September 26, 2014

Perkara Larangan dan Harus Ketika Haid

Teks: Kizeewatty Zainal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

 Semasa wanita didatangi haid atau 'datang bulan' ada beberapa perkara yang dilarang di dalam Islam dan merupakan ilmu paling umum yang perlu diketahui. Antaranya:
  • Melakukan hubungan suami-isteri
Haram sama sekali bagi suami melakukan hubungandegan isterinya yang didatangi haid. Maimunah isteri Rasulullah SAW berkata :

“Rasulullah SAW mencumbui isteri-isterinya selain yang di bawah kain sarung, sewaktu mereka dalam haid.” 

Suami yang ingin mencumbui tubuh isterinya yang sedang haid di antara pusat hingga lututnya. Itu pun disyaratkan wanita itu memakai kain sarung. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan suami menyetubuhi isterinya. Dari Ikrimah yang mendengar sebahagian isteri-isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa :

“Adalah Rasulullah jika inginkan sesuatu dari tubuh isterinya yang haid, baginda menutup kemaluan isterinya dengan kain.” 
(Riwayat Abu Daud)
  • Larangan menetap di dalam masjid berdasarkan pandangan sebahagian ulama. 
Hadis daripada Ummu ‘Atiyyah RA yang berkata:
“Kami diarahkan agar dibawah juga para hamba, wanita yang berhaid pergi solat dua hari raya agar mereka menyaksikan kebaikan dan doa para muslimin. Dan (hendaklah) wanita yang berhaid menjauhi tempat solat.”  
(HR al-Bukhari dan Muslim)
  • Larangan suami menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang berhaid. 
Jika talak berlaku ketika isteri haid, maka talak ini dinamakan oleh para ulama sebagai Talak Bid’ie.
  • Larangan menyentuh mashaf al-quran berdasarkan pandangan yang lebih rajih. 
Hadis daripada ‘Amr bin Hazm yang menceritakan di dalam surat yang ditulis oleh Nabi SAW kepadanya ada terdapat ayat:  

“Dan tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.”  
 (HR al-Daraqutni, Ahmad dan Malik. Al-Albani
  • Larangan Tawaf di Kaabah dengan ijma’ ulama.
Hadis daripada ‘Aisyah RA menceritakan beliau didatangi haid ketika hendak melakukan haji. Lalu sabda baginda kepadanya:  

“Lakukan apa-apa yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, melainkan jangan engkau tawaf di Kaabah sehinggalah kamu suci (daripada haid).” 
(HR al-Bukhari dan Muslim)
  • Larangan berpuasa dengan ijma’ ulama. 
Sama ada puasa fardhu, nazar, sunat dan kaffarah 
  •  Larangan menunaikan solat dengan ijma’ ulama
Sama ada solat fardhu, solat nazar, sunat dan termasuk juga solat jenazah. Dalil bagi larangan ini berdasarkan dari sebuah hadis Abi Sa’ied al-Khudriy, baginda bersabda:

“Bukankah seseorang  wanita apabila berhaid, dia tidak perlu solat dan berpuasa.” 
(HR al-Bukhari dan Muslim)


Antara perkara-perkara dan persoalan yang apabila dilakukan jatuh pada hukum harus adalah:
  • Makan Ubat Supaya Datang Haid
Diharuskan menggunakan ubat-ubatan yang mendatangkan haid dengan syarat bukan sebagai helah untuk meninggalkan ibadah seperti tidak solat dan berbuka pada bulan Ramadhan. 

Mendapat izin suami kerana sengaja mendatangkan haid akan menggugurkan hak suami dari dua sudut, pertamanya ialah menghalangnya daripada bersetubuh dengan isterinya. 

Keduanya menghalangnya untuk merujuk semula dalam kes penceraian, iaitu isteri sengaja mendatangkan haid supaya tempoh iddah berlalu dengan cepat sehingga seandainya suami ingin merujuk semula, dia tidak sempat untuk berbuat demikian.
  • Menghalang Atau Menunda Haid
Diharuskan menggunakan ubat-ubatan yang menegah haid dengan syarat tidak berlaku mudarat ke atas dirinya. Jika mengakibatkan mudarat maka ia diharamkan berdasarkan firman Allah yang berbunyi :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” 
 (Al-Baqarah : 195)

Boleh bagi wanita yang memakan ubat untuk menghalang keluarnya darah haid dengan tujuan supaya ia dapat menghabiskan puasa Ramadhannya, boleh mengerjakan segala amalan haji dan sebagainya. Tetapi, sekiranya darah masih keluar, maka ia tetap dikira sebagai darah haid.


Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment