Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Sudahkah anda bersedekah hari ini?
Sudahkah anda berzikir?
Mulakan hari dengan sedekah senyuman yang paling mesra pada orang di sebelah anda.
Baiklah, pada entri yang lepas saya sudah berjanji ingin berkongsi tip sihat bagi bakal-bakal ibu. Selamat membaca dan amalkan.
![]() |
Tips Sihat untuk Bakal Ibu |
Tips Sihat untuk Kehamilan
- Rajin-rajinlah mencari informasi dan maklumat sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sihat melalui buku, media sosial, internet, facebook, blog dan lain-lain.
- Biasakan diri membeli dan memakai baju-baju yang longgar, walaupun perut belum kelihatan membesar.
![]() |
Makan makanan berkhasiat dalam kuantiti sedikit dan kerap. |
- Makanlah cemilan di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
- Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, bergoreng atau daging berlemak.
- Makanlah makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dan lain-lain.
- Ada baiknya ibu hamil makan dalam kecil tapi kerap, seperti biskut, roti gandum, atau buah-buahan. Amalan ini baik untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah.
- Sediakan minuman dan makanan kecil yang mengandungi kadar garam yang rendah di kamar tidur, menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.
![]() |
Ibu Hamil Memerlukan Tidur dan Rehat yang Cukup |
- Biasakan memberus gigi setelah makan atau setelah muntah agar mulut dan nafas sentiasa segar.
- Untuk menghindarkan rasa mual dan pusing, bangun secara perlahan-lahan dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan dalam keadaan terkejut.
- Hindari bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, agar ibu tidak rasa mual atau muntah.
![]() |
Minumlah air putih 12 gelas sehari |
- Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah dan ini boleh menyebabkan dehidrasi, oleh itu ibu hamil disarankan untuk minum air putih atau jus buah antara waktu makan.
- Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih 12 gelas sehari.
- Minumlah susu hangat jika anda mengalami insomnia atau sukar tidur.
- Jika ibu hamil berasa sakit di bahagian bawah perut danjika adanya pendarahan, khususnya setelah kehamilan lebih dari usia 4 minggu, segera hubungi doktor untuk nasihat selanjutnya.
Ingin tahu suplemen terbaik bagi ibu-ibu hamil? Singgah di entri saya di sini.
Salam Sayang,
Puan Kizeewatty
Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang.
sms pm whatsapp: 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop
IG: @kizeewatty
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee.
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee.