Teks: Kizeewatty zainal
Assalamualaikum wbt
Berikut merupakan ulasan Pn. Leeya Mokhtar mengenai Kelas Asas Blog di Akademi Bekerja di Rumah.
Guru Online : Pn Zaila Mohamad
Sumber : http://norliaamatmohtar.blogspot.com/2015/05/bisnes-bakeri-di-rumah-testimoni-kelas.html
Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Sumber google
Assalamualaikum
Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home mom (WAHM).
Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi sepanjang tempoh ini.
Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu yang mudah
tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak tanpa
jagaan orang lain.
Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan hasrat
untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang
diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak
berumur mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya
tidak fikir panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga
dengan anak-anak kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya.
Bagi mereka tiada istilah ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa
itu, hanya senyum dan pergi. Tidak mahu memanjangkan atau bertengkar
dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan mereka.
Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri. Saya ada
terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung
tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca
satu artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih
dikenali sebagai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan
perkongsian artikel tersebut saya terus mencari artikel-artikel
berkaitan dengan ABDR dan cara untuk mendaftar sebagai ahli. Di situlah
titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian diperkenalkan dengan Cikgu
Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di bawah bimbingan guru
online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh, menggunakan
bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk membina
fanpage untuk beriklan dan berniaga.
Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.
Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.
Bagi saya guru-guru yang mengajar sangat komited, tidak lokek ilmu dan
bersedia membantu. Ini kerana apabila belajar dalam talian masa pelajar
membuat tugasan adalah sangat tidak menentu. Acap kali guru online
memberitahu penjenamaan diri amat penting dalam bisnes yang berpaksikan
alam maya ini. Kita mungkin tidak kenal siapa pelanggan dan dari mana
mereka datang, jadi jika kita menggunakan penjenamaan diri kita sendiri
dengan mudah pelanggan akan megingati kita berdasarkan perkongsian di
dalam blog. Jadikan setiap entri yang kita kongsikan sebagai kad bisnes
dengan meninggalkan nombor untuk dihubungi. Perkara sebegini jika saya
tidak menjadi ahli ABDR memang saya tidak akan ambil pusing. Padahal
inilah cara yang sebenar berbisnes dengan menggunakan blog.
Secara keseluruhannya, saya sangat berterima kasih kepada pengasas ABDR,
Pn. Masayu Ahmad kerana telah mengasaskan Akademi Bekerja Dari Rumah.
Komuniti ini benar-benar sangat membantu suri-suri yang mahu menjadi
WAHM yang mungkin mereka tidak tahu mahu bermula dari mana. Segala
perkongsian dapat membantu insan yang baru bertatih sebagai WAHM seperti
saya. Saya juga berharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana untuk bekerja
dari rumah dan mendidik sendiri anak-anak, memandangkan semakin ramai
muda-mudi terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Didikan
sepatutnya bermula dari rumah dan kita tidak boleh mengharap kepada
guru-guru untuk mengajar anak-anak kita semata. Marilah kita sama-sama
membina masa hadapan.
Jika anda berhajat untuk turut serta dan belajar bagaimana untuk membina
blog dan fanpage berpengaruh bolehlah bergabung dengan kami. Disamping
dapat menjadi ahli ABDR yang akan menyokong diantara satu sama lain bagi
WHAM. Di sini kami akan berkongsi cerita dan pengalaman untuk menjadi
panduan kepada yang lain. Jika mahu berniaga tetapi tidak tahu dimana
mahu bermula, pilihlah untuk bersama kami. Terdapat beberapa pakej kelas
asas blog yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Boleh terus berhubung
dengan saya berkaitan pakej yang ditawarkan.
Sharing is Caring
Kizeewatty
#AkademiBekerjadiRumah
#KelasAsasBlog
Kizeewatty
#AkademiBekerjadiRumah
#KelasAsasBlog
No comments:
Post a Comment