Assalamulaikum w.b.t
Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita. Kita hanya akan sedar kehadirannya bila kita merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah dan kita akan terasa kehilangannya apabila kita sudah jatuh sakit atau didiagnosis dengan penyakit kronik.
Kenapa kita perlu mengambil vitamin dan suplemen?
- Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
- Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien.
- Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
- Makan mengikut selera rasa dan kurang berkhasiat.
- Buah-buahan dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar.
- Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
- Kehilangan nutrien dalam makanan.
Mengikut kajian 2 daripada setiap 5 orang dewasa rakyat Malaysia adalah gemuk atau obes, 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia adalah pesakit kencimg manis dan 1 daripada 6 kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung. Angka ini bertambah dan bertambah setiap tahun, bulan, minggu, jam, minit dan saat. Adalah tidak mustahil kerana pada zaman sekarang bayi yang baru lahir juga tidak ketinggalan dari menghidapi penyakit-penyakit kronik.
Oleh itu saranan saya, amalkan gaya dan pemakanan yang sihat di samping pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi. Positifkan diri dan jangan serap segala stress sekeliling ke dalam diri kita. Sekali sekala bersenamla ikut kemampuan dan hirup udara yang segar di luar sana.
No comments:
Post a Comment