Teks: Kizeewatty Zainal
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
Salam Aidil Adha buat muslimin muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan hari mulia pada setiap tanggal 10 Dzulhijjah, juga dikenal dengan “Hari Raya Haji”, dimana kaum muslimin yang sedang menunaikan haji yang
utama, iaitu wukuf di Arafah.
Para jemaah haji memakai pakaian serba putih
dan tidak berjahit, yang di sebut pakaian ihram, melambangkan persamaan
akidah dan pandangan hidup. Sama-sama mendekatkan diri
kepada Allah Yang Maha Perkasa, sama-sama membaca kalimat
talbiyah.
Hari
Raya Aidil Adha juga merupakan hari besar umat Islam di seluruh dunia dimana
pada hari ini ibadat Korban dilakukan dengan tujuan mendapatkan redha
Allah Swt. Jadi, korban bererti mendekatkan diri kepada
Allah SWT dengan mengerjakan sebahagian perintahNya, dan dalam
pengertian ialah sembelihan pada waktu dhuha
tanggal 10 hingga 13 Dzulhijjah.
Tahun ini suami melakukan korban di rumah nenek di Meru Klang. Manakala saya pula melalui EZ Qurban. Kami berkumpul seisi keluarga dan memulakan sembelihan lembu seawal pagi dan tahlil ringkas di waktu petang. Suami dan pakciknya diamanahkan untuk memasak daging korban kali ini.
Sesi Korban dan Rewang di rumah nenek |
Daging Korban dimasak sup dan masam manis |
Alhamdulillah, 2 ekor lembu telah selamat disembelih oleh jiran-jiran Taman Scientex |
Aktiviti melapah dan pembahagian daging korban |
Sekali lagi suami diamanahkan untuk menjadi chef sajian sup lembu |
Kuliah Subuh Ust. Maskuri (4.10.14)
- Disunatkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
- Puasa ARAFAH (1 tahun sekali) pada 9 Zulhijjah. Hukumnya Sunat Muakkad. Kelebihannya, Allah akan ampunkan dosa kita yg tahun-tahun yg lalu dan semasa. Di Malaysia kita jangan berbalah samada hari Jumaat atau Sabtu. Dr. Zaharuddin mengesyorkan puasa Arafah adalah hari Sabtu. Jika kita hendak berpuasa pada kedua-dua hari juga tidak ada masalah. Puasa pada Jumaat (8 Zulhijjah) adalah puasa Tarwiah.
- Ibadat 'KORBAN' adalah Sunat Muakkad (sangat dituntut). Paling penting kita ikhlas. (Jangan menunjuk-menunjuk atau berb angga2).
- Bagi mereka2 yg berkorban, memotong kuku atau rambut hukumnya adalah makruh (bukan haram) bermula 1 hingga 9 Zulhijjah.
- Pembahagian daging korban: 1/3 untuk yg berkorban, 1/3 saudara-mara dan bakinya kepada orang awam (miskin atau kaya).
- Daging korban diberi kpd bukan Islam, bagi mazhab Shafie hukumnya harus.
- Hanya yg masih hidup boleh berkorban. Bagi yang telah meninggal dunia perlu ada wasiat dari simati. Jika anak ingin berkorban untuk arwah ayah atau ibu di anggap sedekah.
- Daging korban pada asalnya diberi mentah. Bagaimanapun harus diambil sebahagian (sedikit) untuk dimasak dan dimakan bersama-sama.
Semoga ibadat korban kali ini diberkati dan diterima Allah s.w.t. Insya Allah tahun hadapan dimurahkan lagi rezeki untuk memberi pada yang memerlukan. Amin.
Selfie Riang Ria Petang Raya |
Sepanjang tiga hari dari JB ke Muar Ke Klang ke JB dicampur dengan kepenatan 2 hari memasak dan berewang memang menguji tahap fizikal kami suami isteri. Sebelum perjalanan dan memulakan kerja kami minum Performance Drink dan Ostematrix. Suami tidak terasa penat langsung dan rasa ringan bila bangun pagi.
Aidiladha masih berlangsung, dengan ibadah korban yang sangat meriah. Apabila kita beribadah, jangan pula ibadah terlaksana, tapi tubuh kita juga merana. Kekalkan kesihatan dengan produk hebat penentang lemak & kolesterol.
Shaklee menawarkan produk yang terlalu hebat untuk kita guna. Antara yang kami ambil sempena perayaan ini adalah OmegaGuard, Lechitin, Herblax dan Alfafa sebagai penentang lemak-lemak dalam badan dan detoks utama toksin yang bersarang dalam sistem usus kita.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
atau
Email: kizeewattyzainal@gmail.com
PM di FB: Kizeewatty Zainal
Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya di Kizee Healthyvita
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
Salam Sayang,
Puan Kizeewatty Zainal
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
0192484428
Kizee Healthyvita
No comments:
Post a Comment