August 4, 2013

JPO tunggu ya, kami datang.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Selalunya lagi 4-5 hari lagi nak raya, kaum hawa yang tak habis-habis lagi nak berbelanja. Pasti ada saja yang tak cukup selagi tak raya. Tapi terbalik pulak dengan saya suami isteri, abang pula yang yang belum habis belanja. Jadi kami singgah ke JPO sabtu lepas untuk mencari apa yang dihajati oleh cik abang saya.

Kami sampai dalam pukul 10 pagi. Masih belum ramai pengunjung dan keadaan tidak sesak seperti selalu. Ada pembinaan yang sedang dijalankan di JPO tetapi tidak mengganggu lalu lintas di situ. Untuk siapa-siapa yang tidak tahu di mana JPO bolehlah rujuk kepada peta di bawah atau terus ke link ini http://www.premiumoutlets.com.my/center-information 



Jika anda ingin ke sini, dinasihatkan agar anda meninjau dahulu jika ada jualan murah atau promosi yang ditawarkan pada masa-masa tertentu di sini http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/sales-events  



 Pada anda yang tertanya-tanya kedai-kedai pakaian, aksesori, bag, atau butik jenama yang ada di JPO, sudi-sudilah ke link ini http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/store-listing

Setelah beberapa kedai yang dikunjungi akhirnya abang berkenan dengan 
sehelai baju Nike.
Keadaan di Jusco Tebrau yang agak lengang
   
Tapi masih ada satu lagi yang belum cukup. Abang ingin mencari sehelai seluar tapi memandangkan rekaan di JPO tidak menepati citarasa, seterusnya kami menuju pula ke Aeon Jusco Tebrau. Keadaan lalu lintas agak sesak kerana Jusco ini bersebelahan dengan Tesco Tebrau. Kami singgah untuk membeli seluar jeans dan haarganya agak murah. Kebanyakan kedai menawarkan harga promosi sebanyak 50% apabila musim perayaan. Setelah abang dapat apa yang dihajat, kami terus pulang ke rumah. Banyak lagi rancangan yang perlu diselesaikan. Tunggu post seterusnya dari saya ya.=)

No comments:

Post a Comment