October 20, 2014

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Bisnes Puan Azhana

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t

Testimoni Peserta Kelas Asas Blog Bisnes Puan Azhana


Hampir sebulan yang lepas, saya merupakan insan yang berbeza. Dari seorang yang tiada ilmu dalam blogging menjadi seorang yang tahu bagaimana mahu membina blog. Sebelum ini saya tertanya-tanya bagaimana orang membuat bisnes page (fanpage) mereka. Alhamdulillah melalui kelas ini saya mahir membina asas blog dan mahir membuat fanpage.
Saya menyertai kelas ini pada 5 September 2013, sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran anak saya yang keempat. Mungkin Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencari maklumat suri yang bekerja dari rumah di laman internet. Kebetulan saya juga tercari-cari kaedah untuk memulakan perniagaan di internet. Alhamdulillah saya terjumpa blog sifu Zaila Mohamad www.zailabinimdae.blogspot.com
 Di Akademi Bekerja Dari Rumah, ada ramai guru-guru online yang boleh membantu mengajar kita menjadi seperti saya sekarang. Saya bersyukur mendapat cikgu yang sabar melayan karenah saya yang banyak bertanya. Almaklumlah latarbelakang saya bukannya orang IT. Sepanjang pengajarannya ada ketika saya tekun menyiapkan beberapa tugasan dan adakalanya saya menundakan tugasan tersebut. 
Ini bermakna kelas secara maya ini lebih fleksibel dan amat sesuai untuk pelajar dewasa macam saya. Sama ada suri rumah sepenuh masa atau suri yang masih bekerja semuanya diberikan masa 24 jam dan terpulanglah kepada anda untuk menyiapkan tugasan yang diberi. 
Hendak cepat atau lambat terpulanglah kepada diri kita sendiri. Anda tidak perlu berada sentiasa berhadapan dengan komputer malah sesi tutorial boleh berlangsung di mana-mana sahaja sekiranya anda mempunyai ipad atau smartphone yang mempunyai akses internet. Kadangkala pertanyaan tugasan ketika anda di dapur atau di stesen menunggu bas atau ketika menidurkan anak atau dengan pelbagai situasi. 
Anda tidak perlu datang ke rumah guru. Anda boleh belajar di Perak, Kedah, Kelantan, Johor, di tempat mana anda berada sekarang dengan syarat ada talian internet malah ada rakan pelajar kami berada di Jepun sekarang. Begitulah indahnya menjadi pelajar dewasa dan belajar secara maya.

Berkat belajar beberapa ketika lahirlah entri pertama penulisan saya di blog www.azhanaam.blogspot.com bertarikh 7 September 2013 iaitu 2 hari selepas belajar secara online. Kalau saya boleh menulis anda juga sudah tentu boleh.
Banyak kebaikan dari keburukan yang saya nampak dan saya rasa hasil pembelajaran saya selama sebulan ini. Guru kelas amat mengambil berat akan perkembangan saya dalam penulisan dan pemahaman tentang pengajaran dalam kelas. Selain itu guru besar juga (Pn. Masayu Ahmad) dan guru-guru lain sentiasa memberi perangsang dari segi sokongan dan teguran yang membina. Untuk pengetahuan anda, Pn Masayu merupakan pengasas utama kepada Akademi Bekerja Dari Rumah. Dalam pada itu saya telah mendapat sokongan padu dari rakan-rakan seperjuangan (kebanyakannya pelajar senior). 
Kami saling bantu-membantu menaikkan capaian link blog masing-masing. Mereka bukan sekadar rakan sekelas malah kami berkongsi tentang keluarga dan sebagainya. Dari kelas ini juga saya telah dapat memanfaatkan ilmu yang diajar dan berusaha untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain. Kadangkala kita juga mendapat peluang menjadi guru kepada pelajar-pelajar yang baru pula.
 
Bagi saya tiada impak negatif hasil dari pembelajaran saya setakat ini cuma ada keperluan kepada sedikit penambahbaikan dari segi pengemaskinian nota. Mungkin nota-nota dari setiap tugasan perlu disusun lebih kemas dan jelas sehingga boleh menjadi sebuah e-book yang akan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang mengikuti kelas membuat asas blog dan fanpage.

**********************************************************************************************

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  


Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui : 
 
SMS WHATSAPP PM : Kizee 0192484428
 EMAIL : kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal 
atau tinggalkan komen di bawah.
 
Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor

No comments:

Post a Comment