Assalamualaikum w.b.t
Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di
Malaysia dan penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding
kanser dengan 1940 maut setiap jam.
Bagaimana Penyakit Jantung Terjadi?
Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah
penyumbang utama penyakit jantung. Pembentukan kolesterol ini bermula sejak
muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.
Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap
jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi
dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang
juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada
permukaan jantung. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung
dengan oksigen dan zat makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung apabila satu atau
lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan
kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan
parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah
ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Punca Penyakit Jantung
- Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
- Kolesterol berlebihan
- Tekanan darah tinggi
- Merokok
- Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
- Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
- Kurang bersenam
- Kencing manis atau diabetes
- Sejarah keluarga
Tanda Serangan Penyakit Jantung
1. Sakit leher
Pernahkah anda pernah merasa sakit leher yang berpanjangan?
Dan selepas itu merasa sakit mendadak disertai rasa sesak di bahagian bahu dan bahagian bawah leher?
Apa yang terjadi?
Saraf dari rangkaian jantung yang rosak menghantar isyarat
rasa sakit yang naik turun pada ruas tulang belakang yang dalam waktu yang
sama saraf-saraf di sekitar leher dan bahu juga akan sakit.
2. Masalah seksual
Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan, mereka yang dirawat kerana penyakit jantung dua daripada tiga di antaranya menderita disfungsi erektil selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya didiagnosis mempunyai masalah dengan jantung. Menurut Goldstein, beberapa kajian terbaru yang menguji hubungan antara disfungsi erektil dan penyakit kardiovaskular juga semakin meyakinkan.
2. Masalah seksual
Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan, mereka yang dirawat kerana penyakit jantung dua daripada tiga di antaranya menderita disfungsi erektil selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya didiagnosis mempunyai masalah dengan jantung. Menurut Goldstein, beberapa kajian terbaru yang menguji hubungan antara disfungsi erektil dan penyakit kardiovaskular juga semakin meyakinkan.
Apa yang terjadi?
Pembuluh darah di sekitar jantung boleh enjadi sempit dan
keras, hal sama juga boleh terjadi pada pembuluh yang membekalkan darah ke
bahagian zakar. Kerana saluran darah di sekitar zakar lebih kecil,
pembuluh-pembuluh ini boleh mengalami kerosakan yang lebih cepat - walaupun
tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dikesan.
3. Pening, pengsan, atau sesak nafas
Sebuah kajian yang diterbitkan Circulation: Journal of the American Heart Association, menyebutkan lebih dari 40 peratus perempuan melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas di saat sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan merasakan tak boleh bernafas, lemas atau pusing apabila berada di tempat inggi.
3. Pening, pengsan, atau sesak nafas
Sebuah kajian yang diterbitkan Circulation: Journal of the American Heart Association, menyebutkan lebih dari 40 peratus perempuan melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas di saat sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan merasakan tak boleh bernafas, lemas atau pusing apabila berada di tempat inggi.
Bila anda tergopoh-gopoh ketika naik tangga, menyapu
halaman, berjalan santai, atau aktiviti lain yang sebelum ini tidak
mendatangkan kesukaran pada diri kita.
Apa yang terjadi?
Ini akibat tidak cukupnya darah mengalir pada saluran yang
mengangkut oksigen ke jantung. Kesakitan pada otot jantung juga boleh membuat
seseorang merasakan sukar menarik nafas dalam. Penyakit pembuluh darah koroner,
di mana pembuluh darah jantung tersumbat akibat ppenebalan plak lemak dan
kolesterol, menyebabkan organ jantung tidak mendapatkan bekalan oksigen yang
cukup.
4. Gangguan pencernaan, mual, atau heartburn
Walaupun sebahagian besar daripada kita berfikir keadaan yang berhubungan dengan jantung sinonim dengan kesakitan pada dada, tetapi sebenarnya hal ini boleh berlaku juga di bahagian perut. Pada beberapa orang khususnya wanita, gejala seperti heartburn atau perasaan terbakar pada bahagian dada, rasa perut kekenyangan atau tersedak perlu diberi perhatian. Gangguan pencernaan yang parah dan mual juga boleh menjadi tanda awal serangan jantung, atau biasa disebut infarction, khususnya pada wanita.
Sebuah kajian menunjukkan, perempuan dua kali lebih
mengalami muntah, mual, dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan menjelang
serangan jantung.
Apa yang terjadi?
Apa yang terjadi?
Timbunan lemak di pembuluh darah boleh mengurangkan atau
menurunkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan perasaan seperti
sesak, tertindih atau sakit - yang kebanyakan berlaku di kawasan dada tetapi
terkadang juga di bahagian perut. Mual dan pusing-pusing juga boleh menjadi
petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku.
5. Sakit pada rahang dan telinga
Hasil kajian menunjukkan, ramai pesakit pasca serangan
jantung melaporkan sakit pada rahang mereka sebelum serangan jantung.
Kerosakan pada rangkaian organ jantung boleh mencetuskan penghantaran isyarat naik turun pada bahagian tulang belakang yang kemudian merebak pada sarar-saraf yang tersebar dari tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.
Ingin saya ingatkan di sini apabila kita mengalami dua atau
lebih gejala seperti di atas ini secara berterusan, segera dapatkan pemeriksaan
lanjut di hospital berdekatan. Selain itu pelbagai langkah perlu diambil untuk
mengurangkan sakit jantung.
Antaranya:
1.
Makan secara sihat.
2.
Tingkatkan aktiviti fizikal.
3.
Hentikan Merokok dan Minuman Keras.
4.
Kekalkan berat badan yang unggul.
5.
Ketahui Paras Tekanan Darah.
6.
Kendalikan Stress dengan Bijak.
7.
Amalkan pengambilan Suplemen dan
Vitamin yang selamat.
Cadangan Suplemen untuk Kesihatan Jantung
Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic Complex dan COQHealth Plus |
Kombinasi
Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic
Complex dan COQHealth Plus. Kombinasi ini memecahkanpla lemak, mengurangkan
kolesterol, menyokong tenaga jantung dan membantu peredaran darah yang lancar.
Vitamin
E
Garlic Complex
- Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah
- Mengurangkan kebekuan darah
- Meningkatkan HDL
- Melindungi jantung
- Menghalang strok dan penyakit koronari.
Omega Guard
- Menurunkan trigliserida sehingga 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol
- Mencegah salur darah dari tersumbat
- Mengelakkan strok
- Mengekalkan tekanan normal darah
- Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
- Mengurangkan sakit kepala
- Merendahkan kolestrol
- Mencegah pembekuan darah dalam badan
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
CoQ10
***********************************************************************************************************
- Vitamin E mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00.
- Omega guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.00.
- Garlic Complex mengandungi 60 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM47.50.
- COQHealth Plus mengandungi 30 kapsul untuk pengambilan selama 1 bulan berharga RM 124.00
Untuk konsultasi percuma vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
sms: pm: whatsapp ~Kizee 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee
Healthyvita Shop
Untuk
senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
No comments:
Post a Comment