December 2, 2015

10 PERKARA PERLU KITA LAKSANAKAN JIKA INGIN SESEBUAH PERSATUAN/GROUP ITU KEKAL LAMA.

Assalamualaikum wbt

1.  Dipermulaan setiap hari sebaiknya didahului ucapan salam dan doa.

2.  Jawablah salam tersebut walaupun cuma seorang saja yg mampu menjawabnya.

3.  Kirimlah apa saja Artikel agar grup tidak terlalu sunyi.  Artikel yg Lucu utk menghiburkan. Artikel yg berguna sbg ilmu pengetahuan. Semua itu sbg sedekah jariah kita.

4. Semua ahli biar sama2 aktif. Tapi sederhana dlm segala hal.

5.  Sesekali tunjukkan suasana tempat kita dan apa aktiviti kita, utk lebih merapatkan silaturahim.

6.  JANGAN sekali2 mengirim sesuatu artikel, imej atau video dgn NIAT Untuk Menyindir/perli seseorang dlm Grup. Biasanya ahli grup yg disindir itu akan Faham dgn sindiran itu hingga timbul rasa tersinggung, merajuk dan marah.

7.  Jika berlaku suasana yg tegang dlm grup, maka wajib seseorang cuba damaikan dan redakan ketegangan itu.

8.  Jika berlaku sesuatu perkara yg melukakan hati kita, jgn cepat sangat Left Grup atau marah. Cuba bersabar demi mengekalkan silaturahim.

9. Saling maaf memaafkan dan jangan berdendam demi silaturrahim.

10. Bila terima sesuatu artikel/info, sebaik2nya berilah respon jika perlu seperti*komen* atau berikan tanda spt ini 😍😄👍👏 etc sebagai tanda kita berterima kasih dan menghargai atas usaha org tersebut menyampaikan berita utk kita.


#copas

No comments:

Post a Comment