Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt
Dalam perjalanan keluar petang tadi, kami disapa sorang kakak yang menjual kek dari rumah ke rumah.
Rupanya kakak ni dah buat kek marble 100 pcs yang tak dapat diambil
oleh pengedarnya di Singapura kerana telah kematian keluarga. Kesian
sangat sebab stok dah banyak dalam tangan. Kami jiran-jiran pun cuba
tolong, masing- masing promote pada kawan-kawan dalam whatsapp sebelah menyebelah.
Rasa kagum dengan akak ni sebenarnya. Apa yang jadi tak mematahkan
semangatnya walaupun dah penat seharian buat kek dan dalam masa yang
sama dia terima berita yang stok keknya tak dapat dijual.
Hari ini saya belajar sesuatu.
Dalam kehidupan dan bisnes apabila kita jatuh, bangkitlah dengan segera.
Jangan terlalu diulit emosi dan sedih yang berpanjangan, harus
cepat-cepat 'switch' perasaan dan fikiran. Cari jalan penyelesaian dan
bertindak.
Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.
Kitalah penentu hala tuju diri kita sama ada mahu ke depan atau diam
tanpa lakukan apa-apa.
Doa dan tawakal pada Allah, hanya Dia
tempat mengadu dan Dialah yang bakal memberi dan membuka jalan
penyelesaian terhadap segala masalah kita.
Pada kawan-kawan yang kepingin kek marble boleh hubungi Kak Siti Kek 0137745482
No comments:
Post a Comment