Teks: Kizeewatty zainal
(Gambar carian Google)
Assalamualaikum
wbt.
Makin hari
perbelanjaan dan harga barang makin meningkat. Harga ringgit makin merundum dan
nilai matawang makin menyusut. Kalu diajukan soalan pada saya, sememangnya saya
bukan pakar hal-hal ekonomi dunia atau negara untuk mengulas lebih lanjut di
manakah nilai matawang kita sekarang. Kuasa membeli semakin meningkat dan
simpanan semakin menyusut. Kita kerap membeli barang yang tidak perlu namun
simpanan berada di tahap yang amat parah.
Namun di sebalik
ribut ekonomi negara ini, apa yang patut kita lakukan? Ingin berenang mengikut atau melawan arus? Sebenarnya apa
yang penting adalah menyediakan pelan yang terbaik bagi menghadapi ekonomi masa akan datang. Salah satunya adalah dengan
menabung.
Hari ini saya
ingin kongsikan beberapa jenis tabung yang saya simpan secara konsisten sejak
dari bulan May tahun lepas. Cara ini saya pelajari setelah saya menghadiri
seminar IMKK selama 4 hari pada bulan Julai 2013.
Langkah utama
adalah menetapkan peratusan perbelanjaan dan simpanan. Perbelanjaan ini di
panggil ‘necessity’ manakala simpanan di panggil ‘saving’. Necessity ini termasuk perbelanjaan dapur,
makan minum, pakaian, insuran, hutang, kenderaan, bil perubatan dan utility
(bil api, air dan internet). Katakan necessity anda adalah 55% sebulan, maka
saving anda pula adalah 45%. Kalau necessity anda adalah 70% sebulan, maka saving
anda pula hanyalah 30%.
Gunakan peratusan ini sepanjang tahun dan sampai
bila-bila, peratusan ini boleh bertukar mengikut keadaan kewangan asalkan
peratusan saving tidak mencapai tahap
0%. Ini tidak digalakkan sama sekali. Jangan amalkan berbelanja dahulu menyimpan
kemudian, sepatutnya menyimpan dahulu barulah belanja pada yang perlu.
5 Tabung Wajib Ada Pada Tiap Individu. |
Kita ambil contoh necessity 70%, maka saving pula 30%daripada
jumlah gaji bersih. Daripada peratusan simpanan (saving) ini saya pecahkan
kepada beberapa bahagian tabung dan peratus. Sebagai peringatan tabung-tabung
ini bukan disimpan di dalam balang kuih, pasu atau tin-tin biskut di rumah.
Duit tabung-tabung ini perlu di simpan di dalam bank simpanan masing-masing.
Lebih banyak bank lagi bagus.
Di sini saya ambil contoh pecahan 55% necessity dan 45% simpanan. Mari kita lihat pecahan 45% simpanan dan fungsi-fungsinya.
Tabung Long term – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Tabung Long Term pula tabung untuk simpanan jangka lama. Bagi saya tabung ini merupakan Tabung simpanan Umrah dan Haji saya. Sememangnya saya sudah melakukan potongan gaji untuk mengerjakan haji namun 20-30 tahun akan datang perbelanjaan semakin meningkat. Berkemungkinan potongan gaji saya hanya cukup-cukup makan. Maka saya menyimpan sedikit untuk perbelanjaan yang lebih selesa.
Tabung Financial Freedom – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Duit simpanan di dalam tabung ini akan digunakan untuk mencapai tahap bebas hutang- hutang besar seperti hutang rumah, kereta dan lain-lain.
Tabung Fun – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Tabung fun merupakan tabung yang akan kita guna
apabila pergi melancong atau berjalan-jalan bersama keluarga. Segala
perbelanjaan petrol, sewa hotel, makanan dan lain-lain untuk sebarang aktiviti
pelancongan akan dikeluarkan daripada tabung Fun ini.
Tabung
Education – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Tabung Education pula merupakan simpanan apabila kita
ingin menambah ilmu atau meningkatkan kemahiran diri dalam sesuatu bidang. Contohnya jika kita berminat dalam pelaburan
saham, tabung ini harus digunakan untuk membayar yuran dan menghadiri seminar
saham, atau membeli buku atau software yang berkaitan dengan ilmu yang ingin
kita pelajari. Mungkin juga ini tabung yang akan digunakan jika kita ingin
sambung belajar ke peringkat Diploma, ijazah atau Master PHD. Atau simpanan tabung ini digunakan untuk membeli hartanah atau emas.
Tabung Charity
dan Zakat – wajib dilabur 5% daripada gaji bersih.
Seperti yang
kita tahu, peratus wajib zakat hanyalah 2.5% daripada gaji bersih. Tapi takkanlah kita hendak
melakukan yang wajib sahaja. Apa kata kita ringan-ringankan tangan bersedekah.
Sedekah itukan sunnah dan menyuburkan lagi rezeki kita. Jadi di sini saya
cadangkan 2.5% sedekah dan 2.5% lagi peruntukan untuk zakat.
Bagaimana pula kalau
kita sudah mengeluarkan zakat melalui potongan gaji? Perlukah kita kecilkan
peratusan tabung ini kepada hanya 2.5%? Jawapan saya mudah- laburkanlah semua
5% ini kepada sedekah. Insya Allah akan dibalas berlipat
kali ganda lagi kepada kita. Ameen.
Pernah satu
soalan diajukan kepada saya, bagaimana pula dengan insuran dan cukai jalan
kereta yang hanya perlu dibayar sekali setahun bukannya bulanan seperti bil-bil yang lain. Mungkin juga bayaran sekali setahun ini akan kita ambil daripada tabung
‘fun’ atau ‘financial freedom’ dan
akhirnya tabung ini akan kosong kembali nilainya.
Jawapan saya
untuk di atas ini juga amat mudah- buka satu lagi tabung untuk insuran dan
cukai jalan kereta bermula dari bulan pertama. Cari peratusan yang sesuai
supaya apabila sampai tarikh untuk membuat pembayaran, jumlahnya sudah cukup
tanpa perlu kita usik tabung yang lain.
Dengan itu
kawan-kawan yang budiman, mulalah menabung dari sekarang. Tiada apa yang perlu
dirugikan kerana amalan ini mampu mendisiplinkan diri dan contoh terbaik kepada
anak cucu cicit kita. Ini juga merupakan satu langkah sihat kepada hidup bebas
hutang. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment