December 11, 2014

Ingin Jana Pendapatan Bersama Shaklee?

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.


Anda ingin jana pendapatan bersama Shaklee?


Yuran keahlian hanya serendah RM69.00*

atau

Keahlian PERCUMA dengan pembelian 200UV keatas.

(*tidak termasuk caj pos/penghantaran) 

Ingin Jana Pendapatan Bersama Shaklee?
Ingin Jana Pendapatan Bersama Shaklee?


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE @ SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Untuk Kegunaan Sendiri
  • Dapat beli produk Shaklee dengan harga lagi murah daripada harga pasaran.
  • Jika pembelian melebihi 150UV, anda layak mendapat bonus tunai pada bulan seterusnya.
  • Keahlian seumur hidup, tidak perlu UV tertentu untuk kekal jadi ahli. Hanya perlu buat pembelian kali pertama pada bukan pertama untuk kekal aktif seumur hidup.

Untuk Perniagaan
  • Dapat keuntungan runcit bagi setiap produk yang dijual.
  • Ganjaran 3C (Cash, Car dan Convention)* dari Shaklee.
  1. CASH: Bonus tiap bulan, untuk jualan 150UV ke atas.*
  2. CAR: Insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan.*
  3. CONVENTION: Peluang umrah/ percutian ditaja sepenuhnya.*
*Bagi yang layak sahaja setelah mencecah mata (point) tertentu.



Anda boleh hubungi saya 
Kizeewatty Zainal untuk mendaftar keahlian Shaklee di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428 email: kizeewattyzainal@gmail.comFB: Kizeewatty ZainalFB fanpage: Kizee Healthyvita Shop

December 5, 2014

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
                                                                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ                                                  
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami. 

Ya Allah dorongkanlah kami untuk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.

Ya Allah kami bersyukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barkah yang telah Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yang Engkau halangi.

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. 

Ya Allah masukkanlah kami ke dalam syurga Mu sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.

Ya Allah ampunilah kami, kasihanilah kami dan angkatlah darjat kami ke darjat orang orang soleh.

Ya Allah berilah kami petunjuk dan keampunan. Ya Allah, hanya kepada-Mu kami berpasrah diri.

Ya Allah kami memohon seandainya kami tidak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, orang yang kami sayang dan sahabat kami, kami mohon Ya Allah bahagialah mereka dengan kasih sayang Mu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang kami.
َ
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

December 3, 2014

13 Tip Elak Keracunan Makanan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Keracunan makanan mudah berlaku di mana-mana, bila-bila masa sahaja tidak kira apabila kita makan di luar atau memasak sendiri di rumah. Keracunan makanan yang serius boleh menyebabkan seseorang cirit birit atau muntah dengan kronik berhari-hari dan juga hidrasi yang teruk.

Oleh itu kita perlu bijak menambil langkah-langkah sihat supaya dapat mengelakkan keracunan makanan samada ketika makan di rumah atau di luar. Berikut merupakan tip yang ringkas sebagai panduan anda.


Makanan di masak sendiri

🔶 Sayuran yg dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi atau yang dibuat ulam dan tidak dimasak, perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelak daripada jangkitan virus contohnya virus e.coli.


Ayam mentah yang segar perlu disimpan aau dimasak segera

🔶 Beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit. Jika beli pada waktu tengahari, pastikan balik ke rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti sejuk beku. Untuk mematikan bakteria, masak ayam dengan sempurna. Kalau tidak cukup masak, bakteria tidak akan mati dan akan aktif semula apabila makanan itu sejuk.

🔶 Panaskan makanan setelah sejuk. Jangan makan makanan yang telah sejuk  lebih daripada 4 jam. Maknan yang sejuk perlu dipanaskn sampai mendidih.

🔶 Elakkan meletak senduk nasi di dalam periuk kerana pemegang senduk bekemungkinan memepunyai bakteria yang datang dari peluh ditangan kita.


Telur separuh masak banyak mengandungi bakteria

🔶 Elakkan telur separuh masak kerana ia mengandungi banyak bakteria yg boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak. Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.

🔶 Makanan sejuk beku spt nugget, ayam, daging burger perlu di goreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Jangan biar makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria. Pastikn goreng makanan menggunakan minyak yg betul-betul panas.

🔶 Pastikan makanan dan minuman dalam tin di basuh dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkn kencing tikus.

Makan di luar 

🔶 Jika makan di kedai, pastikan basuh atau lap sudu yang ingin digunakan terlebih dahulu. Jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan di kedai makan. Sebaiknya gunakan pencuci cecairuntuk membasuh tangan.

Basuh tangan setiap kali keluar tandas dan sebelum makan

🔶 Jika membeli ayam golek, pastikan ayam itu panas. Jangan beli jika ayam sudah sejuk atau yang sudah siap dipotong.

🔶 Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik. Jika menggunakan pencicang kayu, serbuk kayu mungkin melekat pada ayam dan daging yang dicincang.

🔶 Pastikn makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapik dengan plastik untuk mengelakkan pengaktif sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin.



🔶 Pastikan tukang masak bersih semasa memasak. Ini kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca daripada tukang masak.

🔶  Tips Terakhir - Mulakan setiap santapan dengan Bismillah. Insya Allah segala bakteria akan musnah dengan Izin-Nya.



Salam Sayang,
Puan Kizeewatty



IG: @kizeewatty

November 30, 2014

Tips Sihat untuk Kehamilan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Apa khabar rakan-rakan yang dirahmati Allah s.w.t. 

Sudahkah anda bersedekah hari ini?
Sudahkah anda berzikir?

Mulakan hari dengan sedekah senyuman yang paling mesra pada orang di sebelah anda.

Baiklah, pada entri yang lepas saya sudah berjanji ingin berkongsi tip sihat bagi bakal-bakal ibu. Selamat membaca dan amalkan.

Tips Sihat untuk Bakal Ibu

Tips Sihat untuk Kehamilan
  • Rajin-rajinlah mencari informasi dan maklumat sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sihat melalui buku, media sosial, internet, facebook, blog dan lain-lain. 
  • Biasakan diri membeli dan memakai baju-baju yang longgar, walaupun perut belum kelihatan membesar.

Makan makanan berkhasiat dalam kuantiti sedikit dan kerap.

  • Makanlah cemilan di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
  • Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, bergoreng atau daging berlemak.
  • Makanlah makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dan lain-lain.
  • Ada baiknya ibu hamil makan dalam kecil tapi kerap, seperti biskut, roti gandum, atau buah-buahan. Amalan ini baik untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah.
  • Sediakan minuman dan makanan kecil yang mengandungi kadar garam yang rendah di kamar tidur, menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.


Ibu Hamil Memerlukan Tidur dan Rehat yang Cukup

  • Biasakan memberus gigi setelah makan atau setelah muntah agar mulut dan nafas sentiasa segar. 
  • Untuk menghindarkan rasa mual dan pusing, bangun secara perlahan-lahan dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan dalam keadaan terkejut.
  • Hindari bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, agar ibu tidak rasa mual atau muntah. 


Minumlah air putih 12 gelas sehari


  • Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah dan ini boleh menyebabkan dehidrasi, oleh itu ibu hamil disarankan untuk minum air putih atau jus buah antara waktu makan.  
  • Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih 12 gelas sehari.
  • Minumlah susu hangat jika anda mengalami insomnia atau sukar tidur.
  • Jika ibu hamil berasa sakit di bahagian bawah perut danjika adanya pendarahan, khususnya setelah kehamilan lebih dari usia 4 minggu, segera hubungi doktor untuk nasihat selanjutnya.
Paling utama ibu hamil harus amalkan zikir, mengaji Quran, solat sunat dan sentiasa positif agar bayi yang dikandungkan dapat merasa getaran yang diberikan oleh anda.
 
Ingin tahu suplemen terbaik bagi ibu-ibu hamil? Singgah di entri saya di sini.
 

Salam Sayang,
Puan Kizeewatty

Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang.
sms pm whatsapp: 0192484428

IG: @kizeewatty

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee.

November 28, 2014

Testimoni Peserta Kelas Asas Blog Bisnes Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman

Teks: Kizeewatty Zainal
 
Assalamualaikum w.b.t

Testimoni Peserta Kelas Asas Blog Bisnes Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman 

Nama pelajar : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman
Guru Online : Zaila Mohamad
Sumber : http://tuanfadzilah.blogspot.com/2013/11/kaedah-penulisan-blog.html


Kaedah Penulisan Blog
Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma.


Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.
 
**********************************************************************************************************************************

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui : 
 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 
FB Official :Kizeewatty Zainal 
atau tinggalkan komen di bawah.
 
Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor 

 

November 23, 2014

Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, semalam mendapat khabar gembira daripada maksu saya di Pulai Perdana yang sudah hamil hampir 2 bulan. Saya di sapa di PM Facebook, kami berborak dan di pertengahan perbualan maksu saya minta nasihat senarai vitamin yang di patut amalkan di awal kehamilannya.



Berita Gembira untuk Bakal Ibu

Alang-alang saya menjawab maka saya sertakan sekali di blog khas buat tatapan anda semua.

Vitamin untuk Ibu Hamil Trimester Pertama 
Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. 


Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?
  • Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal. 
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif -Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
  • Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan. Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi.
Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu menyusu?

Bagi ibu yang telah datang menstrual, ibu akan kehilangan zat besi sebanyak 15%. Secara tak langsung, kandungan zat besi dalam susu ibu juga akan menyusut. Zat besi adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang sihat. 


Vitamin C

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita kena dapatkan dari sumber luar. Vitamin C dapat mempertingkatkan sistem imun badan. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Kalau nak tahu, sebiji Vitamin C shaklee 500g adalah bersamaan dengan 7 biji buah oren. 

Uniknya vitamin C Shaklee,  ianya berteknologi pelepasan bermasa. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C tu terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C tu sepenuhnya sepanjang hari.

B kompleks (asid folik)

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. B kompleks juga adalah vitamin jenis larut air dan mudah musnah akibat stress, pencemaran dan sebagainya. 


Mengapa kita perlukan B kompleks dalam menu harian? 

B kompleks terdiri daripada kumpulan 8 vitamin B iaitu:
  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic acid (B-9) 
  • Cobalamin (B-12) 
  • Biotin. 

Secara umumnya, B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon dan penting untuk kesihatan saraf. Dengan kata lain, B kompleks dapat mengurangkan stress, meningkatkan daya fikiran,  membuat wajah berseri-seri. Riboflavin dalam B kompleks yang memberikan warna kuning pada urin dan susu ibu. 
 

Ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen.  Begitu juga kalsium. Walau sebanyak mana anda mengambil kalsium, ia tak berguna selagi mana tidak diambil dengan magnesium dan vitamin D sebagai pelengkap. 

Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu penghasilan susu ibu jika kita sertakan dan amalkan konsep asas penyusuan (supply vs demand.

Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurangnya kehilangan air pada waktu ini. 

Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama
Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama

Pastikan ibu-ibu tidak memandang remeh pengambilan zat besi, terutama apabila bayi berumur 6 bulan ke atas. 

Pengambilan dengan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum! Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi (vitalea).

Insya Allah, di entri yang akan datang saya akan sertakan tip sihat yang boleh diamalkan di awal trimester pertama.


Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda.

  • 1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75.
  • 1 botol Vitamin C SR mengandungi 180 biji kapsul untuk pengambilan selama 6 bulan berharga RM92.50.
  • 1 botol Ostematrix mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM61
  • 1 botol Vita-Lea mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM88.75

Cara dan waktu pengambilan vitamin boleh di baca di sini. Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

November 22, 2014

Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu resepi Cinch Shake beserta buah-buahan kegemaran saya. Minuman Shake ini untuk mereka yang ingin kurus dan juga bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Tapi kita perlu tahu cara pemakanan Cinch Shake ini untuk tujuan tertentu.
 
Cinch Shake Mix amat berbeza dengan suplemen yang lain kerana setiap kali anda minum, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dan lemak tepu dalam badan kita ini. 

Cinch Shake merupakan suplemen berkhasiat yang didatangkan khas dalam 3 perisa iaitu Vanila, Coklat dan Cafe Latte. Ia sesuai untuk mereka yang kerap lapar, gastrik, untuk tenaga dan meningkatkan metabolisme badan. 

Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu Vanilla Cinch Shake
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu Walnut
  • 1/2 cawan bluberi
  • 1/2 cawan oat
  • 1 cawan air/ ais
Cara-cara bancuhan:
  • Campurkan semuanya sekali, kisar mengunakan pengisar.
  • Sedia untuk diminum.
Sebagai tambahan, selepas itu minum 200ml air kosong beserta 6 biji alfalfa. Hasilnya ,alfalfa akan mengembang dan perut kita akan lebih kenyang.



Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla
Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla


Cinch Shake Mix minuman yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet, menguruskan badan dan kekal sihat sepanjang hari.
 


Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

atau

FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

November 21, 2014

Waktu Operasi Poslaju Pasir Gudang

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai peniaga online kita perlu peka terhadap segala peubahan, kecil mahupun besar. Kenaikan harga barangan yang dijual, kenaikan harga petrol, cuti awam, juga waktu operasi poslaju di kawasan perumahan kita dan lain-lain.

Hari ini saya ingin kongsikan waktu operasi poslaju Pasir Gudang. Walaupun cuti di negeri Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, poslaju Pasir Gudang beroperasi setiap hari kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti awam.

Alamat: POSLAJU PASIR GUDANG
           No 12, Pusat Perdagangan Jalan Bandar
           81700 Pasir Gudang


Emel: poslajupgu@pos.com
Tel  : 07-2561992
Faks: 07-2561991

Waktu Operasi: Ahad - Khamis  (8.15pagi - 6.00 petang)
                     Jumaat - Sabtu (9.00pagi - 5.00 petang)
                     Ditutup pada Sabtu Pertama setiap bulan dan Cuti Umum.
                      

Waktu Operasi Poslaju Pasir Gudang
Waktu Operasi Poslaju Pasir Gudang

Selain itu anda boleh membuat kiriman poslaju di cawangan terpilih selain poslaju. Terdapat kiosk dan ejen-ejen poslaju terpilih untuk menguruskan penghantaran bagi pihak anda, senarainya boleh semak di sini.

Bagi anda yang ingin cari dan jejak barang yang dihantar dan bakal diterima pula boleh semak di sini. Hanya perlu isi nombor rujukan dan lihat di mana barang anda samada masih dalam penghantaran atau sudah sampai di pejabat pos berdekatan.

Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pengedar Shaklee Pasir Gudang.
pm sms whatsapp 019248428.



November 20, 2014

Testimoni Peserta Kelas Asas Blog Bisnes Nadra binti Amat

Teks: Kizeewatty Zainal 
 
Assalamualaikum w.b.t 

Testimoni Peserta Kelas Asas Blog Bisnes Nadra binti Amat

Sumber Teks : www.nadraamat.blogpsot.com
Nama Pelajar: Nadra binti Amat
Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor.
Assalamualaikum,



Sebelum ini saya pernah ada blog, tetapi blog itu saya biarkan sehingga bersawang dan akhirnya saya tak pernah buka lagi. Bila saya mula belajar berniaga secara online, saya cuba buat blog semula. Tetapi saya tidak berpuas hati kerana banyak yang saya tidak tahu. Walaupun saya selalu mencari toturial yang dikongsikan dalam internet. Saya dapat rasakan blog saya banyak kekurangan. Pernah juga saya terfikir ingin mengupah orang profesional untuk buat blog, tetapi kos agak tinggi. Lagipun,saya memang nak belajar membuat blog sendiri.

Bila saya nampak iklan tentang kelas penulisan dan asas blog, saya terus menyertainya. Saya rasakan inilah peluang terbaik untuk saya tambahkan pengetahuan tentang blog. Tambahan lagi, kelas di buat secara online. Jadi mudah untuk saya mengikutinya walaupun jauh di Semenanjung sana dan saya di Sabah. Setiap hari saya boleh bertanya soalan kepada cikgu, dan masa adalah fleksibel. Pada permulaannya,cikgu telah memberikan soalan analisa tentang latar belakang, pengalaman, kerjaya, minat dan matlamat. Kemudian e-book asas blog dalam bentuk blog diberikan untuk dibaca, rupanya memang banyak yang perlu dibelajar, terutamanya cara dan teknik penulisan yang baik. Selepas membaca e-book tersebut, tugasan akan diberikan. Saya masih baru belajar, tugasan saya pun masih belum selesai iaitu penulisan 44 entri. Tetapi, saya sudah ada keyakinan untuk menulis, walaupun Saya tidak ada pengalaman dalam penulisan. Masih banyak yang saya tak tahu dan perlu dibelajar. Insyaallah, saya akan habiskan pembelajaran ini.

Barulah saya faham, saya bukanlah seorang yang boleh belajar dengan menggunakan toturial atau dengan pembacaan buku sahaja. Saya perlukan guru untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan. Semoga cikgu Wani dan Puan Masayu terus memberi bimbingan. Dan para wanita diluar sana yang ada minat untuk belajar cara asas blog, bolehlah sertai kami di kelas belajar asas blog.
 
*********************************************************************************************************************************

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. 
 
Pendaftaran adalah setiap hari.  

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui : 
 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428
FB Official :Kizeewatty Zainal 
atau tinggalkan komen di bawah.
 
Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor