April 7, 2014

Tip dan Waktu Pengambilan Vitamin

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit tip dan waktu pengambilan vitamin dan makanan tambahan Shaklee. Saya sering diajukan soalan oleh setiap pengamal vitamin dan pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. 
Tip Pengambilan Vitamin dan Makanan Tambahan:
  • Vitamin Larut Air (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. 
  • Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. 
  • Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  • Lecithin : Diambil bersama vitamin larut lemak yang lain.

Perkara yang tidak digalakkan dalam pengambilan vitamin dan makanan tambahan:
  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. 
  • Mengambil supplemen zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi (Iron) merupakan tambahan dalam VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil keduanya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. 
  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. 
  • Ambillah vitamin dan mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
  • Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi oleh tubuh kita.

Cadangan Pengambilan Vitamin dan makanan tambahan :
  • Selepas sarapan pagi : B complex dan Zink
  • Antara waktu sarapan dan makan tengahari : segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea
  • Antara waktu makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan malam : Ostematrix (kalsium)  , Vitamin E dan Omega (jika ada)
  • Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi  mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap kali waktu makanan utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

Sekiranya kita merasakan cara mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, bolehlah cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Saya doakan rakan-rakan yang mengambil makanan tambahan dan vitamin di luar sana semoga sentiasa sihat. Sesungguhnya, vitamin hanyalah alternatif kesihatan diri kita. 

Walaubagaimana pun kita masih perlu mengamalkan pemakanan gaya hidup yang sihat dengan sentiasa bersenam. Lakukan senaman ringkas di rumah dan sentiasa dan jangan biarkan perut kosong tau menahan lapar semata-mata ingin berdiet. Sentiasa mengunyah tapi pastikan anda makan snek yang sihat.

 

Kizeewatty Zainal @ Kizee Healthyvita
sms whatsapp 0192484428 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang  

2 comments:

  1. Salam. Lama tak datang melawat blog Sis Kizee. Meriahnya blog, cantik. Nak buat macam nilah. Tak membosankan. Luar biasa!!!

    Semoga terus maju jaya!

    Salam Sayang, Maria

    ReplyDelete
  2. wslm puan maria..semangat sentiasa berkobar dgn kawan -kawan blog dan ABDR..sayang kadang-kadang idea terkubur dalam buku..insya allah semua blog kawan-kawan saya tgk lebih kemas drpd saya. saya ni berterabur sikit =)

    terima kasih for the wishes. Selamat maju jaya juga =)

    ReplyDelete