السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
Semasa wanita didatangi haid atau 'datang bulan' ada beberapa perkara yang dilarang di dalam Islam dan merupakan ilmu paling umum yang perlu diketahui. Antaranya:- Melakukan hubungan suami-isteri
“Rasulullah SAW mencumbui isteri-isterinya selain yang di bawah kain sarung, sewaktu mereka dalam haid.”
Suami yang ingin mencumbui tubuh isterinya yang sedang haid di antara pusat hingga lututnya. Itu pun disyaratkan wanita itu memakai kain sarung. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan suami menyetubuhi isterinya. Dari Ikrimah yang mendengar sebahagian isteri-isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa :
“Adalah Rasulullah jika inginkan sesuatu dari tubuh isterinya yang haid, baginda menutup kemaluan isterinya dengan kain.”
(Riwayat Abu Daud)
- Larangan menetap di dalam masjid berdasarkan pandangan sebahagian ulama.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
- Larangan suami menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang berhaid.
- Larangan menyentuh mashaf al-quran berdasarkan pandangan yang lebih rajih.
“Dan tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.”
(HR al-Daraqutni, Ahmad dan Malik. Al-Albani
- Larangan Tawaf di Kaabah dengan ijma’ ulama.
“Lakukan apa-apa yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, melainkan jangan engkau tawaf di Kaabah sehinggalah kamu suci (daripada haid).”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
- Larangan berpuasa dengan ijma’ ulama.
- Larangan menunaikan solat dengan ijma’ ulama.
“Bukankah seseorang wanita apabila berhaid, dia tidak perlu solat dan berpuasa.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Antara perkara-perkara dan persoalan yang apabila dilakukan jatuh pada hukum harus adalah:
- Makan Ubat Supaya Datang Haid
Mendapat izin suami kerana sengaja mendatangkan haid akan menggugurkan hak suami dari dua sudut, pertamanya ialah menghalangnya daripada bersetubuh dengan isterinya.
Keduanya menghalangnya untuk merujuk semula dalam kes penceraian, iaitu isteri sengaja mendatangkan haid supaya tempoh iddah berlalu dengan cepat sehingga seandainya suami ingin merujuk semula, dia tidak sempat untuk berbuat demikian.
- Menghalang Atau Menunda Haid
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(Al-Baqarah : 195)
Boleh bagi wanita yang memakan ubat untuk menghalang keluarnya darah haid dengan tujuan supaya ia dapat menghabiskan puasa Ramadhannya, boleh mengerjakan segala amalan haji dan sebagainya. Tetapi, sekiranya darah masih keluar, maka ia tetap dikira sebagai darah haid.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment