September 3, 2014

Jangan Merendahkan Orang Lain.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak di kalangan kamu (lelaki dan perempuan ) mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain, kerana boleh jadi puak yang dicemuh itu lebih baik daripada yang mencemuh ; dan janganlah kamu menyatakan keaiban orang lain dan jangan pula kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk."
( Al-Hujurat : 11 )

 
Semua orang mahu dirinya dihormati. Semua orang suka dipuji dan tidak mahu dicaci. Oleh itu kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu jika ingin orang lain menghormati diri kita. Jika kita mahu dihormati, kita hendaklah berkelakuan baik, mengawal tingkahlaku daripada perbuatan yang tidak elok terhadap orang lain. 



gambar carian google

Apabila kita kurang menghormati orang lain, maka kita mudah bersangka buruk terhadap orang sekeliling kita. Kita rasa kitalah yang terbaik, kitalah yang tahu serba serbi, apa yang kita lakukan adalah betul di pandangan mata sendiri. Fikir yang baik-baik tentang orang lain maka kita takkan mudah buruk sangka pada mereka, tidak mudah merendahkan mereka.

Maha Suci Allah yang mencipta tiap ciptaan berfaedah dan tanpa sia-sia. Lebih baik kita alihkan tenaga kita dengan melakukan kerja yang lebih berfaedah untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Ingat ya, Fikir yang baik. Fikir yang positif saja.


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal  

0192484428
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
CEO Kizee Healthyvita

No comments:

Post a Comment