Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Allah s.w.t berfirman,
“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta
pohon-pohon kurma dan delima.” Surah Ar-Rahman:68
Semasa kecil abah selalu bawa saya ke rumah
nenek saudara saya yang terletak di hujung kampung. Bila ke sini aktiviti kami
adik beradik amat banyak, mengejar ayam, memberi makan itik dan memanjat pokok
rambutan dan delima. Pasa waktu inilah saya megenali buah delima, buah yang
masam manis dan amat lama untuk dihabiskan kerana bijinya yang banyak dan perlu
hati-hati agar tidak tertelan. Sungguh nikmat dan teruja dapat menikmati delima
yang segar daripada pokok.
Tapi pada zaman sekarang amat susah pula
nak jumpa buah delima ini. Kadang-kadang perlu ke pasar raya besar barulah dapat
merasa buah ini. Sebenarnya delima banyak khasiatnya kepada manusia.
Delima bersifat panas dan lembap, amat
berkhasiat untuk perut kerana meringankan sembelit. Delima juha berkhasiat
untuk tekak, dada, paru-paru serta melegakan batuk. Jus delima merehatkan
perut, cepat dicernakan di dalam perut kerana buahnya yang manis. Buah ini
juga meningkatkan pengeluaran sperma tetapi tidak sesuai bagi orang yang demam.
Delima yang masam bersifat dingin dan
kering. Delima jenis ini mampu menyembuhkan perut yang berlebihan panasnya dan
membantu menghasilkan lebih banyak air kencing. Ia juga meredakan gejala
penyakit kuning, menghentikan buang air akibat cirit birit, mencegah muntah
berlebihan, melembutkan makanan, menghentikan panas dalan hati, menguatkan
organ, meredakan debaran hati dan sakit jantung.
Dari Harb dan yang lainnya meriwayatkan
dari Ali r.a yang berkata,
“Makanlah delima dengan kulitnya, kerana boleh
membersihkan perut.”
Jus delima yang dimasak dengan sedikit madu
dijadikan salap sebagai titisan mata boleh menjernihkan rona kuning mata dan
menghancurkan kelembapan yang padat. Jika diletakkan pada gusi boleh menyembuhkan
bintik merah pada gusi. Biji delima yang dicampur dengan madu boleh
mengurangkan jari septis dan luka serta kudis yang merbahaya. Bunga delima juga
mampu menyembuhkan luka. Dikatakan bahawa ‘ Jika seseorang menelan tiga kuntum
bunga delima setiap tahun, die akan terselamat dari radang selaput mata
sepanjang tahun.”
Manfaat dan Khasiat Delima
Melindungi hati dan ginjal
Ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal
dan hati melindungi ginjal dan hati dari toksin dan racun berbahaya.
Meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan
penghadaman
Delima dan jus delima meningkatkan imunisasi tubuh. Delima diketahui sarat
dengan vitamin C. Delima mempunyai kualiti khusus yang membantu penghadaman
perut kita agar berjalan lancar.
Anti alergi dan jangkitan
Delima kaya dengan polifenol yang telah terbukti mengurangkan alergi dan alahan.
Mencegah penyakit jantung
Delima meningkatkan kemampuan tubuh untuk mensintesis kolesterol dan mencegah
radikal bebas dalam sistem vaskular.
Mencegah kanser dan osteoartritis
Jus dan
ekstrak buah delima dapat mematikan sel kanser payudara dan kulit. Delima
juga telah terbukti bermanfaat untuk mengatasi osteoartritis kerana mengandungi
fitonutrien dan polifenol.
Melindungi DNA
Fitonutrien dan antioksidan dalam buah delima berinteraksi dengan DNA genetik tubuh untuk melindunginya. Delima memang sarat dengan antioksidan yang efektif
mencegah penuaan.
Menstabilkan tekanan darah
Ekstrak buah
delima dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mereka yang mempunyai kolesterol dan lemak tinggi.
Meningkatkan metabolisme
Delima
membantu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, mampu
melawan radang, dan meningkatkan berbagai faktor lain yang terlibat dalam
sindrom metabolisme yang kerap dikaitkan dengan obesiti dan diabetes. Oleh sebab itu, delima dapat membantu menurunkan berat badan.
Melindungi dari penyakit Alzheimer
Buah ini mencegah atau memperlambatkan perkembangan penyakit yang umumnya melanda mereka yang berusia, iaitu alzheimer atau nyanyuk.
Wallahu a'lam.