March 6, 2014

Mulakan Langkah Pertama Anda Dengan Blog

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Anda ada produk dan ingin bisnes secara online, tapi tidak tahu bagaimana di mana ingin bermula?

Mari sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah. Saya akan bimbing anda untuk bermula.

Daftar di salah satu kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan

atau 

2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes

Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog dan fanpapge di facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). 

Siapa yang sesuai untuk kelas ini? 

✔ Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
✔ Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
✔ Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. 

Apa yang anda akan belajar? 

✔ Bina Blog KEDAI ONLINE anda sendiri
✔ Menulis secara konsisten
✔ Buat borang tempahan
✔ Membuat jenis-jenis entri
✔ Membuat fanpage di Facebook
✔ Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?

✔ Kelas dijalankan secara ONLINE, tidak perlu ke mana-mana hanya dari rumah anda sendiri.
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan. 
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa. 
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar

Apa syarat yang perlu ada? 

Laptop/komputer  
Talian internet
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN dan KESUNGGUHAN

Bagi anda yang masih tertanya-tanya apa itu blogging dan apa manfaatnya pada diri anda, jom baca di sini. Antara pakej-pakej yang berbaloi untuk anda sertai seperti di bawah:


Pilih Yuran 1
Yuran Pakej 1 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Percuma 1 E-Book
atau
Pilih Yuran 2
Yuran Pakej 2 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma 3 E-Book
atau
Pilih Yuran 3
Yuran Pakej 3 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma 4 E-Book

Berminat untuk sertai akademi? 

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  


Pendaftaran kelas boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053
CIMB         7042019768

dan isi borang tempahan di sini

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya di:
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!
 
Salam Sayang

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga Akademi
Pasir Gudang Johor


Life Coaching "Branding Yourself and Business Strategies"

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, peluang secara besar-besaran kepada semua yang berminat khususnya suri/sura rumah yang serius mahu bekerja dari rumah, suri bekerjaya dengan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa.

Life Coaching "Branding Yourself Strategies" ini dibawakan khas untuk anda oleh guru online kami Puan Khairunnisa Hamzah atau lebih dikenali sebagai Nisa NuaStrategi ini sangat berguna dan diperlukan untuk meningkatkan pelanggan dan potensi hebat bagi Professional, Perkhimatan, Perniagaan, produk, kelas dan seminar yang dianjurkan dan sebagainya.

Life Coaching "Branding Yourself and Business Strategies"


*******************************************************************************************************

Sedikit perkongsian dan latar belakang Khairunnisa Hamzah:~

Buat pertama kalinya saya berani kan diri untuk berkongsi di khalayak ramai setelah 8 bulan bersiaran dan coaching kelas secara online (atas talian)

Mungkin ada yang perasan dan mengikuti perkembangan saya sikit demi sedikit. Dan mungkin ada juga yang tak perasan langsung 

Yang membangkitkan semangat saya untuk buat juga sesi live ini kerana saban hari, setiap masa, message bertubi masuk ke inbox. Minta tips, minta motivasi, minta langkah demi langkah. Sampai ada yang kecil hati saya tak sempat membalas.

Saya Ibu yang bekerja di rumah. Ada anak suami dan aktiviti keluarga. Ada tempahan rekabentuk yang perlu disiapkan. Jadi saya mahu kumpulkan masa saya untuk 1 hari live coaching bagi saya dedahkan step by step dengan cara akademi bekerja di rumah serta dengan cara saya sendiri.

Yang pasti, ada sesuatu yang saya akan kongsikan tentang :
"Branding Yourself Strategies "

Untuk apa? untuk memberitahu orang ramai akan perkhidmatan dan perniagaan kita, agar kita tidak sempat termenung, dan tidak perlu putus asa dan tutup kedai. Terutamanya bagi mereka yang professional. Ramai juga sahabat yang professional menganggap perkerjaan sekarang ini tidak masyuk lalu mula lah jual baju, tudung, makanan dan sebagainya. Tahukah kalian ibu bapa hantar anaknya berapa lama untuk dapatkan ijazah bagi kelulusan professional tersebut? Mari kita sama-sama melangkah semula. Let people know our services, Let people know our business!

Untuk sesi permulaan ini, atau sesi sekali ini saja, Tempatnya terhad kepada 50 orang peserta sahaja.

Mohon untuk sebarkan bersama agar mereka yang nak tahu caranya boleh hadir dan dengar sendiri caranya serta boleh melakukan seperti apa yang saya dan rakan akademi bekerja di rumah lakukan. Atau mungkin boleh buat lebih dari itu.

Sifu saya kata kalau dah tahu cara, wajib kongsikan. Jika mahu tahu, jemput hadir bersama. Orang kata, jika siapa dapat sesi pembelajaran yang pertama kali selalunya akan untung sebab coach belum tahu nak bahagikan ilmunya. Semuanya didedahkan dalam masa satu hari 


******************************************************************************************************

Apa BONUS yang akan anda dapat?

1. Pendedahan Dan Latihan Langkah Demi Langkah Teknik Asas Bloging Untuk Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. (bernilai rm300)

2. Pendedahan Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri (bernilai rm300)

3. Pendedahan Cara Untuk Design (Merekabentuk) Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. (bernilai rm300)

Ketiga-tiga ini adalah teknik mudah untuk menjemput rezeki 

Peserta juga akan DIBERIKAN 2 EBOOK pada akaun email masing-masing:
a) Ebook Belajar Asas Blog - Penulisan Puan Masayu Ahmad (bernilai rm50)
b) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku- Penulisan Khairunnisa Hamzahara (bernilai rm50)

Bukan itu sahaja. Semua akan membawa pulang HADIAH yang sangat istimewa iaitu:
Senaskah BUKU JANA RM DI RUMAH oleh Puan Masayu Ahmad di dalam bengkel ini nanti.
(bernilai rm20)

Apa yang bakal anda pelajari,
Apa yang bakal anda dengari,
Apa yang bakal anda lihat,

Insyaallah dengan IzinNya, anda juga boleh berjaya untuk memperkenalkan perkhidmatan dan perniagaan di mata orang ramai sekiranya anda mempraktikkannya. Apa akan jadi apabila orang ramai mengetahui perkhidmatan dan perniagaan anda? Anda akan jadi huru-hara  tak menang tangan untuk menerima permintaan. Janji anda buat apa yang sudah di ajar. Berilmu tanpa beramal, ianya pasti akan sia-sia. Saya pasti jika anda menggunakan teknik yang diberikan, setakat yuran yang dibayar ini, sudah pasti mampu membawa pulangan modal semula malah Insyaallah berganda dari itu.

Nilai yang diberikan di dalam bengkel ini bernilai RM1020

Tetapi anda hanya perlu membuat pelaburan dengan nilai RM350 iaitu nilai kasih sayang yang diberikan untuk melihat semua orang berjaya menjenamakan diri dan perkhidmatan.

Namun, atas ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana mengajak dan menyampaikan kebaikan ini,
PERCUMA seorang jika datang bertiga (tawaran istimewa sah sehingga 31 Mac 2014 sahaja.)

Ini bermakna nilai yang perlu di bayar iaitu RM1050 hanya perlu dibayar dengan nilai RM700 sahaja. Asalkan anda hadir dan mendapatkan tekniknya. Itu saja.

Sekembalinya di rumah nanti, anda berpeluang untuk :
-menyertai Group Ahli Akademi Bekerja Di Rumah untuk bertukar network, ukhuwah dan pelanggan
-dapat beriklan di SOHO directory PERCUMA selama 1 tahun.
Ini semua untuk memastikan keberlangsungan network dan menjadi medium pemasaran perniagaan dan perkhidmatan anda.


Perkongsian hebat akan diadakan di lokasi-lokasi berikut :

Melaka = 5 April 2014 -lokasi akan diberitahu kelak

Kuala Lumpur = 6 April 2014 -lokasi akan diberitahu kelak

Kelantan = 26 April 2014
ICT Incubator Centre Sdn Bhd,
Lot 2.78-2.79, Tingkat 2,
KB Cyber Plaza, Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu Kelantan

Harus Bertindak Cepat.
Tempat terhad untuk 50 orang sahaja di setiap lokasi.

Berminat untuk turut serta, boleh hubungi dan mendaftar dengan saya.

Kizeewatty Zainal
pm: whatsapp: sms 0192484428
kizeewattyzainal@gmail.com


Salam Sayang.

Kizeewatty Zainal
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Akademi Bekerja Di Rumah
Pasir Gudang Johor.

March 5, 2014

PROMOSI ESP SHAKLEE MAC 2014

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Mac merupakan bulan yang lain daripada yang lain. Ini kerana promosi hebat dari Shaklee iaitu minuman yang digemari oleh ibu-ibu mengandung, menyusukan anak, mereka yang ingin mengurangkan kadar paras gula dalam darah, mereka yang ingin menjaga penampilan dan menjaga kecantikan kulit muka. Pendek kata ESP merupakan salah satu makanan tambahan optimum untuk kesihatan menyeluruh. 

Apa istimewanya ESP ini? 

Secara klinikal, ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah di samping kandungan protein yang tinggi. Seperti yang kita tahu, protein amat diperlukan untuk membina sel-sel baru di dalam tubuh badan kita. Atau bahasa mudahnya, protein merupakan baja yang menyuburkan dan merupkan makanan ruji sel tubuh badan kita untuk membiak dan membesar.
Apa pula indeks glikemik? 

Indeks glikemik adalah indeks pengukuran mengenai efek makanan yang mengandungi karbohidrat terhadap kadar glukosa darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pulak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. 

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.Indeks glikemik yang rendah amat diperlukan penderita diabetes, mereka yang ingin berdiet, serta mereka yang memiliki kadar kolesterol tinggi. 

Manfaat Indeks Glisemik Rendah


1, Mencegah dan mengawal diabetes. 

American Journal of Clinical Nutrition pada Julai 2002 merumuskan bahawa makanan berindeks glisemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetes tahap 2.

2. Mengurangi risiko penyakit jantung. 

Risiko penyakit jantung meningkat sejajar dengan jumlah peningkatan kolesterol tubuh anda. American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahawa diet rendah indeks glisemik mengurangkan kadar kolesterol jahat dan trigliserida dalam masa satu bulan.

3. Menurunkan obesiti. 

Makanan dengan indeks glikemik rendah dapat memberi rasa kenyang yang lebih banyak dan bertahan lebih lama. Oleh kerana itu minum ESP pada waktu perut kosong menyebabkan kita akan rasa kenyang yang berpanjangan)

4. Mencegah kanser. 

Artikel lain dalam jurnal yang sama menyebutkan adanya kesinambungan antara makanan tinggi indeks glikemik dengan risiko kanser kolorektal, kanser payudara dan juga kanser ovarium dan prostat. Dr Atkins dalam New Diet Revolution menyatakan hubungan antara kanser dengan indeks glikemik yang didasari oleh fakta bahawa sel kanser “mendapatkan makanan dari gula.” 

Buku itu juga menyatakan bahawa penderita kanser payudara mungkin lebih selamat dan kurang mengalami risiko kanser jika kadar insulin tubuh mereka lebih rendah .

Banyak kan kebaikan ESP? Bulan Mac inilah masa yang terbaik untuk anda merasai khasiat ESP kerana promosi ESP Beli 6 Percuma 1 telah kembali. Apa lagi yang anda dapat selain itu? 
  • Beli 6 tin ESP, anda akan dapat PERCUMA 1 tin ESP bernilai RM150
  • Beli 6 tin ESP, anda akan dapat KEAHLIAN PERCUMA yang bernilai RM65
  • Beli 6 tin ESP, anda akan dapat duit bonus Shaklee RM 36.30 pada pertengahan bulan April 2014 
  • Jumlah penjimatan yang bakal anda perolehi dengan belian 6 tin ESP ialah RM425.30 (hanya bagi ahli shaklee).


Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. Ingin 1-2 ESP pun Insya Allah saya boleh tunaikan.

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
  
Pembayaran boleh dibuat di:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053
CIMB 7042019768 
atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

February 26, 2014

Resepi Bancuhan Cinch Cafe Latte dan ESP

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apabila waktu pagi atau waktu di antara sarapan dan makan tengahari, saya selalu terasa lapar. Nak makan kudap-kudapan pasti tidak kenyang dan pasti saya akan mengunyah makanan yang tidak berkhasiat.

Oleh itu sarapan atau minum petang saya kan ditukar dengan mengambil Cinch Shake Mix dan ESP dari Shaklee.

ESP atau Energising Soy Protein merupakan serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan. ESP membantu kita mengalas perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. 

Dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati dan ianya sangat sesuai bagi yang menghidap gastrik.  ESP juga mengandungi kadar glisemik yang rendah dan sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan yang terbaik.

Cinch Shake Mix amat berbeza dengan suplemen yang lain kerana setiap kali anda minum, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. 

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet, menguruskan badan dan kekal sihat sepanjang hari.

Cinch Shake merupakan suplemen berkhasiat yang didatangkan khas dalam 3 perisa: Vanila, Coklat dan Cafe Latte

Resepi Cinch Cafe latte dan ESP

Bahan-bahannya:
  • 1.5 sudu Cinch Cafe Latte
  • 1 sudu ESP
  • Air suam 350ml
Cara-cara bancuhan:
  • Campurkan semuanya sekali, dinasihatkan letak air suam dahulu di dalam Shaker Shaklee barulah Cinch dan ESP untuk mengelakkan minuman bergumpal.
  • Goncang Shaker sampai semua sebati dan sedia untuk diminum. 
Sebagai tambahan, selepas itu minum 200ml air kosong beserta 6 biji alfalfa. Hasilnya , alfalfa akan mengembang dan perut kita akan lebih kenyang.

Resepi Bancuhan Cinch Cafe latte dan ESP
Resepi Bancuhan Cinch Cafe latte dan ESP

Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

February 25, 2014

Kelas Blog, Fanpage, Iklan dan Teknik Penulisan

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Ramai antara kawan-kawan saya yang mengutarakan hasrat ingin berhenti kerja, menjaga dan membesarkan anak, tapi oleh kerana komitmen dan hutang yang banyak, maka hasrat yang murni itu terkubur.  Kebanyakan daripada mereka sudah terlalu jemu dan apabila waktu bekerja memakan masa berkualiti mereka untuk bersama keluarga.

Ramai dari mereka begitu takut dan rungsing dengan apa yang ingin dilakukan di rumah bagi menjana pendapatan. Mereka ingin sedikit sebanyak dapat membantu dan tidak membebankan para suami apabila mereka mengambil keputusan untuk berhenti nanti.

Nasihat saya pada kawan-kawan yang mempunyai niat untuk berhenti kerja dan ingin berbisnes, usah teruskan niat anda. Anda perlu membuat persiapan sebelum berhenti kerja. Mulakan dengan membuat pelan rancangan bagaimana anda ingin menampung dan menjana pendapatan sendiri bila sudah tiada duit gaji. Mulakan dengan mengumpul modal, pilih perniagaan apa yang ingin dan boleh anda ceburi. Mula cari mentor dan ilmu yang betul bagaimana cara untuk bermula di masa anda masih bekerja lagi. Mula berbisnes dan rasakan pengalaman jatuh bangun berbisnes sebelum anda benar-benar bergelar WAHM.

Bagi anda yang sudah bergelar surirumah, jika anda ingin menjana pendapatan di rumah, masih belum terlambat jika. Mulakan sekarang. Ya, sekarang dan jangan berlengah lagi kerana tiap detik anda terfikir-fikir akan merugikan anda. Langkah pertama yang pantas adalah penting, diikuti dengan tindakan yang konsisten dan tidak patah semangat.

Bagaimana dan di mana anda ingin bermula? Saya mulakan dengan memasuki kelas asas blog dan membina fanpage produk yang telah sedia ada iaitu suplemen dan makanan tambahan Shaklee. Di sini saya diajar dengan ilmu yang betul dan mentor yang berdedikasi. Sedikit demi sedikit saya mula mendaki ke atas, dari tidak tahu apa-apa tentang bines dan pengiklanan hinggalah saya mampu berjalan dengan kaki sendiri. Dunia dan sikap saya berputar 180 darjah, sentiasa positif dan bersemangat bagi mencapai cita-cita saya untuk mempunyai SOHO saya sendiri. Insya Allah.

Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu tidak kira samada anada ingin berbisnes atau beriklan atau menyampaikan maklumat dan menjana pendapatan dengan hanya berblogging:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik trafik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, fanpage, facebook. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami di Akademi menyediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Sebab perlu masuk kelas asas blog online
  1. Kelas adalah fleksibel. Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah, secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa.. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online. 
  2. Kumpulan sokongan. Selepas selesai semua tugasan, peseta akan di serap masuk dalam kumulan tertutup Akademi Bekerja di Rumah. Dari situ boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan. 
  3. Sangat sesuai untuk surirumah yang baru hendak mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk di mana kami di Akademi akan sediakan produk. 
  4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar jualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu. 
  5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumah yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari. 
  6. Mula cabar diri untuk persediaan tahun baru. Tidak kira suri bekerja di rumah, atau suri bekerja luar rumah.
sumber dari : Puan Masayu Ahmad

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan kalian tak ada masa, itu sebab kela sini fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk.
Produk kami sediakan. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat kalian boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu.

Apa lagi yang kami dapat?

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.


Apakah uniknya akademi kami ? 
Ya memang unik, kalau kita pergi kursus atau seminar yang lain, perlu himpunkan 2 atua 3 orang penceramah contoh:
  • penceramah kursus teknikal-iaitu langkah demi langkah 
  • penceramah yang memberi motivasi 
  • penceramah yang menyampaikan pengalaman dalam bidang tersebut contoh dalam bisnes butik 
  • kita ada kelas kursus kemahiran, iaitu buka kedai online, langkah demi langkah, jika ada produk boleh gunakan, jika tidak ada kami sediakan 
  • Bagaimana pula motivasi? Ia disampaikan oleh lebih 10 orang serentak dalam bentuk penceritaan, dan ia ada dalam setiap buku yang kita berikan. Contoh, ebook super wahm super mom, ialah kisah realistik ibu-ibu yang berpendidikan yang mendahului merasai pengalaman pahit manis bekerja di rumah. Kita tidak jemput mereka tetapi perkongsian itu sudah ada dalam ebook. Jadi boleh baca bila-bila masa. 
  • manakala dalam kategori bidang, kalau pelajar itu suka buat kek maka ebook bisnes makanan adalah sesuai, kerana dalam itu sudah diberikan perkongsian pengalaman sebenar dalam bisnes makanan. Bukan seorang tetapi lebih dari 10 orang berkongsi kisah benar.

Apa lagi?
Kami sediakan pula tapak-tapak iklan, jadi selain belajar, mengambil ilmu, mengambil inspirasi. Boleh pula melebarkan sayap dengan beriklan di rumah-rumah yang didatangi pelanggan. Rumah itu adalah blog, iaitu seperti lot-lot kedai. Kita ada lebih 150 agen lot dan sudah menghampiri 340 blog yang membantu promosi bisnes sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.


BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR?

Bagi yang berminat dan serius untuk mendapatkan pendapatan secara online , bolehlah sertai kami. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk menghubungi saya untuk berbincang dan bertanyakan soalan selanjutnya.


FB Official :Kizeewatty Zainal 

SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.

atau


Anda boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053

CIMB        7042019768

dan isi borang tempahan di sini


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



Untuk mereka yang teruja untuk mengetahui lebih lanjut saya ucapkan SELAMAT DATANG, JOM DAFTAR dan MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA!


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga
Pasir Gudang Johor

February 23, 2014

Testimoni Kelas Asas Blog : Norashikin Saaaid

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman salah seorang rakan blog saya yang sama-sama berkongsi idea di pelantar blogging. Puan Norashikin Saaaid merupakan salah seorang ahli Shaklee yang teruja berkongsi tip suplemen dan makanan berkualiti dan sihat kepada masyarakat. Selain itu beliau amat bercita-cita dan mempunyai matlamat tinggi untuk menjadi WAHM yang menjana pendapatan dari rumah dengan bisnes pilihan hati. Syabas saya ucapkan kerana berani mengambil langkah pertama anda. Mari kita tinjau pengalaman berharga Puan Norashikin Saaaid.

