Assalamualaikum w.b.t
Makan mana kita hari ini?
Selesai sudah beraya di Pontian hari ini. Kami tiba di Muar selepas maghrib. Perut dah berkeroncong. Maka kami sekeluarga melencong ke Parit Jawa. lokasi utama asam pedas Pantai Leka Parit Jawa.
Apabila ke sini Gerai No 4 menjadi pilihan kami. Segala lauk sudah siap dimasak, hanya perlu pesan dan segalanya dihidang dengan sekelip mata.
Gerai No.4 Pantai Leka Parit Jawa |
Kami pesan 6 pinggan nasi, 2 telur dadar, 2 ekor ikan caru goreng, 1 ekor asam pedas ikan merah dan 4 air, harganya hanya RM60 sahaja. Jangan risau, semestinya ikan-ikan di sini manis dan segar-segar ya.
Asam pedas ikan merah Pantai Leka Parit Jawa |
Sharing is caring
Kizeewatty Zainal
#PengedarShaklee
#PasirGudang
#ParitJawa
#PantaiLeka
No comments:
Post a Comment