September 1, 2016

RESEPI BBQ KAMBING KENTANG SAUTE

Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya ingin berkongsi resepi kambing yang enak dan lazat dari Kambing Power Station
=========================
RESEPI BBQ KAMBING KENTANG SAUTE
=========================
Kambing Power Station
Kambing Power Station
Hidangan yang mudah dan cepat disediakan, 
Dah cuba pasti nak tambah lagi sepinggan.
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Bahan-bahan:
1. Amir BBQ Lamb Shoulder
2. Kentang
3. Bawang putih
4. Bawang merah
5. Minyak zaitun
6. Serbuk lada hitam
7. Daun pudina
8. Sos lada hitam
Caranya:
1. Panaskan pemanggang ajaib / kuali leper dengan minyak zaitun.
2. Grill lamb shoulder sehingga hampir masak, 4~5 minit sebelah (bergantung jenis kuali dengan api sederhana), kemudian sediakan di dalam pinggan.
3. Sementara menunggu grill lamb masak, potong kentang dalam potongan dadu yang besar.
4. Goreng potongan kentang sehingga masak kekuningan. Tos minyak dan ketepikan.
5. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau wangi.
6. Masukkan sos lada hitam mengikut saiz hidangan dan masak beberapa minit.
7. Masukkan kentang tadi dan taburkan serbuk lada hitam dan daun pudina yang diracik kasar. Kacau sehingga sebati.
8. Apabila masak, satukan kentang bersama grill lamb dan tuangkan sos ke atas hidangan.
9. Jangan lupa baca bismillah sebelum makan. πŸ˜…

No comments:

Post a Comment