===========================================================

MELANGKAH SETAPAK DENGAN BERBLOG

Teks: Norashikin Saaaid

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum kawan2 dan bloger2…

Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger. Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online). Bukan sahaja boleh berkongsi maklumat dan info malah boleh menjana pendpatan dengan berblog. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pda masa kini lantaran dengan permintaan dan kemudahan internet yang semakin meluas. Apa salahnya peluang yang ada di depan mata dimanfaatkan dengan berbisnes sakaligus dapat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan untuk para ibu dan jelitawan diluar sana. Mana tahu 2 tahun lagi saya mampu menjana pendapatan 5angka dan menjadi WAHM kan. Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.

Terdetik dihati nak buat blog sejak menjadi ahli Shaklee lagi.Ini salah satu cara nak meluaskan empayar SHAKLEEku sebab ramai yang berjaya menjual produk Shaklee melalui blog masing-masing. Perasaan berkobar-kobar memang ada tapi turun naik jela. Kejap rasa nak buat kejap rasa malas dan tidak cukup masa. Macam-macam alasan bermain difikiran kan. Negatif sungguh pada masa itu. Bermula sungguh-sungguh nak buat blog pada bulan 6 hari tu. Masa tu saya nak cuba buat sendiri tanpa pertolongan atau tunjuk ajar sesiapa. Bajet pandai sangat la kan. Saya cuba google cara buat blog dan memang banyak panduan yang saya perolehi tapi bila saya cuba buat sendiri berpandukan maklumat dalam google saya rasa susah dan ambil masa lama untuk siapkan blog. Saya tekad nak upah orang buat blog saya. Saya sudah berkenan dengan satu company ni yang boleh menghasilkan blog yang saya inginkan. Harga untuk upah buat blog ni RM280 tapi terma dan syarat pulak buat saya susah nak beri komitmen. Akhirnya terkubur macam tu sahaja.

Bermulalah terdetik di hati untuk mengikuti kelas asas blog ni apabila nisa nua merangkap kawan sekolah lama dan kawan FB saya yang menganjurkan kelas ini. Pada mulanya saya hanya membaca status dalam facebook mengenai kelas ini.Setiap status yang nisa tulis pasti saya baca sebab saya suka gaya penulisan nisa yang santai dan bersahaja seperti ada magnet pada penulisannya. Makin lama makin ramai yang masuk sehingga saya terlepas yuran promosi rm130 pada bulan Jun. Tak boleh jadi ni saya mesti mula buat blog dan makin  lambat harga pasti naik dan tak kan nak tunggu dan tengok sahaja. Pada 19 Julai 2013 tangan ni ringan je untuk mesej nisa bertanya pasal kelas asas blog. Sebelum itu, saya tanya pendapat suami saya akan niat untuk masuk kelas asas berblog. Mula-mula hubby ingat  kene datang ke kelas tiap2 minggu tapi selepas saya terangkan hanya perlu 100% Online sahaja jadi dia pun setuju. Yang bestnye Kelas Online bawah Nisa ni kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan. Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Selain dapat menjana pendapatan dengan berblog dapat juga membaiki hasil penulisan saya yang tunggang terbalik ni. Dah lama rasanya tak menulis karangan panjang macam ni. Takpe dari berblog ni juga saya dapat meningkat kan gaya penulisan saya nanti. Yuran serendah Rm150 dengan percuma 2 Ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang saya dapat dalam menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke secret grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips yang boleh kita perolehi sebagai persediaan untuk mejadi WAHM. Jangan takut melangkah setapak kerana kejayaan bermula dengan keberanian langkah anda.

Protege : Norashikin Saaaid
Sumber : http://norashikinsaid.blogspot.com/2013/09/melangkah-setapak-dengan-berblog.html
Guru Online : Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)

========================================================================
Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit. 

Sebarang persoalan anda mengenai kelas asas blog boleh akan terjawab di soal jawab kelas asas blog atau hubungi saya di:

FB Official : Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.

Daftar Kelas dengan membuat pembayaran ke:

Kizeewatty Zainal
Maybank  101245259053 
CIMB         7042019768

dan isi borang tempahan di sini

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!


Salam Sayang

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga Akademi
Pasir Gudang Johor