Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan bermula dari celiknya mata hingga kita kembali tidur pada malam hari.
Kita digalakkan untuk mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan
lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit.
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi Muhammad saw pernah menegah kita makan ikan
bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti
oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve
manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam
bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil
yang boleh merosakkan usus kita.
Rasulullah saw mengajar kita supaya makan dengan tangan kanan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Ini telah terbukti apabila ahli sains telah menjumpai bahawa
enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. Enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan
tidak hadam dan mendatangkan mudarat kepada usus badan.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment