September 24, 2014

Falsafah dan Keunikan Produk Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamalaikum w.b.t

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.

Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. 

Produk Shaklee sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar. Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

Sentiasa Selamat

Keselamatan dan Standard Kami Tiada Tandingannya

Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk Shakleei Always Safe.

Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.

Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapatdalam produk pesaing.

Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.


350 Ujian bagi setiap kandungan | 23,000 Ujian Keaslian dan Keselamatan setiap tahun | 100,000 Ujian Kualiti Produk setiap tahun


Sentiasa Berkesan

Kami Menjamin Keberkesanannya

Bukti Saintifik & Klinikal:
 100 laporan saintifik &; Kajian Landmark 2007

Shaklee menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.

Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.


Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.
Penjelajah Bertaraf Dunia & Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.


1983 | Mount Everest | First American ascent without Oxygen
Gunung Everest
Pendakian warga Amerika yang pertama tanpa bekalan oksigen.
1986 | Voyager | 1st non-stop flight around world
Voyager
Penerbangan tanpa henti yang pertama mengelilingi bumi.
1986 | Will Steger | Olar Exploration
Will Steger
Penjelajahan luncur anjing ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic.
1987 | Daedalus | First human powered flight across Aegean
Daedalus
Penerbangan dengan kuasa kayuhan manusia yang pertama menyeberangi Laut Aegean.
1993 | Daedalus | First human powered flight across Aegean
NASA
Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde – minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle.

Sentiasa Mesra Alam

Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Shaklee terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk Shaklee Always Green. 

Shaklee sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Shaklee berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan Shaklee melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. 

Shaklee telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.

Salam sayang,

0192484428

No comments:

Post a Comment