Teks: Kizewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Apabila
solat, kita akan bersolat dengan gigi bersih dan dapat membaca ayat suci
al-Quran dengan baik tanpa ada sisa makanan di samping mengharumkan bau
mulut . Bau mulut yang busuk adalah makruh jika kita bersolat secara
berjemaah. Bersolat dengan gigi yang bersih akan menambah kekhusyukan
kerana jika memberus gigi kemudian ada sisa makanan di celah gigi, maka
solat kita akan terganggu. Bacaan juga terganggu dengan cuba membuang
sisa makanan dicelah gigi.
Amalan menggosok gigi di awal pagi adalah amalan sunnah berdasarkan
hadis daripada Huzaifah , katanya: "Nabi saw apabila baginda bangun
daripada tidur maka baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu
sugi."(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Apabila kita melakukan
sesuatu perkara dengan niat mengikut sunnah nabi maka nescaya amalan itu
mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Oleh itu, lakukan amalan
menggosok gigi di awal pagi atau sebelum solat dengan niat mengikut
sunnah, semoga amalan kita diberkati Allah.
Alat yang boleh digunakan untuk bersugi atau mengosok gigi seperti kayu
sugi, berus gigi, cebisan kain atau benda-benda lain yang suci dan tidak
membahayakan. Rasullulah saw sangat menggalakkan umatnya menjaga
kebersihan gigi.
Syuraih bin Hani' berkata, "Aku bertanya kepada Aisyah amalan apakah
Nabi saw mulakan ketika memasuki rumahnya?
Aisyah menjawab "Bersugi."
(Riwayat Muslim)
Sabda Rasullulah saw,"Bersugi adalah cara
untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan
Allah swt ." (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah)
Bersugi juga
dapat meningkatkan akal,mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban,
menggandakan pahala, mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir ajal,
memudahkan keluarnya daripada badan. Bersugi membersihkan gigi dan mulut
daripada kuman yang merosakkan gigi.
Kepada anda yang suka amalan sunnah, menggosok gigi setiap kali hendak
menunaikan solat tidak menjadi satu masalah malah seseorang itu akan
berasa segar untuk menunaikan solat. Oleh itu, jadikan diri kita seorang
yang suka memberus gigi sebelum menunaikan solat.
Baca lebih lanjut tentang amalan sunnah ketika bersugi di sini. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Insya Allah
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment