September 14, 2016

Ibadah Korban #Impiana Scientex Pasir Gudang

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Balik kerja petang tadi kita zas pi delivery #AmirBBQLambShoulder

Ibadah Korban #Impiana Scientex
Ibadah Korban #Impiana Scientex
Balik rumah kena tahan dengan jiran depan. Rupanya nak bagi daging korban #Impiana Scientex pagi tadi.

Ibadah Korban #Impiana Scientex
Alhamdulillah segala lapah melapah berjalan lancar. Terima kasih pd yg terlibat especially cik tuan puan jiran tetangga dan ahli surau Al Ikhlas. Moga ibadah korban kita diterima Allah swt.

Ibadah Korban #Impiana Scientex

Ibadah Korban #Impiana Scientex
Maap kami tak dapat datang dan tolong. Masing-masing kerja dan ada tugas tersendiri. =)

www.kizeewattyzainal.blogspot.my

September 13, 2016

Persoalan Ketika Cuci Emas

Assalamualaikum wbt

Perkongsian Hebat Dari FB Istana Emas

Betulkah Kalau Setiap Kali Cuci Emas  Menghakiskan Emas Dan Mengurangkan Gram Emas Tersebut? 



1 : Jangan cuci emas, nanti gram emas berkurang.

2 : Emas tidak akan berkurang gram, tetapi berat akan kurang sikit setelah berat kotoran pada emas tersebut hilang dicuci. Contoh emas yang beratnya 10.67gm dicuci, selepas cuci akan berkurang ke 10.65gm. Sebaiknya sebelum cuci, minta ditimbangkan emas tersebut dahulu dan ditulis dalam resit dan selepas dicuci pun ditimbang semula.

1 : Jangan selalu cuci emas, nanti warna emas semakin pudar EMASnya.

2 : Terdapat pelbagai cara mencuci emas. Alatan yg sama tetapi cara yg berbeza pun boleh menyebabkan keputusan yang berbeza. Kerana itulah ada kedai selepas cuci dia akan syorkan unutk menyadur emas anda.
Samada ada tukang memang tak pandai nak cuci dgn cara yg betul ataupun ia adalah teknik nak suruh customer bayar lebih (upah cuci dan upah sadur emas)


1 : Jangan cuci emas,nanti emas kene curi dgn tokey kedai.

2 : Masa yg biasanya utk mencuci emas pada setiap barang paling 1/2jam. Bukan senang nak buat keje membuat bentuk yang sama dari segi sais, panjang, lebar dan berat dalm masa yg singkat.



1 : Jangan selalu cuci emas.nanti emas terhakis.

2 : EMAS SUSAH TERHAKIS DAN SUSAH MENGUBAH BENTUK . EMAS TIDAK AKAN CAIR LALU BERUBAH MENJADI WAP ATAU ASAP.
Jika ia terkena api yang sangat panas sehingga cair, ia akan berubah bentuk sahaja tetapi tidak mengubah berat.


1 : Jangan cuci emas, nanti emas rosak atau patah.
2 : Ianya boleh berlaku, terutama pada barang yg hollow@kosong. Tetapi jarang belaku. Kalau berlaku pihak kedai wajib bertanggungjawab pada barangan tersebut.

1 : Jangan cuci emas, nanti emas putih  chrome hilang.
2 : Jika kedai tersebut gunakan teknik cuci guna asid, ya ia boleh hilang. 
Jika ia cuci dengan mesin polish dan ultrasonik sahaja, ia takkan hilang.


September 12, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha 1437H

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.


Pengorbanan adalah sebahagian dari kehidupan
Tanpa pengorbanan tidak terlahir keindahan
Apa erti perjuangan jika tidak bersulam pengorbanan

Pengorbanan bukan bererti kehilangan
Tetapi lambang sebuah ketaatan dan kepatuhan abadi kepada Yang Maha Esa

Moga pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS memberi inspirasi untuk kita terus berjuang dan berjaya dunia akhirat.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1437H

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ




Selamat Hari Raya Aidiladha 1437H di Masjid Sultan Ibrahim Muar

September 11, 2016

Doa Waktu Wukuf

Assalamu'alaikum

Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

In sya Allah waktu Wuquf d Arafah akn bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pd 9 Zulhijjah bersamaan  11/9/2016 Waktu M'sia 5.30 pm -11.00pm. (jangkaan). Gunakanlah waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat! 🌺🌟🌹

Lemang dan Rendang Aidiladha di Pekan Rawang

Teks: Kizeewatty Zainal


Kite cari lemang ler pulak.
Bagus abg penjual ni. Dia belahkan lemang so kita boleh tgk masak ke tak sebelum beli.

Lemang dan Rendang Aidiladha di Pekan Rawang

#BusinessIsSunnah #aidiladha #1437H #muar #sgmati

Amalkan Istighfar

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum. Salam Zohor.

Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Istighfar paling minimum 100x ye kawan-kawan.

7 Sunnah Hebat

Assalamualaikum wbt


By *Ustaz Don Daniyal*

7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. 

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Wallahu a'lam.

September 10, 2016

Ejen Rakan KPS Taman Daya JB - Kambing BBQ

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum.

Memperkenalkan Rakan KPS untuk kawasan Taman Daya JB - Cikgu Asghar.
Beliau merupakan seorang guru matematik yang sangat berdedikasi, positif dan bersemangat.
Cikgu Asghar Ejen Rakan KPS Taman Daya JB - Kambing BBQ
Amir BBQ Lamb Shoulder - Kambing BBQ
Untuk sahabat-sahabat di sekitar Taman Daya, boleh hubungi beliau di 017-7427522 untuk pack Amir BBQ Lamb Shoulder anda.

======================
 Pertanyaan / Tempahan:
======================
Amir Azli 019-208 0788
Atau hubungi rakan KPS terdekat:
🍭 Pasir Gudang (2) - En. Saleh +60167651687
🍭 Taman Setia Indah / Bandar Dato Onn - En Abd Rahim +6019-222 5449
🍭 Taman Daya - Cikgu Asghar 017-7427522
🍭 Desaru / Bandar Penawar / Pengerang - En Othman +6019-730 3548
🍭 Pulai / Skudai - Pn Ninie Kartini +6019-674 6487
🍭 JB Bandaraya- Pn Dilla +601110747090
🍭 Muar - En Zainal +6017-722 9213
🍭 Kulai / Bukit Batu / Senai- En. Sahharudin +60149874860 / +60177554511
🍭 Meru / Setia Alam - Pn Azaa Aishah +6012-685 8932
-----------------
Outlet / Kedai
-----------------
1. Serbaneka AB (CUBANA EDAR)
No 19 Jalan Mawar 1, Taman Mawar
Pasir Gudang
Sila buat tempahan jika rakan kami kehabisan stock.

Adab Menyembelih Qurban

Assalamualaikum 

ULANGSIAR sempena Hari Raya Qurban yang bakal tiba.

Sebuah Risalah ringkas oleh syeikhuna mengenai adab & hukum hakam sembelih. Jom baca dan ambil faedah.
________________________________________

AL-MURSYID ASH-SHOLIH
PADA MENYATAKAN ADAB DAN AHKAM MENYEMBELIH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي شرع لعباده التقرب إليه بذبح القربان وقرن النحر بالصلاة في محكم القرآن ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ذو الفضل والامتنان ، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده وسوله أفضل من قام بشرائع الإسلام وحقق الإيمان , صلى الله وسلم عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان . أما بعد :

Maka berkata hamba yang mengharap ampunan Allah Al-Baari Al-Bashir, Ibrahim ibn Masran Al-Banjari zut taqshir : 

Sebahagian ikhwan yang mulia telah meminta kepada faqir tentang petua-petua dan ahkam berkait tentang penyembelihan binatang dan munasabah dengan hari raya korban yang bakal tiba, maka terfikirlah dizihin faqir untuk menulisnya dalam suatu risalah yang kecil sekalipun faqir bukan ahlinya.

Maka faqir dhobitkan khulasah beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Faqir kutip daripada beberapa buah kitab feqh Mazhab Syafi'e seperti Hasyiah Al-Baijuri, I'anah Ath-Thalibin, Al-Iqna', Al-Majmu', Mughni Al-Muhtaj, Tuhfah Al-Muhtaj, Sabil Al-Muhtadin, Matla' Al-Badrain, dan selainnya atas jalan ikhtisar seadanya. 

Serta faqir berikan beberapa tanbihaat dan fawaed berhubung dengannya. Lalu faqir namakan risalah ini : Al-Mursyid Ash-Sholih, Pada Menyatakan Adab dan Ahkam Sembelih.

Semoga risalah yang kecil ini bermanfaat buat diri faqir dan para pembaca semua. Allahumma Aamiin.

1. Disyaratkan penyembelih itu adalah Muslim. Serta hendaklah ia menyembelih kerana Allah dan bukan kerana selainNya.

2. Asas sembelihan korban dan sembelihan biasa tiada banyak bezanya, kecuali pada bacaan بسم الله الرحمن الرحيم dan, الله اكبر serta menerangkan untuk siapa korban itu dilakukan.

3. Disukai yang menyembelih binatang korban itu adalah orang yang berkorban, sekalipun ia perempuan. Bagaimanapun harus baginya mewakilkan kepada orang lain. Imam an-Nawawi رحمه الله تعالى menghukumkan makruh bagi anak kecil dan perempuan haid melaksanakan sembelihan.

4. Disyaratkan binatang itu ada hayat mustaqirrah pada mula-mula sembelihan. Antara tanda ada hayat mustaqirrah ialah kuat geraknya ketika disembelih dan menyembur darahnya, atau memada dengan kuat geraknya sahaja mengikut pendapat Imam an-Nawawi رحمه الله تعالى .

5. Sunat menajamkan pisau atau parang yang hendak digunakan serta tidak mengasahnya dihadapan binatang korban.

6. Sunat diberi binatang itu minum sebelum ia disembelih dan jangan disembelih binatang tersebut di hadapan binatang korban yang lain.

7. Sunat merebahkan binatang korban dengan menghadapkan mukanya ke arah qiblat serta di atas lambung kiri. Dikala merebahkan binatang itu, sunat membaca: رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيم

8. Sunat penyembelih menghadap qiblat dan dalam keadaan berwudu'.

9. Wajib atas orang yang menyembelih itu memotong halqum (tempat keluar masuk nafas) dan mari' (tempat laluan makanan yang terletak di bawah halqum) sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). 

Hendaklah menyembelih dengan bersungguh-sungguh dan tidak bermain-main. Hendaklah berlaku ihsan dan tidak menzalimi binatang tersebut.

10. Sunat disembelih pada bahagian hujung leher (sebelah atas) untuk binatang yang berleher pendek seperti lembu, kerbau dan kambing. 

Adapun bagi binatang yang berleher panjang seperti unta, maka sunat disembelih pada bahagian pangkal leher (berhampiran dada), kerana mengikut sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Hikmahnya adalah memudahkan roh binatang itu keluar.

11. Sunat disembelih lembu, kerbau atau kambing itu dengan dibaringkannya di atas tanah sebelah rusuk kirinya serta diikat kakinya, sementara kaki kanannya bebas lepas tanpa diikat supaya binatang itu dapat berehat dengan menggerakkan kaki kanannya itu. 

Adapun unta, maka sunat disembelih dengan didirikan binatang itu. Jika tidak mampu untuk disembelih dalam keadaan unta itu berdiri, maka sembelihlah dalam keadaan unta itu duduk. Rujuklah dalam al-Mughni.

12. Sunat juga meletakkan sebelah kaki penyembelih ke atas batang leher binatang atau lambungnya supaya binatang itu tidak dapat menggerakkan kepalanya.

13. Ketika hendak menyembelih binatang korban, sunat dibaca seperti berikut :
اللهُ اَكْبَرْ! اللهُ اَكْبَرْ! اللهُ اَكْبَرْ! بِسْمِ الله اللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Kemudian berniat, seperti berikut :
اللَّهُمَّ هَاذِهِ أُضْحِيَّةً مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنِّيْ, اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ وَلِلَّهِ الْحَمْد
Maksudnya: "Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan selawat dan rahmat keatas Sayyidina Muhammad. Ya Allah ya Tuhanku, Ini korban daripada Engkau dan kembali kepada Engkau, maka terimalah korban daripada hamba. Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dan kepada Allah lah kembali segala pujian."

14. Bagi tukang sembelih yang diwakilkan untuk menyembelih, hendaklah menyebutkan atau meniatkan nama-nama pemilik korban. Harus ia mendahulukan niat sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah. Peserta korban pula disunatkan hadir menyaksikan penyembelihan tersebut. Niatnya adalah seperti berikut :

اللَّهُمَّ هَاذِهِ أُضْحِيَّة لِ........ ("فلان بن فلان") مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا

Maksudnya : "Ya Allah, sembelihan korban ini, adalah untuk......(nama peserta korban)..... dari Engkau dan kepada Engkau, maka terimalah daripada kami korban ini.."

Jika tujuan sembelihan itu adalah untuk 'aqiqah, maka diniatkan :

اللَّهُمَّ هَاذِهِ عَقِيْقَة لِ........ ("فلان بن فلان") مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا

Maksudnya : “Ya Allah, sembelihan aqiqah ini, adalah untuk....(nama peserta korban).... dari Engkau dan kepada Engkau, maka terimalah daripada kami aqiqah ini.."

15. Sunat dibiarkan binatang itu setelah disembelih sehingga ia mati.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Waktu penyembelihan korban adalah bermula setelah matahari terbit pada 10 Zulhijjah dan sesudah qadar selesai solat dua rakaat solat iedil adha berserta dua khutbah yang ringkas. Afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah.

Waktu penyembelihan korban ini berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika disembelih binatang korban itu setelah berakhir hari tasyriq (10-13 Zulhijjah), maka sembelihannya tidak dianggap sembelihan korban.

Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang tidak sempat dilakukan pada tempoh hari tasyriq itu, binatang itu tetap wajib disembelih sekalipun di luar waktunya dan sembelihan itu dikira sebagai qadha'. Demikian fatwa dalam Hasyiah I'anah.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Haram bagi penyembelih mengambil upah kulit atau tanduk atau ekor atau daging daripada pemilik korban dengan jalan upah. 

Tetapi harus baginya menerima daging tersebut daripada pemilik korban dengan jalan sedekah jika ia termasuk orang miskin atau dengan jalan hadiah jika dia bukan orang miskin.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Telah banyak orang awam yang jatuh ke dalam syubhat akibat mewakilkan sembelihan dan agihan daging TANPA menyatakan apakah ia korban wajib (kerana nazar) atau korban sunat. Perkara ini mendatangkan beberapa masalah dan hukum penting iaitu :

1) Jika korban itu adalah korban wajib, maka kesemua dagingnya wajib disedekahkan kepada faqir miskin dalam keadaan mentah, serta haram memindahkan daging korban tersebut daripada tempat sembelihan ke negeri lain. Ini pendapat jumhur Syafi'iyyah.

2) Jika korban itu korban sunat, maka sebahagian daging korban itu harus dihadiahkan (bahagian hadiah) atau dimakan oleh orang yang berkorban (bahagian milik tuan korban). Maka milik bahagiannya (hak milik tuan yang berkorban) itu dihukumkan harus dipindahkan ke negeri lain, manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada faqir miskin (bahagian sedekah) hukumnya wajib disedekahkan di tempat korban serta haram dipindahkan ke negeri lain. Rujuklah Hasyiah I'anah Ath-Thalibin bagi al-'Allamah As-Sayid Al-Bakri رحمه الله تعالى.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Haram memberi sedekah atau hadiah walaupun sedikit kepada orang kafir sekalipun dia kaum kerabat, jiran tetangga atau ahli pakatan dalam parti dan sekalipun ia faqir miskin daripada kafir zimmi, samada ia korban wajib atau korban sunat kerana korban adalah perkara yang berhubung dengan ibadat. Sekiranya ada bahagian daging itu yang diberi, dihadiah atau dijual kepada orang kafir, maka wajib diganti dengan yang lain sekira-kira menyamai qadar berkenaan. Sebagaimana dicatatkan dalam Matla' al-Badrain dan Sabil Al-Muhtadin dan selainnya.

Berkata guru kami, harus memberi kepada orang kafir jika daging itu TELAH menjadi milik si faqir atau miskin, yakni setelah berlaku pembahagian daging korban. Syaratnya pemilikan itu adalah dengan jalan sedekah atas faqir miskin. Maka si faqir atau si miskin itu mendapat daging dan daging itu menjadi MILIKnya, maka ia boleh sama ada memakannya, menjualnya atau menghadiahkan kepada orang lain termasuk kafir yang faqir. Itu pun hanya korban sunat sahaja. Adapun bagi korban wajib, hukumnya haram.

