September 14, 2016

Buah Koko Terbaik untuk Jantung.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Orang depan bagi koko.
Lama dah tak makan.

Buah koko
Mekaseh. Manis.
Semanis orang yang bagi ni. 

Waktu kecil dulu arwah nenek tanam pokok koko sebelah rumah saja. Selepas makan biji koko dikeringkan macam ikan kering. Lepas tu kami jual.

Khasiat biji koko memberikan tindakan antioksida yang kuat. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dalam koko dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Pemakanan yang kaya dengan antioksida seperti koko memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. 


No comments:

Post a Comment