Assalamualaikum
Alhamdulillah. Bila dihitung kembali sudah setahun saya berblogging. Tarikh 1 Julai 2013 merupakan entri saya yang pertama di alam maya.
Kenapa saya pilih blog?
Pernah lihat cara Milo mengiklankan produk mereka. Sedar tak Milo bukan saja beriklan di TV, malah di radio, suratkhabar, pamplet, sampel percuma dan lain-lain. Kita boleh lihat Milo yang sudah 80 tahun produknya, masih lagi tanpa jemu mengiklankan produk mereka setiap hari bukan?.
Pengiklanan Milo banyak melibatkan kos dan memerlukan modal wang yang besar. Bagi peniaga kecil seperti saya pula semestinya mencari yang percuma sahaja buat masa ini. Antara platform pengiklanan yang tidak memerlukan kos adalah Facebook, Blog, Instagram, Twitter, dan sebagainya.
Dan yang menariknya melalui blog ini saya sudah mula menjana pendapatan secara online. Walaupun tidak seberapa mana yang saya dapat tapi untung dan rezeki Allah yang kecil inilah yang saya syukuri.
Melalui pembelajaran blog inilah saya bersua dengan lebih ramai kawan dari dalam dan luar Malaysia, lebih ramai rakan akademi dan lebih ramai manusia positif di atas muka bumi ini. Tanpa mereka momentum saya mungkin terumbang ambing dan sentiasa lemau ataU merudum saja dari hari ke hari.
Bak kata pepatah ingin jadi pandai perlu berkawan dengan orang yang pandai. Alhamdulillah saya mempuyai mentor yang penyabar iaitu Puan Khairunisa dan Puan Masayu yang tidak jemu-jemu mangajar dari A ke Z dan menjawab segala persoalan saya sehingga terbina blog yang saya boleh banggakan ini.
Saya tak sangka yang saya boleh dan mampu menulis. Tidak dapat dinafikan pada permulaannya saya mengambil masa 5 hari untuk menyiapkan satu entry. Berpeluh jugalah saya dan rasa pening nak merangka satu ayat. Suamilah yang menjadi mangsa "kamus"bergerak saya.
Dan kini alhamdulilah, dalam sehari hampir 300-500 kunjungan ke blog ini dan sesekali mencapai sehingga 800 kunjungan. Insya Allah, setiap hari blog ini menuju ke 100,000 pengunjung dan semoga blog ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.
****************************************************************************************************************************************************
Anda ingin mempunyai blog sendiri namun tidak tahu caranya?
Anda ingin mempunyai perniagaan anda sendiri tanpa perlu buka kedai fizikal?
Anda ingin berniaga namun tidak punya modal dan produk?
Anda mempunyai blog sendiri namun ingin menukarkannya menjadi pendapatan sampingan?
Atau anda minat menulis dan berkarya tetapi tidak tahu cara menyalurkannya?
Bagi
anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan
cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan
silu.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya di:
Email : kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
aftar hari ini
sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan
kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!
Salam Sayang
Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog
Pasir Gudang Johor
No comments:
Post a Comment