Wal hasil, jika berasa ingin memberi kepada orang kafir juga, jalan yang terbaik adalah dengan memberi daging yang dibeli dikedai, yakni bukan daripada daging korban. Mengutamakan orang Islam itulah yang dipilih bagi orang memahami.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban adalah binatang ternakan beraki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri atau kibasy. Daripada jenis binatang yang disebutkan itu, binatang jenis kambing, biri-biri dan kibasy tidak boleh berkongsi, ia tertentu untuk seorang sahaja. Maka jika dua orang berkongsi satu kambing pada korbannya, maka tidak sah korbannya. Adapun unta, lembu, dan kerbau, boleh berkongsi atasnya sehingga kepada tujuh orang sahaja. Tiada boleh lebih daripada itu.

(Tanbih) Binatang seperti ayam tidak memadai dibuat korban atau aqiqah. Namun jika seorang itu benar-benar tidak mempunyai kemampuan, harus baginya berbuat demikian tetapi hendaklah dia bertaqlid kepada mazhab Ibn Abbas رضي الله عنهما. Demikian fatwa dalam Hasyiah Baijuri.

(Faedah) Ini suatu faedah. Afdhal buat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy atau biri-biri, kemudian seekor kambing biasa. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang. Kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu.

(Faedah) Ini suatu faedah. Seorang yang berkorban dengan tujuh ekor kibasy lebih afdhal daripada tujuh ekor kambing. Manakala tujuh ekor kambing lebih afdhal daripada seekor unta dan seekor lembu atau kerbau kerana bertambah taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.

(Faedah) Ini suatu faedah. Afdhal binatang yang dibuat korban itu yang bewarna putih, kemudian yang bewarna kuning, yang putih tetapi tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian sebahagian yang berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

(Faedah) Ini suatu faedah. Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.

(Faedah) Ini suatu faedah bagi orang yang ingin menyembelih binatang sama ada untuk korban atau untuk sembelihan biasa. Petua ini juga diamalkan oleh guru kami Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumbuh رحمه الله تعالى.

1. Supaya daging tidak berlemak :-
- Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
- Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
- Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
- Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut :-
- Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
- Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
- Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk :-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ
اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang, maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya cukup atau memadai daging bagi setiap jamuan, insya'Allah, maka bacalah :-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
kemudian hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

7. Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras

والله تعالى أعلم بالصواب وإليه المرجع والماب
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والحمد لله رب العالمين

Al-Faqir ila Allah Al-Baari
Ibnu Masran Al-Banjari
9 Zulhijjah 1433H

# NOTA : Sila dapatkan juga kitab Al-Mursyid As-Soleh Fi Ahkam Az-Zaba'ih, sebuah kitab tulisan jawi karangan syeikhuna Tuan Guru Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullah yang membahaskan beberapa permasalahan sembelihan dalam feqh mazhab syafie dengan lebih lengkap.

Wallahu a'lam.

Tak Salah BERANGAN.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum. Selamat pagi sahabat positif. 

Untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga.
Belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Tak salah BERANGAN.
Sertakan dengan TINDAKAN untuk merealisasikan segala 1001 impian kita.


Kizeewatty Zainal
www.kizeewattyzainal.blogspot.my

Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Stokis Power Gold Pasir Gudang

September 9, 2016

You are what you are. Don't be others.

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Zao An Ni Men.


You are what you are.
Dont force to be others.


And dont force others to be yours.


Kizeewatty Zainal

#StokisPasirGudang #StokisPasirGudang #PengedarShaklee

Nikmat Allah Sebesar Alam Semesta - INFINITI.

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Ada masa kita jatuh.
Hati remuk bagai dipijak.
Badan dan jiwa ditimpa-timpa.

Tak lalu bangkit.
Tak larat memapah diri.


Di masa ini..ingat Allah.
Bercakap dan minta pada Dia.

Mintalah saat di mana saja kita ketika itu.
Bukan hanya di atas sejadah.

Dugaan dan rintangan hidup luas.
Namun nikmat Allah sebesar alam semesta.INFINITI.

Nikmat Allah Sebesar Alam Semesta - INFINITI

September 6, 2016

Amalan Ibu Bapa untuk Anak UPSR

Assalamualaikum wbt.

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan.

Perkongsian daripada Ustaz Zahazan Mohamed

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan untuk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa
2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
3. Beri anak minum air zam-zam atau air masak banyak
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua-petua yang lain

7. Ingat ! Jangan sekali-kali menjadikan anak stres dengan permintaan yang luarbiasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah alam nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang.


