Assalamualaikum w.b.t
Bulan Disember tiap tahun amat sesuai untuk bercuti-cuti Malaysia. Tahun ini saya dan keluarga mertua telah ke Penang selama 3 hari 2 malam.
Dalam perjalanan tak sah kalau tak merasa Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang Perak. Nak ke sana amatlah senang, hanya gunakan Waze dan anda tidak akan sesat kerana kedai Mak jah ini betul-betul terletak di tepi jalan. Tempat parking pun banyak di kiri kanan jalan dan juga di belakang dan sebelah kedai. Kawasannya besar dan masih banyak meja dan kerusi kosong walaupun pada waktu makan tengahari yang sibuk.
Nasi Goreng Udang Mak Jah Kuala Sepetang |
Bagi yang mempunyai anak, jangan risau kerana di sini ada dijual makanan biasa seperti nasi putih dan sebagainya. Senang untuk selera anak-anak yang kurang gemar makanan bergoreng.Selain itu ada juga makanan cemil-cemilan seperti sup dan kuih muih.
Jadi jika anda ke utara, pastikan singgah di sini ya. Rugi kalau tak merasa sekali.
Kizeewatty
#PengedarShaklee
#JohorBahru
#ShakleePasirGudang
No comments:
Post a Comment