Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Guru Online: Netty Ah Hiyer
Protege: Hasnita Sawal
Sumber: http://hasnitasawal.blogspot.com/2013/12/saya-sudah-melepasi-fasa-kedua.html
Nama:
Hasnita Sawal
Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi. Major dalam Kewartawanan dan Minor Pengurusan
Pengalaman kerja :
Wartawan Digital Pa&Ma (Mac 2013 - kini)
Wartawan Pa&Ma (2007 - 2012),
Wartawan majalah NUR (2004 - 2007),
Wartawan
Majalah Pa&Ma (2002 - 2004),
Wartawan majalah Sayangku (2000),
Wartawan
majalah Perempuan (1999)
Matlamat saya adalah untuk memulakan kerjaya dari rumah di samping terus mengekalkan minat dan kemahiran dalam bidang penulisan.
**************************************************************************************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Inilah blog protege saya, Hasnita Sawal. Sarat dengan informasi keibubapaan yang mengandungi kisah inspirasi. |
Tik tok tik tok...cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar usia kita semakin bertambah setiap hari. Pernah tak terfikir apa nilai tambah yang kita dah buat setiap hari? Yang pasti kita tak pernah lupa update status di facebook atau berkongsi gambar aksi anak-anak, makanan yang kita makan setiap hari atau lokasi percutian kita. Betul tak?
Kata
ustaz saya, kalau status yang kita tulis tu memberi manfaat dan
mengajak orang berbuat kebaikan, maka In shaa Allah akan tercatatlah
pahala untuk kita. Tapi kalau status yang ditulis itu memaki hamun,
mengutuk, mencerca orang lain, hmmmm...bayangkan apa yang akan kita
dapat selagi mana status itu dibaca dan dilihat oleh orang lain.
Menyedari
hal tersebut, saya mula terfikir untuk mula berkongsi sedikit
pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini dengan sesiapa sahaja yang
sudi membaca. Bukan niat hendak menunjuk tetapi untuk mencari redha
Allah SWT selain untuk menambah saham akhirat agar semua yang membaca
turut mendapat manfaatnya.
Menulis
dan berkongsi apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan
formaliti atau terikat dengan gaya bahasa tertentu tentu sahaja dapat
dilakukan secara percuma di sebuah blog. Tak perlu keluarkan duit,
cukup sekadar mendaftar di blogspot, kita sudah boleh punya catatan
online yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.
Saya
mula menulis blog sejak tahun 2010 (blog lama yang saya ubah namanya
kini). Tetapi sekejap ada sekejap tiada. Tiada bahan atau hala tuju.
Saya sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran. Minat menulis di
blog kembali bercambah tatkala rakan sepejabat yang juga guru Kelas
Asas Blog & Penulisan saya, netty-ahhiyer.blogspot.com 'meracuni' fikiran saya untuk kembali menulis.
Akhirnya
dengan izin Allah saya kembali merajinkan diri menulis entri. Kemudian
Allah buka pula hati saya untuk mendaftar diri dalam Kelas Asas Blog
& Penulisan yang diasaskan oleh sahabat lama Masayu Ahmad. Saya
tidak pernah menganggap diri sudah hebat dengan mempunyai pengalaman
selama 15 tahun dalam bidang penulisan.
Saya tetap menganggap saya perlu belajar setiap hari. Setiap bidang baru yang kita ceburi memerlukan seorang guru untuk membimbingnya. Tanpa guru kita tidak tahu hala tuju kita. Ada orang kata, apa perlunya saya join grup kelas penulisan ini. Jawab saya mudah sahaja, saya memang suka belajar benda baru. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Apakah misi kita? Apakah fokus kita? Apakah impian kita di masa depan?
Saya
idamkan kerjaya WAHM (Working At Home Mom) seperti mana yang telah
dicapai oleh ramai wanita yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Oleh
kerana saya sedar diri saya bukan seperti orang lain yang boleh
bergerak sendiri atau mencapai impiannya secara sendirian, maka saya
sertai grup ini untuk mempelajari bagaimana mencapai impian tersebut.
Awalnya
saya hairan bagaimana kelas penulisan online ini berlangsung? Saya
memberitahu Netty dan Ayu yang saya hanya bersedia untuk memulakan kelas
selepas saya membereskan tugas-tugas rumah tangga saya. Saya tidak mahu
kelas ini mengganggu tanggunjawab utama saya sebagai isteri dan ibu.
Netty
tergelak dan memberitahu yang saya tak perlu risau hal tersebut. Ini
kerana kelas ini berlangsung secara maya dalam masa yang fleksibel pada
bila-bila masa tanpa perlu mengganggu sesiapa pun, asalkan sahaja ada
kemudahan internet, murid boleh bertanya apa sahaja kepada guru
bila-bila masa.
Tugasan
pertama, menjawab soalan analisa nampak mudah tetapi rupanya ia asas
utama paling penting dalam penyediaan diri menjayakan tugasan
seterusnya. Alhamdulillah, menerusi analisa soalan tersebut, guru dapat
memberi panduan di mana kekuatan diri kita. Secara tidak langsung ia
memudahkan kita membuat entri seterusnya mengikut garis panduan yang
disediakan. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bukan
semua orang sama kemampuan dan kemahirannya. Begitu juga kala menulis,
biarpun saya dan rakan-rakan penulis yang lain berkerjaya penulis tetapi
kekuatan gaya penulisan kami adalah berbeza.
Mungkin
sebelum ini saya menulis perkara yang merapu dan kosong sahaja di
blog. Tetapi selepas berguru, saya lebih rasa bertanggungjawab untuk
menjadikan cerita biasa saya adalah luar biasa. Semangat tersebut makin
bercambah selepas ada rakan yang mengucapkan terima kasih di atas
cerita yang saya kongsi. Katanya saya memberi inspirasi kepada dirinya.
Saya rasa cerita saya biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya ia sesuatu
yang menarik bagi orang lain.
Saya percaya setiap daripada kita punya cerita luar biasa yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Daripada kita menulis di facebook sahaja, apa kata kita kongsikan di blog kerana lagi ramai yang boleh membacanya dan In shaa Allah boleh memberi nilai tambah kepada diri kita sendiri.
Tugasan
kedua adalah menulis 44 entri. Mengapa 44 entri? Saya pun pelik pada
awalnya. Tetapi lama-kelamaan saya akui ia penting sebagai latihan awal
supaya kita tidak culas menulis entri. Latihan sebegini amat penting
untuk membolehkan kita konsisten menulis berdasarkan label dalam blog.
Secara tidak langsung, bila ada entri baru pasti ada pembaca baru.
Akhirnya jumlah trafik di blog kita juga bertambah dan saya alami
sendiri perkara tersebut.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana RM melalui penulisan di blog. Kata orang kalau nak belajar lebih baik melalui guru, barulah ilmu itu ada hala tujunya. Tak salah belajar walaupun anda sudah tahu kerana ilmu yang dimiliki lebih baik disebar-sebarkan dan dikongsikan. Sesiapa sahaja boleh menyertai komuniti bisnes yang menarik ini. Jangan risau, ia sesuai untuk sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan keinginan.
**************************************************************************************
Anda ingin mempunyai blog sendiri namun tidak tahu caranya?
Anda ingin mempunyai perniagaan anda sendiri tanpa perlu buka kedai fizikal?
Anda ingin berniaga namun tidak punya modal dan produk?
Atau anda minat menulis dan berkarya tetapi tidak tahu cara menyalurkannya?
Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya di: |
Email : kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
aftar hari ini
sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan
kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!
Salam Sayang,
Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR
Pasir Gudang Johor
No comments:
Post a Comment