September 5, 2016

Duit Tidak Laku Pada Bila-bila Masa.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Duit hanyalah kertas yang boleh jadi tidak laku pada bila-bila masa.

Tukarkan duit sikit-sikit ke EMAS yg sememangnya sentiasa bernilai di masa akan datang.

Baca selanjutnya di Simpanan Emas

Kizeewatty
Stokis PowerGold Pasir Gudang
0192484428

Simpanan Ikut Kemampuan Diri

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Menyimpan ni tak perlu ikut trend. Kita menyimpan mengikut kemampuan kita.

Kalau kita mampu simpan RM 50 sebulan, kita simpan RM 50.
Kalau kita mampu simpan 0.5g sebulan, teruskan menyimpan 0.5g dengan istiqamah.


Jangan ikut kemampuan orang lain. Tapi ikutlah kemampuan kita. Namun begitu, jangan sampai tak menyimpan langsung. Nanti anda yang rugi 😊

Simpanan Ikut Kemampuan Diri
Kizeewatty
0192484428

Jangan Perlekehkan Keupayaan Diri Sendiri

Teks: Kizeewatty Zainal

Jangan perlekehkan keupayaan diri sendiri.
Jangan rasa semua perkara itu susah.

Cuba dulu. Tak cuba tak buat kita tak tahu.
Think big. Think that U CAN DO IT!!

Assalamualaikum. Morning my friend. =)

Kizeewatty Zainal
Stokis PowerGold Pasir Gudang

September 4, 2016

WALLET KITA, PILIHAN KITA

Asssalamualaikum wbt

WALLET KITA, PILIHAN KITA

Dalam wallet kita sekurang-kurangnya akan ada 3 jenis duit :

1. *Wang tunai*
~ untuk belanja kita seharian. Makin banyak keping wang tunai dalam wallet kita, makin "boros" la kita.

2. *Kad ATM*
~ untuk kegunaan lebih dari sekadar belanja harian. Biasanya, duit dalam bentuk kad ATM juga tidak akan lama bertahan kerana ia akan ada hubungan dengan mata dan nafsu. Mata tengok barang, nafsu akan "suaikan" barang tersebut dengan baki duit yang ada dalam kad ATM.


3. *Kad kredit*
~ ini memang SYAITON paling BESAR. Dahlah ia bukan duit kita, ia juga boleh menyebabkan kita merana kerana berbelanja tanpa sedar dan menanggung hutang!


Oleh itu kurangkanlah berbelanja yang bukan-bukan. Simpan dan tukar duit kertas sikit-sikit ke EMAS.

Kizeewatty
0192484428

Stokis Emas Pasir Gudang

Tetamu Datang Membawa Rezeki dan Seribu Rahmat.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Tetamu datang membawa rezeki dan seribu rahmat.

Bila tetamu makan habes licin, tuan rumah suke hati. 😁😁😁
Terima kasih. Jangan serik, datang lagi ye.


Kizeewatty Zainal
Stokis PowerGold Pasir Gudang

September 3, 2016

Selalulah Meminta Daripada Allah swt

Assalamualaikum wbt.
                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى 
ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن                              


Ya Allah, ampunilah kami Ya Allah.

Ya Allah kami hamba-Mu yang banyak dosa dan selalu melanggar larangan-Mu. Justru itu Ya Allah, izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu.

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu.

Ya Allah tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus, agar kami tidak lagi sesat dan tersesat.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, jauhkan kami dari urusan yang susah, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

Dengan nama Allah kami berserah diri kepada Mu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami kecuali pertolongan Mu Ya Allah.

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk kami mengerjakan amal ibadat di sepanjang masa dan muga-muga kami mendapat rahmat dari Mu Ya Allah.

Ya Allah berilah kami kesihatan badan dan kekuatan iman dan mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan umat-Mu yang mendapat taufik dan hidayah-Mu.

Ya Allah berkatilah hidup kami dan sinari diri kami dengan keindahan Al Quran.
Ya Allah bimbinglah hati kami dengan keikhlasan dan ketakwaan dan berilah kami kebahagian dunia akhirat agar kami selamat di bawah rahmat dan kasih sayang Mu.

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah bersihkan hati kami dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk kepada kami.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram.

Ya Allah kurniakan juga kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah kami semakin dekat dengan-Mu dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaann-Mu.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.  
                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