 26, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Bekam Penawar Racun

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Saban tahun suami saya akan pergi ke 'spa' kegemarannya. Spa yang mampu membuatkan badan dan kepala menjadi ringan, setahun pasti sekali dua dia akan memanjakan diri di spa. Sebenarnya spa yang dimaksudkan di sini ialah berbekam salah satu kegemaran Nabi kesayangan kita. 

Berbekam mampu merupakan proses mengeluarkan darah beku yang mengandungi toksin dari dalam tubuh manusia dan di dalam alam bahasa Arab ia dikenali dan disebut Hijamah. Lazimnya, bekam selalu dilakukan di bahagian kepala di mana rambut harus dicukur dan juga belakang badan. Kulit kita akan ditoreh sedikit dan kemudian ditekap dengan dengan mangkuk kecik yang telah disteril. Tempoh antara sesi bekam yang pertama dengan bekam yang seterusnya hendaklah dijarakkan selama 5 atau 6 bulan untuk membolehkan sel dan darah terbina semula.

Abdul Razzaq meriwayatkan dari Ma'mar dari Az Zuhri, dari Abdul Rahman bin Ka'ab bin Malik bahawa semasa di Khaibar ada seorang wanita Yahudi yang membawakan seekor kambing biri-biri panggang beracun kepada Rasulullah. 

Rasulullah berkata, "Apa ini?"

 Wanita itu menjawab dengan penuh berhati-hati agar tidak mengatakan bahawa pemberian itu merupakan sedekah sehingga Rasulullah tidak mahu memakannya. "Hadiah"

Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya memakan biri-biri panggang itu. Setelah mengetahui apa yang dimakan itu beracun, Rasulullah s.a.w mengarahkan semua supaya berhenti makan dan baginda kemudian berbekam tiga kali pada bahagian bahunya. Namun, beberapa sahabat baginda meninggal dunia walaupun telah berbekam.

Musa bin Uqbah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w berbekam pada bahunya kerana biri-biri beracun yang dimakannya. Abu Hind, seorang pembantu Bani Bayadhah menggunakan sebilah pisau untuk membekamnya.

Tiga tahun kemudian, ketika menderita sakit yang membawa kepada kewafatannya, Rasulullah s.a.w berkata, "Aku masih merasakan kesan biri-biri beracun yang aku makan pada hari Khaibar, sehingga kini ketika masa urat nadi terputus (maksudnya ketika ajal mendekati)." Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w wafat sebagai syahid.

Racun boleh diubati dengan cara mengeluarkannya dengan meneutralkan kesannya. Jika tidak ada ubat atau penawarnya, perlu dikeluarkan racun secara menyeluruh dengan memuntahkan isi perutnya. Namun kaedah paling baik membuang racun adalah dengan cara berbekam, terutamanya bagi mereka yang tinggal di daerah panas.

Racun masuk ke dalam pembuluh darah menuju ke jantung dan bahagian tubuh lain sehingga membawa kematian kerana darah merupakan cara racun mengalir ke jantung dan organ dan sistem tubuh lain. Darah yang dijangkit dikeluarkan dengan cara berbekam sehingga tubuh akan bebas dari racun tersebut. Juga, jika pengeluarannya sempurna, maka tidak akan ada racun yang tertinggal dalam badan kita.

Ketika Rasulullah s.a.w berbekam, baginda melakukannya pada bahu yang merupakan bahagian paling dekat dengan jantung. Sebahagian racun tertinggal dalam sistem tubuh Rasulullah s.a.w sebenarnya untuk memenuhi apa yang telah Allah putuskan bagi Rasul-Nya, iaitu meyempurnakan darjat keutamaan pada diri baginda. Ketika Allah memutuskan sudah masanya bagi utusan-Nya wafat sebagai syahid, maka kesan racun tersebut muncul kembali. 

Dari Abu Hurairah radhiallaahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”  

Imam asy-Syuyuthi mengulas pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah yang paling baik. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelumnya.
  
Antara penyakit yang cukup baik untuk berbekam adalah hipertensi, gout, hiperkolesterolemia, strok , parkinson, epilepsy, migrain, vertigo, kegagakan ginjal, varises, hemoroid, dan sakit pinggang, penyakit darah (leukemia, thalasemia), tinnitus, asma, alergi, penyakit sistem imun (SLE, HIV), infeksi, glaukoma, insomnia, untuk kesuburan dan kecantikan (menghilangkan jerawat) dan menurunkan berat badan.



Wallahu a'lam

October 29, 2013

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w: Kelebihan dan Khasiat Halia (Zanjabil)

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.




Halia juga meningkatkan pengeluaran sperma, menambah daya ingatan, dan membuang bau badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.

Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
Juga halia mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
 
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.


Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan.

Jika anda mencari suplemen yang berasaskan halia, maka anda boleh mencuba suplemen dari Shaklee. Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan melalui prosedur dengan penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal Peppermint Ginger Plus dari Shaklee amat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa, penghadaman dan lain-lain. Untuk informasi lanjut berkenaan Suplemen ini, sila baca di sini.

October 26, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Saderi Melegakan Sakit Gigi.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Daun saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink. Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori. 

Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan mengandungi banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah daun. Buahnya kecil dan halus.

Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan dalam membuat salad, menghias makanan yang mengandungi daging, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit. Dalam bidang perubatan, daun saderi telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido serta ciri-ciri perubatan lain. Dalam masa yang sama saderi juga telah digunakan sebagai herba perhiasan oleh orang Rom, yang menggunakan daunnya untuk dijadikan sebagai "Mahkota Pemenang" mereka.  

Dalam perubatan tradisional saderi telah digunakan untuk menghapuskan parasit usus. Perubatan Cina pula mengesyorkan saderi sebagai ubat merawat tekanan darah tinggi disebabkan kestabilan komponennya. Apium graveolens pada mulanya berkembang biak diatas tanah lembap di Eropah dan Asia. Permulaan abad ke-19, saderi mula berkembang di Amerika Syarikat. Pada masa kini sayuran ini lebih digunakan dalam makanan dan lauk pauk, kerana kekayaan rasanya. 

Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah. Sama ada ia dimakan sebagai snek` atau sebagai ubatan, saderi menyah-toksin dari badan, dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan. 

Saderi mempunyai bau yang baik dan jika diletakkan di bawah leher boleh menyembuhkan sakit gigi. Saderi bersifat panas dan kering, boleh membuka hati dan limpa yang tersumbat. Daun saderi basah membantu menyejukkan hati dan perut, melancarkan buang air kecil, melancarkan haid dan batu karang. Bijinya mampu memberi stamina dan membuang nafas yang busuk (halitosis) dalam badan. Kepada sesiapa yang memakan daun saderi lalu tidur, mulutnya akan menjadi wangi, tidurnya nyenyak, bebas dari sakit gigi dan geraham.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukkan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman

Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.

Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam pemasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung. Dalam keadaan ini akar saderi digunakan. Disebabkan sifat menyah toksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat. Kerana sifat-sifat ini - diuretik dan depuratif – maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan. Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan dan mengurangkan kadar degupan jantung. 


Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah, ia bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis. Sifat lain seperti: pengering kahak, pelembut kulit (berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan kefungsian hormone   (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit ; menghilangkan parut (baik untuk luka, calar, pembentuk ulser.)

Dengan pengambilan saderi setiap hari secara sihat dapat mengimbangi keperluan badan kita setiap hari. Mulakan pemakanan sihat bermula dari sekarang dengan saderi!

September 8, 2013

Sayur Hindiba dan Cikori Penawar Racun

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hindiba dalam bahasa Inggeris disebut dengan endive atau chicory, sementara dalam bahasa Persia disebut kyasni (kasni). Dalam buku Turkish Materia Medica, kata hindiba merujuk kepada dua jenis tanaman herba yang berasal dari keluarga Chicorium, yaitu Chicorium endivia (endive) dan Chicorium intybus (Chicory).

