July 11, 2013

Perancangan Allah

Teks: Kizeewatty Zainal

Hari ini hari kelam kabut saya. Masuk ke pejabat kerja sudah melambak, perlu disiapkan segera. Ditambah lagi emel daripada rakan sekerja yang  menggesa untuk disiapkan apa yang diminta. Beginilah situasi yang saya hadapi hari- hari. Tepat pukul 8 pagi kepala saya ligat berpikir mengatur rancangan sambil tangan menekan papan kekunci mencari kerja mana yang harus diberi keutamaan dahulu.
Tiba-tiba saya teringat ada lagi satu perkara penting yang harus saya selesaikan dalam masa 2-3 hari ini. Kerana ingin bercuti panjang segala kerja pejabat dan peribadi perlu disiapkan. Seketika saya rasa buntu dan kosong. Mampukah saya selesaikan semuanya. Ya Allah banyaknya kerja saya.
Saya termenung seketika, "Ya Allah kau permudahkanlah". Dalam hati tak putus-putus saya berharap dan berdoa.
Alhamdulillah, menjelang petang setiap satu kerja pejabat saya selesai. Saya tersenyum puas. Barulah hati rasa tenang untuk bercuti.
Sekrang saya ingin ajukan soalan. Apakah yang anda nampak dari situasi di atas? Adakah dengan hanya usaha dan perancangan, manusia boleh dan mampu menyelesaikan masalah? Adakah dengan kepandaian dan kebijaksanaan sendiri, kita boleh berjaya di dunia ini. Jawapannya tidak. Kerana dengan perancangan teliti dan usaha tanpa doa dan tawakal kepada Allah, kita sebenarnya tidak akan boleh berjaya. Mungkin berjaya di dunia tapi bukan di akhirat. Kerana kejayaan di dunia  tidak akan mendapat keberkatan untuk membolehkan kita berjaya di akhirat kelak. Situasi di atas hanyalah perkara kecil yang sering berlaku dalam hidup kita. Akan tetapi melalui perkara dan masalah kecil inilah kita kena belajar mengharap yang terbaik daripada Allah.
Setiap cubaan dan ujian yang Allah beri kepada kita adalah cara Allah menzahirkan tahap keimanan kita kepada Dia, kebergantungan kita padaNya. Itu bermakna yang Dia ingat dan sayangkan hamba-Nya. Dan sesungguhnya hanya pada-Nya tempat kita berharap dan mengadu. Dia tidak pernah sesekali berpaling daripada mendengar segala rintihan hamba-Nya. Oleh itu janganlah kita lalai dan hanyut dengan keegoan diri hinggakan kita berasa diri sudah cukup hebat di alam maya ini. Kita ini hanyalah makhluk yang lemah dan mudah alpa. Tidakkah kita sedar bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada hamba-Nya. Tidak guna jika kita hanya pandai menerima tetapi tidak pandai memberi. Apa yang diterima hendakla kita berterima kasih dan bersyukur dengan sujud dan tawakal pada-Nya.

2 comments:

  1. Salam Sis Kizeewaty...

    Selamat Berpuasa :)
    Bila terkadang terlalai dr mengingati-Nya saya terasa hidup mcm kosong saja. Mcm serba tak kena. Cepat2 istighfar semula. Belajar tetapkan hati buat semuanya kerana Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis Mariatul
      Selamat Berpuasa juga..
      saya pun same ..saya selalu ingt Dia bila susah..pdhal kita kne sentiasa ingt Allah setiap saat.. kita sama2 muhasabah diri ye Mariatul. Insya Allah ade keberkatan dunia akhirat..Amiinnn

      Delete