Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Salam pagi Khamis. Alhamdulillah. Selagi lagi kita diberikan rezeki Allah, hidup sehari lagi di muka bumi-Nya ini.
Saya selalu diajukan soalan, apa yang saya dapat dengan berbisnes separuh masa, di masa yang sama masih lagi menyandang kerja di syarikat swasta?
Jawapan saya mudah sahaja, ini merupakan persediaan saya bergelar WAHM sepenuh masa. Maka saya mulakan dengan mencari bisnes yang boleh dijana dihujung jari, dari rumah sahaja. Pilihan saya adalah dengan berkongsi kebaikan vitamin dan makanan tambahan Shaklee. Bukankah bisnes perniagaan itu merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w kita?
Baiklah. Apa itu WAHM? Apa itu SOHO? Definisi ini senang saja kita google untuk mencari jawapannya. Tapi apakah persediaan dan cabaran sebagai seorang WAHM.
Bagi saya pula menjadi WAHM bukan setakat meniaga dan menjalankan bisnes dari rumah, tapi emosi dan momentum perlu sentiasa menjulang tinggi, perlu menjadi positif dan menepis rintangan yang mendatang. Jatuh bangun perlu semangat dan cekal, tidak mudah putus asa.
Di kala emosi yang turun naik, saya baca kembali E-Book Super Wahm Super Mom, memang sangat sesuai dijadikan idea dan bacaan motivasi supaya semangat tidak merundum, tidak lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran dan rintangan yang hadir.
Setiap kali baca pasti saya semakin bersemangat. Fikir balik apa tujuan dan kehendak sebenarnya yang kita mahu dalam menguruskan keluarga dan menjana pendapatan dari rumah.
*************************************************************************************************************************
Teks Asal : Masayu Ahmad
E-Book Super Wahm Super Mom - harga RM25 |
Sedikit sedutan daripada E-Book Super Wahm Super Mom:
[Strategi Pemasaran Rasulullah]
[Strategi Pemasaran Rasulullah]
"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."
(Surah Al-Ahzab:21)
Muhammada s.a.w adalah model usahawan
menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam, sejarah
sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.awa adalah seorang pedagang berjaya dan
reputasinya setanding antarabangsa.
Sudah diasuh sejak dari kecil
Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy
mencapai kejayaan dalam bidang perdagaganga. Sejak kecil, berada dalam asuhan
datuknya seorang pedangan ulung, Abdul Mutalib.
Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal
bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang
perniagaan secara kecil-kecilan. Pada masa itu, baginda memberli barang-barang
dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.
Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong
sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.
Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain
untuk mendapatkan upah, dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang
ada di kota Mekah.
Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda
terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya.
Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu
usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.
Usahasama dengan janda kaya Khadijah
Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan
dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang
ditekuni. Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan
baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.
Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola
(mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal). Mereka
sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan. Masa sulit yang dihadapi
Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17
hingga 20 tahun. Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang
jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.
Bisnes bukan sekadar keuntungan material,
tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.
"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di
petang hari dan merasakan keletihan kerana dia kedua-dua tangannya
bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendaoat ampunan Allah
s.w.r (HR.Tabrani)
-Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah
praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.
Ciri-ciri usahawan produktif
1. Sentiasa berikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha
luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di
tangga.
2. Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti
yang dilakukan dipermudahkan.
3. Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.
4. Berfikiran positif (husnuzham)
5. Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan
cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.
Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan
1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
- Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah
kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu.
Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari
krisis ekonomi dan kemiskinan.
- Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinah.
Ketika tempoh berada di Madinah, baginda menghadapi masalah dakwah
Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
- Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari
Mekah ke Madinah yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda
berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
- Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan
permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula
orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih
berada dalam kekuasaan mereka.
- Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan
iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan
kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah
pengangguran.
Untuk mengatasi tiga masalah tersebut,
Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah
terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama
masih berlandaskan prinsip agama.
Setelah kestabilan dicapai, baginda juga
mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi
perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam
menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.
*************************************************************************
Terokai E-Book Super Wahm Super Mom di:
Bagi anda yang berminat menempah E-Book harga RM25 , sebarang pertanyaan hubungi saya melalui :
FB Official :Kizeewatty Zainal
SMS WHATSAPP PM : Kizee 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
atau isi borang tempahan di sini
No comments:
Post a Comment