February 27, 2016

Pesta Layang-layang Pasir Gudang Feb 2016

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Saban tahun MPPG akan mengadakan pertandingan pesta layang-layang di padang Pasir Gudang Johor. Acara ini disertai tiap pelosok negara dari seluruh dunia.







Selalunya pesta ini akan berlangsung pada bulan Feb memandangkan cuaca pada bulan ini agak berangin. Pertandingan akan berlangsung selama 5 hari dari Rabu hingga Ahad.
 




 Layang-layang terdiri daripada pelbagai bentuk daripada binatang hingga ke Wau Bulan. hinggakan perbadanan kerajaan juga menghantar wakil-wakil mereka. Segala jenis kategori dipertandingkan, layang-layang paling lama terbang, paling tercantik dan sebagainya.




Bagi ibu-bapa inilah masa membawa anak mereka ke sini. Anda boleh beli atau buat sendiri layang-layang dan bermain bersama. Ada juga disediakan tempat memanah untuk adik-adik junior. tempat makan jangan risau, terlalu banyak gerai-gerai kecil disediakan beserta meja untuk anada menjamu selera bersama keluarga.

 Selain itu pelbagai persembahan dipersembahkan seperti konsert, tarian dan nyanyian Zapin, orkestra dan band-band pancaragan dari sekolah-sekolah berhampiran.

Terdapat beratus khemah dan booth jualan. Sempat jugala saya membeli belah, 2 helai blouse dan 3 helain skirt hanya RM100.

Bagi sesiapa yang rasa sesak, di sini terdapat beratus-ratus parking sekitar padang disediakan. Rela dan polis bantuan sedia membantu.

Have fun today with Amir Azli and my fren Ryanie Fab




Pada waktu petang para peserta mula menurunkan layang-layang masing-masing. Dan para pengunjung pula boleh sambung bermain sampai malam.

Insya Allah tahun depan kita jumpa lagi ya =)


Kizeewatty Zainal

Pengedar Pasir Gudang

Stokis Power Gold Pasir Gudang

#BusinessIsSunnah #EmasKalisInflasi #Shaklee

..

No comments:

Post a Comment