Sayur ini  dapat dimasak atau dimakan mentah dalam salad dan ditanam untuk makanan dengan memotong daunnya, kemudian menutupi pokok dan akarnya di tempat gelap. Ranting baru akan muncul tapi tanpa sinar matahari dan akan tumbuh berwarna putih dan tidak pahit. Hindiba mengandung banyak vitamin dan mineral, terutama folate, vitamin A, vitamin K, dan serat. Ada tiga jenis endive: Curly endive, Frisée, dan Escarole.

Sayuran ini mungkin tidak asing di kawasan Eropah dan Timur Tengah kerana telah sejak lama digunakan untuk memasak mahupun dalam perubatan. Dalam satu hadits tentang hindiba,

“Setiap dari daun hindiba, pasti mengandungi titisan air dari syurga.”

Adapun Ibnu Qoyyim selain menyebutkan hadits di atas beliau juga menyebutkan dua hadits lain dalam Ath-Thibbun Nabawi. 

“Barangsiapa yang memakan buah hindiba, kemudian tidur, ia tidak akan terkena racun ataupun sihir.”

Terkait dengan sifat hindiba, Syaikh Ibnu Qoyyim menyatakan hindiba adalah tanaman yang sifatnya bergantung pada musim. Ibnu Qoyyim berpendapat buah hindiba boleh berubah-ubah sifatnya bergantung pada perubahan musim yang empat dalam satu tahun. Pada musim dingin sifatnya juga dingin dan lembab. Pada musim kemarau sifatnya panas dan kering, pada musim semi dan musim gugur sifatnya menjadi neutral.  

Hindiba pada awal musim adalah yang paling baik dan yang di penghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Di musim panas tingkat kepahitan hindiba lebih tinggi dan kerana peningkatan kepahitan tersebut, maka sifatnya cenderung menjadi panas pada tingkat tertentu.
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. - See more at: http://segalaceritera.com/atik/2010/07/25/disebalik-makanan/#sthash.YWrSs9Bt.dpuf
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. - See more at: http://segalaceritera.com/atik/2010/07/25/disebalik-makanan/#sthash.YWrSs9Bt.dpuf
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. - See more at: http://segalaceritera.com/atik/2010/07/25/disebalik-makanan/#sthash.YWrSs9Bt.dpuf

Buah hindiba memiliki sifat pengikat dan menyejukkan, baik sekali untuk perut. Bila dimasak dan dicampur dengan cuka, boleh menguatkan otot perut.
 
Sayur Hindiba / Cikori

Kalau dilumurkan, hindiba boleh meredakan radang yang terjadi pada perut, berkhasiat juga terhadap penyakit gout, berbagai jenis pembengkakan pada mata yang panas, bahkan bila dibalutkan daun dan akarnya boleh mengatasi sengatan kala jengking.

Buah dari tanaman hindiba juga berkhasiat menguatkan perut, membuka penyumbatan yang terjadi pada hati, bermanfaat juga untuk mengatasi sakit yang bersifat panas dan dingin, membuka penyumbatan pada limpa, pembuluh  darah dan usus serta membersihkan saluran ginjal. Hindiba terbaik untuk hati adalah yang paling pahit.

Jus hindiba berkhasiat menyembuhkan penyakit kuning yang tersumbat, terutama bila dicampur dengan kurma muda. Bila ditumbuk dengan daunnya, lalu dilumur pada radang tertentu, maka boleh menyejukkan pembengkakannya.

Hindiba juga membersihkan dada dan menurunkan panas darah dan hepatitis. Buah ini lebih baik dimakan tanpa dicuci dan dibersihkan, kerana pencucian atau pembersihan akan menyebabkan tenaga yang terkandung padanya hilang. Selain itu buah hindiba mengandung tenaga tambahan sebagai penawar racun.

Jika air hindiba digunakan sebagai celak, boleh mengubati rabun malam. Daunnya memberi tenaga tambahan, berkhasiat sebagai penawar racun kala jengking, bahkan juga penawar kebanyakan racun. Jika airnya diperah lalu dicampurkan dengan minyak zaitun dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut.  Air perahannya jika diminum, boleh mangubati luka gigitan kala jengking dan lipan.