September 1, 2014

Produk Shaklee Malaysia Halal

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Terlalu banyak desas desus di FB tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya produk Soy Lecithin – Dietary Supplement, yang disyaki menggunakan gelatin daripadacampuran lembu dan babi.

Pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada menjelaskan bahawa:

“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi”.

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan, produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat. Manakala, produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat. Pada awal Januari 2013 pula, pertanyaan melalui email telah dihantar kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal.

Sijil Halal Shaklee 27 Jan 2014 dari ISA yang diiktiraf JAKIM

Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E. Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia. ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yangdiiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428

atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal   
Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  
 
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee


No comments:

Post a Comment