January 5, 2014

Khasiat Tembikai (Biththikh) sebagai Detoks Perut

Teks: Kizeewatty Zainal

Asssalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini merupakan Ahad pertama dalam tahun 2014. Saya tidak bekerja akan tetapi di Johor jabatan kerajaan pula yang bekerja. Masih membiasakan diri dengan hujung minggu di Johor yang berbeza, namun masih ada kebaikkannya. Kami yang bercuti masih boleh berurusan dengan institusi kerajaan.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang buah-buahan yang amat elok untuk membersihka perut dan usus kita iaitu buah tembikai atau dalam bahasa arab bithtikh. Secara saintifiknya, buah tembikai mengandungi vitamin A dan C, kukurbisitrin asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. . Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Tembikai sebagai Detoks Perut



 Abu Daud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w biasa memakan tembikai dengan kurma masak. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, 

"Panas kurma meneutralkan dinginnya tembikai."

Tembikai bersifat dingin, basah dan manis. Tembikai amat berkhasiat sebagai medium dalam memberihkan perut dan usus kita, lebih tepat sebagai detoks. Tembikai lebih cepat dicerna daripada timun dan cepat bercampur dengan makanan lain yang ada dalam perut. Tembikai baik dimakan ketika udara panas, namun ketika waktu sejuk lebih baik dimakan dengan halia untuk seimbangkankan kesan sampingan tembikai tersebut.

Ibnu Abbas meriwayatkan,

"Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
 
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda, 
 
"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut atau sebagainya, amat digalakkan untuk mengambil tembikai sebagai pencuci perut. Sebaiknya tembikai diambil sebelum makan, jika tidak boleh menyebabkan rasa mual.  Tembikai juga disarankan diambil sebelum waktu makan makanan berat supaya boleh membersihkan perut dan sekaligus membuang segala penyakit yang berpunca daripada perut.

Wallahu a'lam

1 comment:

  1. Sedapnya ubat ni. Tp sesejak pregnant ni jadi tak berapa suak tembikai sebab bau dan rasanya macam payau sikit. Entahlah.

    ReplyDelete